Thursday, October 22, 2015

Realiti Selepas Berkahwin Seorang Siswi



Alhamdulillah, dah hampir dua bulan dah kami selamat bernikah.

Sehingga hari ini, saya masih lagi berada dalam fasa peralihan sebenarnya.

Yelah, sebelum kahwin memanglah kita tahu apa situasi yang bakal kita lalui. Tapi, teori dan praktikal banyak bezanya.

Pertama, naik motor.

Sebelum kahwin memang tahu kena naik motor dengan suami sebab saya tahu suami masih belum ada kereta, tapi lepas kahwin baru la tahu naik motor tu macam mana.

Kali pertama nak panjat motor tu, rasa kekok sangat sangat. Apatah lagi masa kat atas jalan! Seram betul bila suami mencelah antara barisan kereta. Tapi mula-mula je takut. Lama-lama dah berani dah. 

Ada sekali tu pernah juga lutut kiri saya terhantuk kat kereta orang masa suami tengah mencelah tu. Terpana seketika. Tapi sakit sekejap je. Lepas tu dah tahu dah kena kecilkan bukaan kaki masa suami tengah mencelah tu. Sekarang ni, setiap kali lalu kat celah-celah kereta yang sempit, cepat-cepat kecilkan bukaan kaki. Kini naik motor bukan satu masalah besar bagi saya. Alhamdulillah, dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekarang.

Kedua, bajet kewangan lari.

Haaa... Masa belum kahwin, saya memang rajin buat bajet kewangan. Rupa-rupanya lari jugak bajet yang saya buat. Berkahwin tatkala keadaan kewangan suami masih belum kukuh memerlukan tolak ansur daripada isteri (suami baru 3 bulan lebih bekerja pada waktu itu). Alhamdulillah, setidak-tidaknya saya bersyukur dengan adanya duit simpanan tu, saya tak perlu meminta kepada ayah dan ummi hulurkan duit untuk tampung perbelanjaan kami suami isteri. Kecuali ada beberapa barang yang saya minta ummi belanja. Heee.

Alhamdulillah, duit simpanan saya tu dapat saya manfaatkan untuk bantu suami belikan barangan rumah macam ampaian baju, kayu penyangkut baju (belum mampu nak beli almari baju), bekas simpan baju, 4 buah kerusi (meja makan diy guna meja tinggalan student yang pernah menyewa kat sini), mesin basuh automatik (second hand), langsir, barang-barang hardware dan barang-barang dapur N barang mandi. Suami gantikan semula duit bila dah dapat gaji.

Terasa laju wang mengalir di awal perkahwinan ni sehingga kadang-kadang terpaksa tutup telinga bila orang datang rumah, cakap beli la tikar besar sikit (padahal beli tikar yang kecik sikit tu pun dah berhabis duit dan teruk nak membawanya kat atas motor), cakap kena beli jam, kena itu kena ini. Sungguh, kalau ada duit, satu dunia ni saya nak beli untuk bagi rumah cantik dan selesa.

Namun saya bersyukur, hadir bantuan dari Allah untuk lengkapkan sikit rumah ni. Asalnya tidur bertilam nipis yang hanya dilapiskan dengan comforter, selepas beberapa hari tambah selapis toto. Selepas sebulan nikah, beli tilam dan katil second hand yang sangat selesa alhamdulillah (dapat separuh harga). Masa balik kampung, dapat bawa balik barang-barang rumah yang ummi tak gunakan lagi kat sana. Banyak dapat jimatkan duit kat situ alhamdulillah. Mesin basuh pun actually lepas sebulan lebih nikah jugak beli sebab tak larat berhabis duit kat kedai dobi. Unify pun baru masuk alhamdulillah. Hidup kami dah semakin selesa.

Jadi, jangan takut untuk menempuhi kesusahan. Minta pertolongan dari Allah tak putus-putus. Dalam pada itu, make sure la bersedia jugak dari segi kewangan. Rajin-rajin cari duit. Rajin-rajin menyimpan untuk masa depan. Kahwinlah. Jangan takut, uhuh.

Ketiga, konflik peranan sebagai seorang isteri dan pelajar.

Masa mula-mula kahwin tu, dah rancang nak tinggal di asrama dan balik ke rumah pada hujung minggu. Minggu pertama sampai minggu ketiga je dapat bertahan. Minggu seterusnya terpaksa tukar plan sebab tiba-tiba terasa seperti sudah tidak kuat lagi untuk berjauhan dengan suami walaupun untuk sehari. Ada satu kuasa yang menjadikan saya kuat untuk berulang-alik dari rumah ke fakulti dengan menaiki komuter selama dua jam setiap hari, tak termasuk masa menunggu komuter dan basnya. Orang kata jauhnya! Tapi kuasa cinta telah menghapuskan rasa jauh itu, haha!

Alhamdulillah, peranan di rumah tu tak berat sebenarnya sebab suami alhamdulillah ringan tulang rajin membantu buat kerja rumah. Tapi saya sendiri yang susah nak adapt. Masak wajib setiap hari sebab kena cut cost untuk makanan. Saya pula jenis suka set dalam kepala tak nak buat apa-apa kerja untuk siapkan fyp dan kerja-kerja lain. Suami cakap, saya tak perlu masak. Dia yang akan masak. Tp me cannot la tak tolong kalau dia tengah masak uhuh. Itu je la kot yang masih nak kena sesuaikan diri.

Nampaknya nak kena buat self-assessment lagi ni.

Doakan Allah permudahkan perjalanan hidup saya agar berjaya menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. 

Mekasih.

^_^

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K