Wednesday, August 14, 2013

Alahan Makanan

Assalamualaikum.

Lama tak jenguk blog. Bersawang sangat dah ni. 

Meh kita cuci meh.

Sebenarnya kite nak cite ni.

Dengarlah. Dengarlah.

Ok. Dengar ye.

Hari ni doktor nak jumpa saya. Eheh. Perasan. Tak. Tak. Tadi saya jumpa doktor pakar ENT. 

Debor memang debor.

Ateeee? Siapa suruh awak imagine kamera masuk hidung bagai? Siapa suruh? Haha! :p

Bila nama kena panggil, saya masuk dengan kembar saya.

Jumpa la doktor tu.

Doktor tu memang baik gila. Friendly. Down to earth. 

Kemahiran Insaniah tinggi tu.

Things happened kalau nak tau.

Mula- mula doktor spray lubang hidung saya. Then, doktor masukkan kain warna putih kat dalam hidung. Kena bernafas ikut mulut. Takleh hembus ikut hidung. Dah tu, doktor suruh tunggu kat luar kejap. 

Dah lama sikit, doktor panggil masuk. Doktor keluarkan balik kain putih tu. Then, doktor masukkan kamera nak tengok masalah dalam hidung.

Masa ni dah boleh bernafas ikut hidung dah.

Alhamdulillah. 

Lega hidung. Dah tak sumbat dah.

Doktor pesan, kena berpantang makan. Kalau makan something, then hidung sumbat. Kenalah elakkan makanan tu. Kita sendiri boleh tahu badan kita tak sesuai makan apa. 

Perasaan tu mestilah sedih. Tapi sebenarnya tak perlu sedih dah kurang satu nikmat hidup. Nak yang indah-indah tu, semua di syurga. 

Baiklah. Tanpa melengahkan masa, kita tengok ubat apa yang saya dapat.

Ubat nombor satu, ubat titis. Mesti pakai ni dulu sebelum ubat nombor dua, tapi bila perlu sahaja. Cara pakai dia. Mula-mula baring. Kalau hidung belah kanan sumbat, mengiring ke kanan. Camtu jugak untuk belah kiri. Then, bubuh dua tiga titis.


Ubat nombor dua, nasal spray. Cara pakai dia, duduk. Masukkan kat dalam lubang hidung. Condongkan ke arah mata. Kalau lubang hidung belah kanan, ke arah mata kanan. Camtu jugak sebaliknya. Then, spray sekali je. Ok.


Ubat-ubat lain tu kena makan ikut dos dan masa yang ditetapkan. Simple!

Then, kena elakkan makanan yang saya alah. 

Ni sedikit info yang saya dapat dari blog Dr. Zubaidi.

Antara makanan yang mengandungi kandungan histamine yang tinggi:



That's all for now. 

Wassalam.

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K