Thursday, October 18, 2012

Me: A Better Muslimah

Aku ingin menjadi wanita muslimah yang lebih baik.

Yang sentiasa menjaga maruah diri, agama, bangsa dan negara.

Memang benar, bukan mudah nak menjaga maruah diri .

Sebelum keluar rumah, kena check pakaian dulu.

Baju ketat ke tidak? Jarang ke tidak? 

Cukup labuhkah tudung yang dipakai? Dari belakang nampak bentuk badan ke?

Pakai stokin ke tidak?

Pergaulan dengan lelaki, terlepas bebas ke tidak?

Sikap macam mana?

1st class ke tidak?

Kenalah tip top.

Postif sokmo.

Kena buat baik dengan semua orang.

Bilik pulak sentiasa nampak kemas.

Sentiasa on time dalam segala urusan.

Barulah nampak keindahan Islam tu.

Sekarang ni, banyak betul nak kena ubah.

Aku akan perbaiki sehari demi sehari.

Terima kasih kepada awak yang sentiasa membimbing saya ke arah kebaikan.

Semoga aku dapat jadi seorang role model yang boleh menceminkan keindahan Islam.

Semoga aku dapat jadi seorang anak yang menjadi kebanggaan ibubapa.

Semoga aku dapat jadi seorang isteri yang menjadi kebanggaan seorang suami suatu hari nanti.

Aku sedar aku hanyalah insan biasa-biasa sahaja.

Akan ku cuba untuk menjadi yang terbaik untukmu.

Insha Allah.

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K