Tuesday, September 15, 2015

I'm Now Married

Assalamualaikum.

Lama betul tak update blog.

Nak bagitahu,

Saya dah kahwin!

Alhamdulillah.

#31Ogos15tillJannah

Psss... This man is my silent reader dulu tau.

;)

Tuesday, September 01, 2015

Prosedur Nikah di Perak

Assalamualaikum. 

Kali ni saya nak kongsi sikit panduan tentang prosedur nikah yang saya dan tunang saya dah lalui untuk permohonan bernikah kami.

Kami ni kedua-duanya orang Perak, jadi nak tak nak, kena la isi borang permohonan Kebenaran Berkahwin Online di laman SPPIM ni, http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline




Bila dah siap isi, last sekali akan keluar macam ni.


Status permohonan akan ditulis "dalam proses". Dalam gambar ni statusnya "lulus" ni sebab tunang saya dah hantar borang dan dokumen dia ke pejabat agama.


Sama jugak dengan saya, kat dalam gambar ni ditulis "lulus" sebab saya dah hantar dokumen ke pejabat agama. Tapi kalau permohonan lelaki belum diluluskan, dia akan tulis "menunggu kelulusan lelaki".

Lepas tu, check email. Kita akan dapat email dari SPPIM bila dah daftar online. Kat situ la kita akan dapat nombor rujukan permohonan untuk kita gunakan bagi menyemak status permohonan atau kemaskini maklumat.


Kalau tak dapat email, boleh hubungi SPPIM di talian 03-88864896.

Okie, ini perkara paling penting saya nak bagitahu.

Tempoh masa yang diberikan untuk selesaikan urusan permohonan nikah ni adalah dua minggu. Jadi sebaik-baiknya, sebelum isi borang ni, kita dah siap ambil kursus pra-perkahwinan. InshaaAllah boleh selesai urusan ujian HIV, pengesahan status dari imam dan cari kadi dalam masa dua minggu.

Oh ya, kita hanya boleh isi borang ni bermula dari 30 hari sebelum tarikh cadangan bernikah atau paling lewat, sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh cadangan bernikah.

Lepas isi borang online, download dan cetak borang berserta checklist sekali. Sediakan dan semak segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist.

Dokumen yang saya sertakan dengan borang permohonan saya:

1. Salinan ic saya
2. Salinan ic pasangan
3. Salinan ic ayah
4. Salinan sijil kelahiran ayah
5. Salinan surat nikah ayah
6. Salinan surat nikah ummi
7. Salinan sijil kursus pra-perkahwinan
8. Borang permohonan lelaki yang dah diluluskan

Hantar ke pejabat agama dengan membawa bersama sijil kursus pra-perkahwinan yang asal sebab di pejabat agama nanti, sijil tu akan dicop di situ. Kita perlu bayar RM5 kat sana.

Dan ingat...

Perempuan tak boleh hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat agama lagi selagi permohonan lelaki belum diluluskan. Kena tunggu pihak lelaki selesaikan semuanya dulu.

Alhamdulillah, kami ambil masa yang singkat jugak untuk selesaikan semua urusan walaupun tunang saya dah sibuk dengan kerja. Dalam masa sebulan boleh selesai, lega sangat rasanya.

Ni saya kongsikan perjalanan yang kami tempuhi bersama untuk permohonan ni.

Perjalanan tunang saya:
i. Isi borang Benar Nikah Online -3 Jun 2015
ii. Ujian HIV- 12 Jun 2015
iii. Kursus pra-perkahwinan- 20 & 21 Jun 2015
iv. Isi borang Benar Nikah Online kali kedua sebab kali pertama tu, dah sampai tarikh luput- 26 Jun 2015
v. Hantar borang permohonan ke pejabat agama- 29 Jun 2015
vi. Ambil borang permohonan yang diluluskan oleh pejabat agama dan pos kepada saya- 1 Julai 2015

