Tuesday, July 31, 2012

Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum.

Saya buat kad pengenalan baru semalam. Kena charge RM10 je pun. Sebenarnya ni kad pengenalan kedua saya selepas saya memiliki kad pengenalan pertama yang wajib dibuat masa umur 12 tahun. Alhamdulillah setakat ni tak pernah hilang, tak pernah rosak. Cuma rupa kad pengenalan saya dah tak cantik dah. Hitam legam sikit, hehe. Kad pengenalan saya ni nyaris tak rentung dalam peristiwa kebakaran hampir 6 tahun yang lalu tau. Alhamdulillah, selamat :)

Saya dah banyak kali berpindah-randah sebelum ni, tapi sekali pun tak pernah tukar kad pengenalan. Sesedap rasa je, kan? Dah la rumah lama tu dah tak wujud lagi. Kalau mati kat mana-mana, entah macam mana polis nak cari keluarga saya. Thank God masih bernyawa lagi :)

Kali ni nak tak nak kena tukar kad pengenalan baru jugak. Bahaya weh. Kalau jadi apa-apa kat saya, siapa yang susah? Diri sendiri jugak, hew hew.

Ok, berbalik kepada cerita. Staff kat JPN bagitau, boleh semak status permohonan di website JPN. Klik sini.


Bagus betul JPN ni. Senang nak tau kad dah siap ke belum. Lagi bagus, tak sampai 24jam dah siap ok. Suka! Suka! suka!


Alahai. Ingatkan lambat siap. Nak pergi Rabu petanglah kot. Nak tunggu stok baru Tudung Bawal Aidijuma, hehe.

Ok, bye!

No comments:

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K