Sunday, December 16, 2012

My First Final Exams in University


Assalamualaikum.

Final exams dah dekat dan saya rasa sangat nervous!

Kalau masa diploma, study last minute is okay. Still boleh dapat A, paling koman A-.

Kalau masa degree ni pun nak buat perangai study last minute ni, tatau la jadi apa nanti.

Takut. Takut.

So, from now on dah mula kena study.

Semoga kejayaan mengiringi daku. Ameen.



Ameen



Hwaiting!


YOU ARE WHAT YOU READ! 

Bagamaina Aku Mula Bertudung Labuh?


Assalamualaikum.

Masa nak masuk tingkatan satu, ayah saya nak hantar saya pergi sekolah agama. Masa tu dah last minute jugak baru nak cari sekolah. Orang lain semua dah ada sekolah. Ada yang dah dapat Madrasah Idrisiah (Madid), KK. Ada yang dah dapat Sekolah Taayah. Saya langsung tak apply mana-mana sekolah pun lagi. Saya pun pelik, masa kakak saya nak masuk tingkatan satu ayah saya sibuk apply Madid. Bawak pergi ujian. Tapi masa saya, ayah tak kisah pun. Agaknya ayah fikir saya pun mesti tak dapat masuk Madid, kot atau ayah sibuk dengan kerja. Saya pun tak pasti. Bila nak dekat bukak sekolah, saya risau. Nak masuk sekolah mana, ni?

Tak lama lepas tu, ayah saya bagitau nak hantar saya pergi Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Saya pergi ujian, lepas tu result positive. Pihak sekolah bagitau, kena pakai tudung labuh. Saya ok aje. Orang suruh pakai, saya pakai. Kalau suruh bukak je saya protes, haha. Masa tu, saya beli tudung labuh dekat satu kedai tudung dekat Megoplex. Comel je tudungnya. Saya pakai la tudung labuh sepanjang di SMAH.

Masa tingkatan dua, saya gatal-gatal nak pindah sekolah. Nak sekolah sama dengan kawan. Saya dah pasang strategi nak tukar ke Sekolah Menengah Raja Chulan. Ada Bahasa Arab jugak. Bila dah keluar, tengok-tengok tak dapat sebab asrama dah penuh. Pastu mak saya apply Sekolah Mengah Seri Puteri, Ipoh. Di situ bermulalah era tudung singkat.

Kakak saya cakap, kat sekolah ni tak boleh pakai tudung labuh. Pastu saya pergi potong tudung labuh tu. Habis rosak tudung tu pasal saya memang tak ada bakat nak potong tudung masa tu. Rugi. Rugi. Saya beli tudung singkat, tapi masih menutupi dada. One day, pergi GM pakai baju sekolah. Masa nak bayar, ada pengetua SMAH pulak dekat depan. Rasanya dia perasan saya. Tapi saya buat tak tahu je, sebab malu pakai tudung singkat. Zaman tak matanglah katakan.

Bila masuk IIC, tengok orang pakai tudung labuh rasa nak pakai. Tapi tak ada kekuatan. Rasa macam tak cukup baik untuk pakai tudung labuh. Hold.


Saya jugak suka baca blog someone yang saya kagum. Beliau manis bertudung labuh.  Suka tengok, rasa nak jadi macam dia, tapi hold lagi.


Masa di universiti ni, saya mula berjinak-jinak dengan usrah.

Perasaan tu datang lagi.


Suatu hari, naqibah saya cakap dia pakai macam tu sebab dia rasa selamat. Selamat? Selamat macam mana tu? Masa tu memang tak faham, tapi berat mulut nak bertanya.

Sehinggalah suatu hari, saya terfikir sorang-sorang. Saya ni dah la suka duduk kat depan kat dalam kelas. Pastu pakai tudung singkat pulak tu. Kalau menulis, kembangkan tangan tu tak ke nampak bentuk badan dari belakang? 


Saya fikir, saya dah tak boleh bertangguh-tangguh lagi. Kali ni nak kena mula bertindak. 

Alhamdulillah, memang Allah permudahkan jalan saya. 


Saya ada kawan yang jual tudung labuh. Kebetulan masa tu, ada orang bagi duit kat saya. Alhamdulillah, akhirnya impian saya tercapai.


Alhamdulillah. Memang persekitaran di universiti ni menerima seorang saya yang bertudung labuh ni. Kawan-kawan banyak bagi sokongan dan kekuatan. Salah seorang daripada kawan saya pun baru berhijrah pakai tudung bidang 60. Jadi semangat nak berubah tu lebih.

Tapi berbeza penerimaan keluarga. 

Mak saya suka kalau saya pakai tudung moden-moden ni. Adik-beradik saya pulak sangat fashionable. Up to date. Saya rasa terasing. Macam ugly duckling.

Tapi bila balik universiti saya dapat balik kekuatan.


Naqibah saya nampak saya dari jauh. Beliau hantar sms, cakap saya cantik bertudung labuh. Genggam hidayah erat-erat. Istiqamah. Saya terharu dengan sokongan beliau. Masa usrah, saya cerita pasal penghijrahan saya. Penerimaan keluarga. Dari situ saya dapat kekuatan balik.

Saya tak kira berapa lama dah pakai tudung labuh ni. Tapi alhamdulillah saya rasa selesa dengan imej ni. Betullah, rasa selamat.

Bila kita niat nak berubah jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk kita. Percayalah!

Melawat lembu kacukan di MAHA

P/s: Saya tengok isteri Hilal Asyraf, pakai tudung labuh. Nampak eksklusif. Bertuah Hilal Asyraf. Saya tengok diri saya, pakai tudung singkat. Kesian suami saya, kalau saya tak eksklusif macam isteri beliau. Dari situ, saya berazam nak jadikan suami saya seorang lelaki yang bertuah macam Hilal Asyraf jugak suatu hari nanti :)


 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K