Friday, January 04, 2013

Tips Menghadapi Peperiksaan


Assalamualaikum!

Helloooooooooo!

Exam belum habeh lagi!

Saya masih lagi dalam keadaan begini!

Buku oh buku!

Ini kali pertama saya menghadapi peperiksaan di universiti. Rasa macam budak u sangat, haha! Memandangkan ni kali pertama saya di u, banyak benda pun testing-testing. Cara belajar pun testing jugak. Kadang-kadang tak berapa nak betul cara tu. Takpelah, jadikan pengajaran. Sem depan, cuba buat lebih baik lagi.

So sekarang, saya nak kongsikan tips-tips setelah melakukan testing ke atas diri sendiri. Check it out!

1. Jaga Kesihatan

Minum air kosong banyak-banyak. Sebaik-baiknya 2 liter sehari. In shaa Allah, sihat walafiat. Jangan baca buku sampai tak makan. Badan perlukan stamina yang cukup. Tambah-tambah lagi kalau nak berjaga malam. Tapi kalau rasa tak sempat nak makan, ada baiknya kalau berpuasa.

2. Pilih Lokasi Belajar 

Jangan balik rumah dan jangan confident sangat boleh buat ulangkaji di rumah. Oh! Jangan! Jangan cari masalah! Saya dah cuba dah dan saya gagal untuk fokus bila belajar di rumah. Dapat baca sikit-sikit aje. Saya balik u dua hari awal sebelum exam. Sampai kat u, saya terus duduk di masjid universiti. Alhamdulillah, banyak ilmu boleh masuk dalam kepala. Best sebab masjid tu luas. Kalau ada orang bercakap-cakap pun tak effect sangat. Tapi kalau dah ramai sangat, susah sikit nak fokus. Lepas subuh sampai zohor tu nice sebab tak ramai orang. Bila dah masuk zohor, makin ramai orang. Sekali aje ulangkaji di masjid. Lepas tu dalam bilik sendiri. Study dalam bilik pun ok, sebab ada meja belajar. Pencahayaan pun bagus. Maka duduk jelah kat u ye! Study molek-molek.

3. Berjaga Malam

Mula-mula terfikir jugak nak minum minuman berkafien untuk berjaga malam, tapi bila memikirkan kesan sampingan minuman berkafien ni, terus tak jadi minum. Saya ni tahap once in a blue moon la jarang minum minuman macam tu. Sekali minum, kuat betul effect dia. Memang tak boleh tidur, tapi badan rasa tak selesa. Rasa lemah. Jantung berdebar. Bagi mengelakkan masalah tu, saya buat keputusan untuk mengubah corak tidur saya. Apa yang saya buat, saya ulangkaji sampai pukul 10 malam. Lepas tu tidur kejap. Pukul 1 pagi berjaga semula, sambung ulangkaji. Pukul 4 pagi sambung tidur sampai pukul 6 pagi. Setakat ni cara tu baik. Alhamdulillah, saya tak pernah blank masa nak jawab soalan. Semuanya atas izin Allah. Banyakkan berdoa agar Allah berikan kekuatan dan pertolongan, ye! Lagi satu, jangan lupa set alarm untuk kejutkan diri kita!

4. Doa dan Tawakal

Setelah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Jangan stress. Bila stress, satu ilmu pun tak boleh masuk dalam kepala. Masa tu, sila pasang niat belajar lillahita'ala. Baca kerana nakkan ilmu, bukan untuk jawab exam semata-mata. Cuba untuk tenangkan diri. Jangan lupa baca doa sebelum belajar. Minta mak ayah doakan kejayaan kita. Selebihnya berserah kepada Allah. In shaa Allah dapat jawab dengan tenang.

Sekian.

Ada lagi dua paper. Cayok, cayok, Cik Cinta! ;)


 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K