Perjalanan saya:
i. Kursus pra-perkahwinan- Tahun 2010
ii. Ujian HIV - 3 Jun 2015
iii. Borang permohonan dari bakal suami yang dah diluluskan tiba di rumah. Saya dan ayah pergi masjid, tapi imam besar tak ada. Jadi kami pulang dengan tangan kosong- 2 Julai 2015
iii. Jumpa imam besar untuk pengesahan status diri dan pengesahan dokumen. Imam tu jugak yang jadi kadi kami nanti. Senang macam tu. Satu kali kerja je dah selesai bahagian imam dan kadi. Masa tu jugak tempah ruang nikah dan makan kat masjid -3 Julai 2015
iv. Hantar borang permohonan saya, borang kelulusan bakal suami dan dokumen yang diminta- 3 Julai 2015
v. Permohonan saya diluluskan -3 Julai 2015

#46HariLagi

#fairuzahirul

HIV Test

3 Jun 2015,

Alhamdulillah.

Satu lagi urusan dah setel.

Dah selamat menjalani ujian HIV.

Dah selamat jugak RM33.90 termasuk GST sebab buat dekat Pusat Kesihatan Universiti UPM. Saya ingat kena bayar RM10 je, haha rupa-rupanya RM33.90.  Tapi tak apalah. Yang penting dah setel.

#88HariLagi

#fairuzahirul

#fairuzahirul Dah Bertunang

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak review pasal majlis pertunangan saya.

Kita mulakan dengan pakaian dulu.

Baju



Masa awal semester lima, saya dah start plan untuk bertunang. Time tu duit tak masuk lagi, so saya pinjam duit tunang saya dulu. Tunang saya student masa tu, so pinjam je la yang boleh ;) Saya pergi cari kain untuk buat baju kat KL. Masa tu saya ajak kawan-kawan saya, Radhiah & Che Wan.

Target saya memang nak beli kain jenis lace. Ada orang rekemen beli kain kat Cosmic. Saya amek kain lace sekali dengan lining, harga RM170. 

Tempah pulak dekat kedai tailor kat tukang jahit Cina yang kat area Medan Gopeng tu. RM98 dia charge. 

So, overall kos baju RM268.

Tudung & veil


Masa nak cari tudung ni, ayah beria-ia benar nak bawa saya pergi cari tudung. Saya pun ikut ajelah. 

Saya ajak ayah cari tudung kat Greentown Nova. Dah pusing-pusing satu Greentown Nova, sekali tak ada pulak tudung warna pink yang boleh matching dengan warna baju. Bayangkanlah, letak kereta dekat tempat letak kereta GM, pastu jalan kaki pulak ke Greentown Nova. Sekali, tak ada tudung yang boleh beli. Panik dah saya. 

Kesian pulak bila fikirkan ayah. Nak tak nak, saya patah balik ke kedai yg dekat dengan Spirit Media tu. Belilah tudung dari Turki bidang 60 ni. RM25 aje selepas ditawar-tawar harga. Oklah, kosong aje. Boleh naikkan seri dengan veil. Yang penting terletak elok dekat muka. Takde jatuh-jatuh kat atas dahi tu. Alhamdulillah tak stress dengan tudung masa hari bertunang tu. 

Veil pulak, alhamdulillah, kakak saudara saya bagi pinjam veil dia masa dia nikah dulu. Dapat save sikit, hehe. Thank you, Kak Nana.

Kesimpulannya, kalau tak nak pening-pening nak matching warna, pilihlah warna baju yang boleh mix and match dengan warna putih. Huhu~

Overall, kos tudung dan veil RM25.

Pelamin



Sebenarnya perlu ke tak perlu pelamin masa bertunang? 

Tidak kalau kita tak cukup bajet, tapi perlu kalau kita ada bajet dan kita suka bergambar.

Berdasarkan pengalaman saya, meriah sangat kalau ada pelamin sebab kami seronok bergambar masa tu. Yang paling saya suka, gambar sarung cincin peluk cium dengan bakal ibu mertua pun cantik simpan buat kenangan.


Cantik, kan? Heheeee :D

Mula-mula saya pening fikir pasal hiasan bilik sebab opah suruh beli cadar. Saya google2, tengok macam mahal aje cadar. Nak dekat RM500. Tu baru cadar, belum lagi hiasan lain. Lagi pulak, ummi cakap opah suruh bawak turun katil dari atas ke bawah. Macam susah-susah aje. Then nanti siapa pulak yang nak menghias bilik? Kita ni bukan reti sangat nak hias bilik untuk bertunang. So, saya decide untuk tempah pelamin aje.

