Monday, August 15, 2016

Permata Hatiku, Hanan Syahmi

Assalamualaikum.

Dah habis dah pantang 44 hari.

Hari ni dah hari ke-50.

Hari ni baru ada peluang nak menulis catatan kelahiran cahaya mata pertama saya,

Baby HS.

 Nama diberi Hanan Syahmi.



Bila digabungkan, nama baby HS ni bermaksud kesayangan yang mulia, yang bijak, yang berani.

Semoga anak ummi sentiasa disayangi dan disenangi oleh insan di sekelilingnya. Moga peribadimu seindah namamu, sayang, Mudah-mudahan inshaaAllah.

Entri kali ni, entri rojak sikit.

Macam-macam perkara ada dalam ni.

Senang nak rujuk untuk anak kedua nanti.

Cekidout ;D


Pengalaman Bersalin Anak Pertama



Kandungan saya dah masuk 37 minggu.


Masa ni dah semakin kerap rasa braxton hicks contraction.

Kalau tak silap dua minggu sebelum tu pun dah selalu rasa contraction tu. Perut pun dah tersenget-senget dibuatnya dek contraction. Kadang berpetak-petak. Kelakar.

Kawan suami ada cakap, kalau selalu contraction tu tanda dah dekat nak bersalin.

Tapi saya tak percaya sangat la.. sebab kawan dia tu lelaki.

Hari Jumaat malam, suami bawa saya makan ikan bakar kat Jeram dengan kawan dia & tunangnya sekali. Uiiiihhh sakan la makan seafood macam itu la kali terakhir boleh makan seafood! Siap bawa beg persediaan ke hospital lagi tu sampai jadi bahan usikan di meja makan, haha!

Lepas makan terus balik. Sampai rumah je, masing-masing "pengsan".

Keesokan harinya, hari Sabtu, tepat jam 4 pagi, saya terbangun dari tidur.

Saya bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

Alangkah terperanjatnya saya, i was in 37 weeks of pregnancy, tesis belum hantar lagi, tapi air ketuban pula dah pecah!

Nak tak nak, kena terima la hakikat bersalin pada hari tu.

Saya kejutkan suami, bagitahu air ketuban dah pecah. Darah pun ada jugak dah menitis kat atas lantai. Tak banyak. Setitik dua macam tu je.

Suami saya panik.

Saya suruh dia bersahur pun dia tak nak.

Kami cepat-cepat bersiap ke hospital.

Lepas solat subuh, kami bertolak ke hospital.

Anak pertama boleh la buat gini. Anak kedua nanti, turun tanda je terus kena bergerak ke hospital. Sebab sembang-sembang dengan ibu-ibu kat kk & hospital, ada yang siap terbersalin kat rumah lagi gara-gara anak laju sangat nak keluar. 15 minit lepas turun tanda terus nak bersalin. Ada yang sejam sakit, dah nak bersalin. Yang cerita tu, semua bersalinkan anak kedua.

Ok. Lepas dah sampai hospital.

Keluar dari tempat parking kereta, kami suami isteri jalan kaki pergi PAC kat tingkat 3.

Kat PAC kena check ECG (dengar denyutan jantung baby), check urine.

Lepas tu dah kena bawa naik ke tingkat 4.

Dr check bukaan rahim.

Terpecah lagi, maka lagi banyak air ketuban yang mengalir.

Bukaan baru 2cm.

Katil tak ada yang kosong. Nurse kata tengahari pun tak ada kosong. Petang pun tak tahu lagi macam mana, Jadi, bertapak la kami suami isteri di waiting room.

Pagi tu dah ada rasa sakit dah. Tp sakitnya kejap-kejap je. Kalau tak silap 10 minit sekali.

Belakang baju dah lenjun basah dek kebocoran air ketuban. Tukar pad dah berbelas-belas pad dah. Tetap basah!

Segan je

Orang lain kering je belakang. Kita ni dah basah teruk dah.

Pukul 11 lebih dah makin kuat rasa sakit.

Minta doktor check bukaan.

Doktor tanya, berapa minit sekali dah rasa sakit?

Saya cakap la rasa macam cepat je dah sakit.

Doktor kata tak boleh kerap check sebab nak elakkan infection pada baby.

Tapi dalam 15 minit kemudian, doktor check jugak la bukaan pintu rahim saya.

Baru 3cm!

Alahai sikit je bezanya tp dah makin sakit.

Saya masih tunggu kat dalam.

Dapat la makan nasi tengahari, tapi lepas makan, saya muntah-muntah!

Saya kembali ke waiting room duduk dengan suami dalam pukul 1 lebih.

Saya baring kat atas kerusi tu di atas peha suami.

Kalau sakit je, saya minta suami urutkan belakang.

Dah pukul 3 suku lebih kurang, suami cakap dia nak solat zohor, sekali dengan solat hajat.

