Tuesday, November 27, 2012

Semester Satu di Universiti

Assalamualaikum.

Mencorat-coret lagi ku di malam ini.

Sedar tak sedar, tinggal sebulan je lagi nak habiskan sem satu. Cepatnya masa berlalu.

Bagi saya, pelajar sem satu adalah pemegang lesen percubaan. Masa nilah semua pelajar mengorak langkah pertama, meredah jalanan di universiti yang berliku-liku. Kadangkala tersepak batu-batuan di jalanan lalu jatuh tersungkur di tengah jalan. Namun, berbekalkan semangat juang yang tinggi, kita bangkit semula. Dari situlah kita dapat mengenal diri sendiri. 

Perkara pertama yang kita perlu buat adalah kenalpasti, apa matlamat kita di sini? 

Adakah sekadar pergi kelas mendengar kuliah, lalu pulang ke bilik dan membaca nota serta menyiapkan tugasan?

Atau

Adakah kita perlu mengikut telunjuk para senior yang mengarahkan kita untuk membuat itu dan ini?

Para senior di luar sana memang gemar melaungkan ideologi bahawa untuk merebut peluang pekerjaan, seorang siswa atau siswi haruslah aktif berpersatuan. 

Sejauh manakah kebenaran di sebalik kata-kata itu?

Adakah pembelajaran di dalam kelas itu sendiri tidak membawa kita ke arah persediaan untuk menjadi seorang pekerja yang baik?

Bukankah melalui assignment berkumpulan, kita dapat memupuk nilai kepimpinan dalam diri? 

Siapakah pemimpin?

Seorang pemimpin itu haruslah lebih berpengalaman serta berpengetahuan lebih luas daripada orang lain. Pemimpin tu seseorang yang perlu bergerak dengan lebih pantas daripada orang lain. Masa orang lain masih 'tidur', dialah yang kena 'berjaga' untuk membuat pelan perancangan untuk kumpulannya. Dia juga perlu bahagikan tugas secepat mungkin agar anak-anak buahnya dapat memulakan tugas dengan lebih cepat. Dia perlu memantau anak-anak buahnya. Kena tahu progress anak-anak buah dia. Dah mula ke? Belum mula ke? Dah siap ke? Belum siap ke?  Barulah dapat hasil kerja yang baik. Nampak tak nilai-nilai ni sebenarnya membantu kita dalam mencari peluang perkerjaan?

Bagaimana pula dengan komitmen kita?

Pergi ke kelas, tak pernah ponteng. Kesibukan kehidupan di kolej kediaman tak mendorong kita untuk ponteng kelas sesuka hati kerana kita tahu yang mana prioriti. Ceritakan yang kita sangat komited dengan apa yang kita usahakan. Kalau dapat tugasan, ceritakan bagaimana usaha kita untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

Perasan tak? Perkara penting yang kita perlu tonjolkan adalah sikap. Graduan berkelulusan yang tinggi memang menjadi pilihan tetapi sikap yang baik akan memenangi hati.

Betul ke kalau aktif berpersatuan, nanti senang dapat kerja?

Bagi saya bergantung pada kesesuaian pekerjaan. Kalau kerja yang kita mintak tu memang memerlukan kita untuk berinteraksi dengan manusia, memang perlu kemahiran komunikasi yang tinggi. Kalau bekerja dengan barang, tak perlu kemahiran yang sangat tinggi tu. Jadi, jangan terlalu mengikut cara orang lain. Ikut keperluan sendiri.

Nak aktif, boleh? Boleh, tapi kena pandai-pandai cari program yang baik. Jangan sampai bebas bergaul antara lelaki dan perempuan. Mengagung-agungkan budaya Hedonisme. Bukankah ini yang menyumbang kepada gejala sosial yang akan meruntuhkan akhlak umat Islam? Ada baiknya mengikuti program untuk memantapkan kemahiran diri seperti kelas fotografi, memasak dan sebagainya. Juga ada baiknya menyertai program-program untuk memantapkan sahsiah diri seperti usrah dan ceramah agama kerana kejayaan bukan sahaja diukur dari segi akademik, malah sahsiah juga. Semoga kita menjadi mahasiswa dan mahasiswi cemerlang mengikut acuan Islam. Syurga menanti di sana. In Shaa Allah.

P/S: Jaga pointer. Jaga pointer.

Berat otak baca blog ni, ye dok?

Senyum sokmo.

Macam Danbo :)





 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K