Friday, August 31, 2012

My 23rd Birthday I

Assalamualaikum.

Hari ni 31 Aug 2012, ulang tahun kelahiran saya yang ke-23. Alhamdulillah, hidup lagi hamba Allah yang bernama Fairuz ni.

Kadang-kadang fikir pasal mati ni, takut!

Takut sebab tak tahu nanti mati kat mana?

Takut sebab tak tahu nanti mati gaya apa?

Gaya bebaskah? Kuak lentangkah?

Harap-harap dapat mati dengan mudah, mati dengan cara baik serta tersimpan segala keaiban diri. Amin. Insha Allah.

Terkenang pulak pada detik-detik indah sambutan hari lahir yang pernah saya lalui dulu.

Masa tingkatan 3, ummi tempah kek hari lahir saya dan kembar saya gambar bendera Malaysia. Celebrate birthday sama-sama dengan kembar tersayang kat rumah opah. Happy sangat masa tu. Thank you so much ummi!

Masa form 4 & form 5, tiap-tiap tahun sambut birthday atas pentas kat sekolah. Masa sambutan hari kemerdekaan, mesti ada acara potong kek untuk anak-anak merdeka. Seronok memang seronok. Tapi tak sedap bila ada yang rasa menda ni unfair. Bagi saya menda ni rezeki. Setiap anak yang lahir di dunia ni memang dah ditetapkan rezeki masing-masing. Just go with the flow. Rezeki saya camni, rezeki orang lain entah-entah lebih lagi. Bersyukur jelah dengan apa yang kita dapat.

Masa umur 18 tahun, beli kek Secret Recipe pulak. Even kek tu mahal, ayah bagi duit jugak. Ummi belikan. Thank you ummi and ayah for making my day! Terharu! :'( Masa umur 19 tahun sampai umur 20 tahun memang makan kek ni je seingat saya.

Masa umur 21 tahun, celebrate dua kali. Satu beli cupcakes comel dengan Yummy's Bite. Satu mak saudara saya belanja kek. Terharu sangat mama Irfan belanja kek pastu belikan hadiah comel untuk saya dan kembar saya! I was so happy for it! Thank you so much Cik Za!



Ohhh ya! Masa umur 21 tahun ni, ada belated birthday surprise from my housemates! Terharu ada kawan-kawan yang sudi celebrate birthday saya! Mekasih banyak-banyak Quya, Scha, Deqya, Wani, Ecah, Yana dan Ila! I won't forget the memories :)

Masa umur 22 tahun, saya buat cupcakes tapi simple je. Rasa pun bolehlah, 1st time buat. Itupun bergurukan youtube, hehe. Balik kampung, adik saya buat moist choc cake utk saya dan kembar saya. Celebrate birthday kat McD, pastu bawak kek dalam pinggan. Haru betul, hihi. Thank you my adik for the cake! Lebiu!

Tahun ni, saya jauh dari ummi dan ayah. Nampaknya telefon jelah. Eh, tapi tak pulak dapat sms hadiah hari jadi dari hotlink. Memang tak dapat ke? Tak best la camni, sob sob :'(

Hari ni ada someone nak belanja makan McD. Kalau jadi, alhamdulillah. Terima apa-apa jelah cara sambutan kali ni. Walau tak meriah sangat pun terima jelah. Awak tu dah besar pun, jangan nak berjiwa kanak-kanak sangat la kan.. hihi.

By the way, saya dah dapat hadiah yang sangat best pun! Kembar saya bagi hadiah beg Roxy kat saya! Selama ni masuk kedai Roxy hanya mampu jeling-jeling dari jauh je. Kali ni betul-betul memilikinya! Alhamdulillah. Thank you so much, Kak Yang! I'm so happy tau! Sayang kak yang banyak2!

Baru dapat sms happy birthday from my darling mummy chula. Alahai murah betul air mata aku ni. I miss my ummi so much! I love her so much! Thanks a lot for everything ummi! I love you soooooo much!

Wednesday, August 01, 2012

Si Peminta Sedekah

Assalamualaikum.

Tadi saya pergi bazar Ramadan @Stadium. Biasalah, kat bazar Ramadan mesti ada pengemis-pengemis yang meminta sedekah.

Masa tunggu mak saya beli satay, saya ternampak ada seorang anak Cina jalan berpimpinan tangan dengan ibu dia. Anak Cina tu panggil ibu dia, sambil memandang ke arah pengemis tu. Dia tarik ibu dia menuju ke arah pengemis tu. Kemudian dihulurkannya duit kertas kepada pengemis tu.

Ya Allah, suci hati anak kecil tu.

Saya kagum dengan dia.

Saya sangat memandang rendah pada golongan pengemis. Pada pendapat saya, kenapalah mereka ni tak nak pergi kerja? Pastu saya pernah tengok drama, ada tunjuk pengemis yang berpura-pura sakit untuk minta sedekah. Boleh dapat untung beribu-ribu sebulan. Sebab tu saya takut kalau ada pengemis-pengemis yang menipu camtu. Sehingga suatu hari saya terbaca satu ayat yang melibatkan golongan pengemis ni dalam Al-Quran. Saya insaf bila baca ayat tu. Baru sedar, siapalah kita nak judge orang lain? Kalau hati kata nak bagi, bagilah dengan niat kerana Allah. Peminta sedekah yang menipu tu, antara dia dengan Allah. Tak perlu risau tentang tu.

Bersedekah ada banyak kebaikannya. Bulan Ramadan ni, pahala pun lebih.

Rebutlah peluang ni sebaiknya. Biar tamak pahala, jangan tamak dosa.

Kat sini ada satu lagu yang berkaitan dengan sedekah.

Nyanyian penyanyi comel dari seberang, Gita Gutawa.

Dengar ye!


Persedian Menuju ke Gerbang Itu

Assalamualaikum.

Lebih kurang sebulan lagi dah nak masuk belajar. Takut pun ada ni. Maklumlah, dah lama bercuti. Hari-hari pun boleh buat apa yang saya nak. Nak tidur bila-bila pun tak ada masalah. Lepas tu, kurang tekanan hidup. Nanti dah sambung belajar, Allah bagi masa 24 jam sehari pun tak pernah cukup. Tak dapat nak dibayangkan!

Sekarang ni dah fikir pasal belajar. Tengah fikir nak pilih minor bidang mana. Kalau ikut skop kerja, entahlah. Tak ada idea sangat. Tapi rasa macam malas nak peningkan kepala sangat. Siapa kata saya nak pergi kerja? Saya nak jadi surirumah la, ikut suka la nak belajar bidang mana pun kan?

Saya rasa saya nak belajar untuk tambah ilmu, luaskan pengetahuan. Mungkin dengan cara tu, dapat saya berbakti kepada insan yang memerlukan. Kalau dah tertulis dalam suratan takdir suatu hari nanti saya akan bekerja, insya-Allah saya akan bekerja. Saya serahkan saja pada Allah hal-hal rezeki ni :)

Sebenarnya banyak lagi perkara yang belum selesai ni. Belum cuci gambar saiz passport, belum buka akaun CIMB, belum beli nombor pin BSN, belum ambil IC, belum print dokumen konvo, belum print senarai subjek, belum bayar yuran, belum beli barang-barang. Memang kena buat senarai pendek pun, kan? Kalau tak memang boleh lupa. Pelan-pelan kayuhlah Cik Fairuz.

Moga Allah permudahkan urusan insan yang lemah ini. Ameen.


 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K