Saya tak bagi suami pergi sebab tak nak tanggung sakit sorang-sorang,

Suami ajak masuk dalam check bukaan sebab saya asyik mengadu sakit je,

Sakit dia memang jenis tak boleh tahan dah ni. Mulut tak boleh senyap dah.

Kalau orang lain ada yang jerit-jerit.

Saya habis-habis cakap "Abang, sakit sangat ni abang, Sakitnya."

Mula-mula saya tak berani sebab takut bukaan masih sikit.

Tapi rasa macam tak sampai seminit dah sakit balik ni.

Akhirnya, suami panggil nurse. Saya minta kerusi roda sebab dah rasa sakit sangat dah tu.

Nurse pun datang dengan kerusi rodanya sekali.

Dan.. Saya pun dah tak mampu nak berjalan lagi. nasib baik minta kerusi roda.

Suami tolak saya bawa masuk ke dalam.

Doktor check bukaan rahim.

Kali ni.. 6cm.

Dah boleh masuk labour room.

Mula-mula ada 2 orang nurse.

Dorang ajarkan doa nabi yunus.

Dan bagi saya teran kalau pandai.

Saya cuba tp tak boleh.

Lepas tu makin ramai nurse.. suami saya pula masuk dan lepas tu doktor.

Kat situ, segala macam benda yang saya dah pernah baca kat fb, semua yang salah saya buat. Bila kena tegur baru teringat, aah la kat fb dah bagitahu macam ni. Pendek kata, masa nak bersalin memang totally lost, kena dengar arahan doktor dan nurse je,

Masa berjalan, baby tak keluar lagi. Dorang cakap jantung baby dah tak cantik. Dorang suruh lahirkan baby cepat-cepat.

Masa tu tenaga saya banyak.

Yelah, makan kurma banyak sejak pecah air ketuban.

Tak menjerit dan tak nangis-nangis. Mak andak dah pesan jangan nangis, nanti tak ada tenaga ;)

Tapi...

Saya pulak tak pandai nak teran.

Saya buntu.

Saya risau.

Saya dah mengandungkan dia 9 bulan lebih, takkan saya nak lahirkan dia tanpa nyawa?

Saya cuba jugak.

Akhirnya, tepat jam 3.39 petang, lahirlah baby comel saya alhamdulillah.

Syukur suami saya bagi sokongan kuat, siap tolong saya tundukkan kepala saya waktu nak teran. Selalu lupa nak tunduk balik lepas ambil nafas.

Doktor dan nurse pun sangat supportive, bagi sokongan dan tunjuk ajar kat saya. Takde marah-marah. Syukur sangat.

Alhamdulillah, pengalaman pertama bersalin saya pengalaman yang manis.

Syukur sangat.

Cuma, kalau saya tau bayaran hospital cuma RM21, baik la saya ambil wad kelas kedua.

Masa tu peluang ada sebab nurse tanya nak wad apa.

Ingatkan beratus-ratus, so minta la wad kelas ketiga.

Lain kali saya nak minta wad kelas kedua pulak.

Begitulah kisah bersalinkan Hanan Syahmi saya.

Ok, sekarang nak share pasal barangan baby dan ibu ke hospital pulak.

Senarai Semak Barangan Baby ke Hospital

1. Baju tidur (labour room, spare, masa balik ke rumah)- 3 pasang
2. Mitten and booties- 3 pasang
3. Topi- 1 helai
4. Kain bedung- 2 helai
5. Selimut- 1 atau 2 helai
6. Lampin pakai buang- 10 helai
7. Lapik tukar lampin pakai buang- 1
8. Kapas bulat (Cuci pee & poo)
9. Air semburan (Cuci pee & poo)
10. Tuala kecil (Lap bontot)- 3 helai
11. Bantal kepala- 1

Senarai Semak Barangan Ibu ke Hospital

1. Tudung- 3 helai
2. Maternity pad (Intimate adhesive maternity pad)- 20 paket
3. Seluar dalam pakai buang Guardian (cotton)- 2 bungkus
4. Nursing bra- 3 helai
5. Tisu basah (Lap badan sebab tak mandi langsung kat hospital)
6. Pencuci muka
7. Berus gigi
8. Ubat gigi
9. Getah rambut- 2
10. Sikat
11. Selipar bilik air
12. Stokin tebal- 3 pasang
13. Biskut
14. Air kotak (susu coklat)- 6 kotak
15. Air mineral
16. Kurma, kismis (milk booster)
17. Susu kambing
18. Termos
19. Cawan, sudu
20. Nipple cream (Earth Mama Angel baby in case nipple crack)
21. Baju+kain nak balik rumah
22. Powerbank + USB

Sekian dulu untuk kali ni.

Yang lain-lain menyusul selepas ini.

Tunggu ;)

No comments:

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K