Thursday, August 18, 2016

Perkembangan Hanan Syahmi

Sewaktu pertama kali bersua muka dengan Hanan...

MashaaAllah gembiranya rasa hati. 

Tak tergambar rasa gembiranya dengan kata-kata.

Macam orang jatuh cinta!

Allahu rabbi, comelnya seraut wajah yang sering dinanti-nantikan ini.

Tak lepas mata ini memandang raut wajahnya.

Alhamdulillah, terima kasih wahai Tuhanku yang telah menghadiahkanku cahaya mata yang sebaik-baik rupa.

Suara Hanan halus. Mudah untuk saya menjaga Hanan kat hospital sebab suara dia halus sangat. Tak la panik bila dengar dia menangis. Kalau Hanan menangis, suara Hanan tak kuat kedengaran. Sekadar bunyi rengekan halus sahaja yang kedengaran. Kecuali pada pukul 3 pagi keesokan harinya, Hanan menjerit sekuat hatinya sampai baby-baby lain pun menangis dengar suara Hanan, Hanan menangis sebab Hanan terlalu lapar gara-gara kurang menyusu sejak lahir. Kesian Hanan :'(

Perkembangan Hanan dari segi Penyusuan Susu Ibu

Hanan tak pandai melekap dengan baik untuk menyusu dengan saya. Saya pun tak reti nak ajar Hanan. Walaupun ada nurse yang ajar, saya tetap gagal menyusukan Hanan. Kesian Hanan lapar je kat hospital. Padahal susu saya melimpah ruah.

Syukur alhamdulillah, hari kedua di hospital, doktor dah izinkan kami balik rumah sebab Hanan dah kencing dan berak masa kat hospital. Gembiranya tak terkata.

Balik rumah, mak saya bantu saya betulkan posisi Hanan untuk menyusu, tapi yang berjaya hanya sekali dua je. Buntu sangat padahal Hanan kena minum banyak untuk elakkan jaundis. Sampai minta suami belikan syringe. Tapi tak guna pun sebab tak reti nak keluarkan susu.

Hari Isnin, pam Haaka sampai rumah. 

Maka bermulalah episod mengepam susu dan menyusukan Hanan dengan botol.

Kerjanya renyah dan lama-kelamaan memberikan tekanan.

Bayangkanlah, Hanan dah lapar.

Hanan menangis terjerit-jerit, susu keluar sikit-sikit.

Lagi tertekan, lagilah susu tak keluar banyak, kan?

Pada hari ke-17, alhamdulillah saya berjaya menyusukan Hanan secara direct.

Bila dah kenal perangai anak, barulah kita boleh kawal diri dia.

Beberapa hari nak biasakan dia dengan direct feeding, memang "bergaduh" dulu sebelum sesi penyusuan tu berjaya.

Kalau dia tolak-tolak, kita sumbat-sumbatkan lagi.

Betul-betulkan posisi badan dan mulut.

Lama-lama alhamdulillah ok. 

Sekarang dah tak payah "bergaduh" macam dulu dah.

Terima kasih Hanan memudahkan kerja ummi :')

Perkembangan Hanan dari Segi Berat Badan

Hanan lahir dengan berat badan 2.95kg. 

Tak capai sasaran ummi dia nak lahirkan baby yang berat lebih dari 3kg. Tapi ok la sebab Hanan baru 37 minggu dalam kandungan. Tak sampai 40 minggu berat Hanan dah lg sikit nak 3kg. Lagipun lebih kurang 3kg je angka tu.

Masa umur sebulan, berat Hanan dah 4.3kg lebih (sukat kat hospital). Ummi pun pelik kenapa nurse kat klinik kesihatan tulis berat Hanan 4.7kg padahal keesokan harinya nurse kat hospital timbang guna penimbang digital tu ummi tengok berat Hanan 4.3kg lebih. Mesti nurse kat klinik kesihatan salah ambil bacaan. 

Hanan pakai Mamy Poko saiz newborn (90pcs) sejak dia lahir. Tak sampai 30 hari rasanya lampin tu dah nak habis. Bila dah nak habis, saiz lampin tu memang dah ngam ngam dengan Hanan. Hanan pakai Mamy Poko saiz S (84pcs) pulak sampai habis 2 bungkus. Ni sampai Hanan dalam 50 hari.

Kelmarin pergi hospital, nurse timbang berat Hanan dah 4.9kg lebih. Hanan dah 52 hari masa ni. 

Patutlah  Mamy Poko saiz S dah ngam ngam dengan Hanan sebab Hanan dah lebih kurang 5kg. Saiz tu fit dengan baby 4kg hingga 6kg. Pandai promoter tu cadangkan saya beli 1 lampin saiz newborn, 2 saiz S.

Baju pula, sekarang Hanan dah pakai baju saiz 3-6 bulan dah. Baju saiz newborn atau 0-3 bulan dah kecik untuk Hanan. Senang nampak perut.  Patut la orang cakap kena beli baju saiz 3-6 bulan jugak sebab dalam pantang pun baby dah muat pakai baju saiz 3-6 bulan. Alhamdulillah ada beli sikit baju saiz M pureen, baju saiz 3-6 bulan dan ada yang hadiahkan baju saiz 3-6 bulan.

Ada yang kata Hanan cepat membesar. Hanan ni suka teran daging. Dia suka menggeliat kuat-kuat sampai menangis. Tu yang cepat membesar agaknya.

Perkembangan dari Segi Gugur Tali Pusat

Tali pusat Hanan dah gugur pada hari kelima dia lahir. Cepat ke tak saya tak pasti ;)

Perkembangan dari Segi Penglihatan

Masa Hanan umur sebulan, Hanan masih belum boleh pandang saya. Saya baru perasan Hanan dah mula pandang saya waktu umur dah masuk 50 hari. Tak sabar nak tunggu Hanan pandai senyum dan gelak bersama motif pulak sebab dia hanya seyum dan gelak dalam tidur je. Seronok sangat tengok senyuman dia. Cair!

Emmm.. setakat ini dulu lah ye perkembangan Hanan.

InshaaAllah nnt saya sambung lagi.

Wassalam.

No comments:

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K