Saya tempah dengan satu butik ni. Harga RM400. Tapi tak bincang lagi nak pelamin macam mana sebab masa tu sibuk dengan final exam. Habis exam baru boleh fikir. Barulah tahu, RM400 tu tak dapat kalau nak kerusi. 

Pastu, jumpa wedding planner lain pulak yang boleh bagi harga RM400. Terus ambik je dengan dia. Bayar deposit RM100. Pastu masa dah siap pasang, terus bayar habis. Thanks to Mak Andak pinjamkan duit sbb masa tu tak ada duit dalam tangan lagi. Oh, btw dapat bunga tangan sekali tau masa tu. Suka3!

Thank you ayah, spend RM400 untuk pelamin :')

Hantaran

Boleh rujuk post yang ni, Hantaran Bertunang. Terima kasih semua yang beri sumbangan. Moga Allah balas kebaikan kalian.

Make up

Make up RM100 aje. Kak Emma yang make up kan. Butik dia kat Batu Gajah.

Jurugambar

Saya tak booking mana-mana jurugambar. Gambar-gambar kat atas ni adik saudara saya, Nur Anis Adila Azman yang amekkan. Alhamdulillah, saya bersyukur sebab ada adik saudara saya yang pandai amek gambar. Dah la cantik, tak ada charge pun. Siap bagi CD lagi. Thank you so much Dila Azman. Much love! XOXO

Katering

Katering ayah deal dengan katerer yang dia kenal, Yusmadina Catering. Overall ayah spend untuk makan-makan RM1500. Makan tengahari RM1K, campur kenduri adik saya belah petang RM500. Tapi khemah ayah kena bayar duit khemah dengan orang lain kalau tak silap sebab kenduri kat Batu Gajah, katerer tu pulak tak cover luar dari Ipoh. So dia tak bagi khemah sekali. 

Thank you ayah, spend RM1K lebih untuk makan-makan. Terima kasih jugak semua yang bagi bantu ringankan ayah untuk kos makan-makan ni. Terima kasih :')

Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan dengan lancar. Jazakumullahu kahiran kathira buat semua yang memudahkan segala urusan. Terima kasih atas sumbangan kehadiran, sokongan moral, tenaga dan wang ringgit. Moga Allah membalas segala kebaikan kalian.

Hati pun semakin tenang, alhamdulillah.

One step closer.

#fairuzahirul

Hantaran Bertunang

Alhamdulillah!

Tanggal 1 Februari 2015, selamat sudah saya bergelar tunangan orang secara rasminya.

Alhamdulillah :')

Bilangan hantaran tu, pada mulanya saya dan tunang saya berpakat nak tetapkan bilangan hantaran 5 dulang dari pihak lelaki, berbalas tujuh dari pihak perempuan. Tapi, tiba hari yang sebenar, dah jadi 5 berbalas 11 pulak, sebab ramai yang sedekah. Alhamdulillah, rezeki dari Allah :') Yang saya beli pun satu je. Kek Secret Recipe, tapi tiada dalam gambar sebab sampai lewat.

Antara items yang ada:


  1. Buah
  2. Kuih bentuk pisang
  3. Kuih bentuk hati
  4. Mentos dihias bentuk mercun
  5. Moist choc cake
  6. Fererro Rocher
  7. Bahulu ikan
  8. Kek coklat
  9. Pulut kuning
  10. Rendang
  11. Kek Secret Recipe

Tepak sirih of course ada, benda wajib.

Alhamdulillah.

Majlis pun dah selesai, bekas pun dah tak pakai lagi dah.

Jadi, saya berhasrat nak sewakan bekas-bekas hantaran ni.


Bekas hantaran untuk disewa:

1. Bekas berkerawang (Kuantiti: 1)


2. Bekas empat segi (Kuantiti:4)



Harga

Sewa:

Untuk satu set, 5 bekas

Bayaran sewa: RM50
Deposit: RM50

Bayaran sewa+deposit=RM100

*Deposit akan dipulangkan sekiranya barang-barang dipulangkan dalam keadaan yang baik seperti di dalam gambar-gambar ini. 


Berminat boleh whatsapp atau sms saya di 0175485408

Thank you!
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K