Thursday, September 27, 2012

Selemah-lemah Iman

Stokin.. Stokin..

Bukan aku tak tahu kena pakai stokin.

Tapi banyak sangat bagi alasan.

Sekarang rajin sikit nak pakai.

Itu pun sebab cuaca panas.

Pakai stokin sebab panas.

Selemah-lemah iman.

Alahai.

Wednesday, September 26, 2012

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum.

Semalam ada kelas amali bio.

Barulah tau ada sorang student tengah pregnant!

Sebelum ni tau umur student tu 27 tahun.

Tapi tatau pun dia dah kahwin!

Bestnye akak tu bawak baby dalam rahim pergi kelas!

So, kat dalam kelas saya ada baby!

So sweeeeeeeeeeeeeeet!!!!

Setakat ni dapat tau 2 orang students yang dah kahwin.

Yang 1st year tu baru kahwin.

Tapi kena duduk kat asrama lah pasal 1st year student memang kena duduk dalam hostel.

Suami beliau engineer.

Akak yang sorang lagi tu tak kenal sangat.

Tapi kalau tak silap dah 3rd year dah kot.

Saya pun nak kahwin jugak.

Nak bawak baby pergi kelas jugak, boleh?

Tapi kalau kahwin pun tanak la 1st year.

Tak best pasal xleh balik setiap minggu.

Every Saturday ada koku.

3rd year ke, 4th ye ke ok sikit.

Kalau fikir bz, ingat wanita berkerjaya lain tak bz ke?

Sama je ok.

Jadi, tolong jangan halang wanita yang berkerja sebagai seorang student ni daripada berkahwin.

Motif entri ni?

Nak bagitau, saya sedia dipinang ketika masih bergelar student.

Tu aje, heee :D

Tuesday, September 11, 2012

Hai Universiti

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah selamat dah saya bergelar seorang siswi di universiti yang sangat hijau ni.

Sesungguhnya, saya memang dah jatuh cinta pada universiti ni!

Suasana kehijauan yang indah, ada dusun buah-buahan. Macam berada di kampung sendiri. I like it!!!

Namun pada mulanya, perasaan saya masa pertama kali menjejakkan kaki ke sini hanyalah sedih semata-mata. Sedih sangat, campur terharu sampai terasa sebak di dada.

Rasa sebak sangat. Mestilah. Walaupun ayah dan ummi tak dapat hantar saya ke sini, ada ramai famili yang hantar saya. Ada opah, mak yang, my twin sis, my youngest sis, famili Chu, famili Achik. Terharu sangat tau. Rasa macam nak berderai-derai air mata. Masa tu memang cover macho habislah. Dalam hati ni dah banyak kali pesan, universiti ni dekat je dengan rumah Achik. Dorang semua dekat dengan awak, ok. Gagahlah sikit. Alhamdulillah. Memang jadi gagahlah pastu.

Orientasi tu, bolehlah.

Tapi memang mengundang rasa rindu pada tilam dan bantal jugaklah, heeee :D

Now, kelas dah start.

Sibuk sangat, banyak duduk kat kampus je. Dah habis semua kelas, baru balik kolej.

Semoga Allah beri saya kekuatan untuk melalui segala ujian dan rintangan yang ada. Insha Allah.

Hwaiting!

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K