Tuesday, July 31, 2012

Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum.

Saya buat kad pengenalan baru semalam. Kena charge RM10 je pun. Sebenarnya ni kad pengenalan kedua saya selepas saya memiliki kad pengenalan pertama yang wajib dibuat masa umur 12 tahun. Alhamdulillah setakat ni tak pernah hilang, tak pernah rosak. Cuma rupa kad pengenalan saya dah tak cantik dah. Hitam legam sikit, hehe. Kad pengenalan saya ni nyaris tak rentung dalam peristiwa kebakaran hampir 6 tahun yang lalu tau. Alhamdulillah, selamat :)

Saya dah banyak kali berpindah-randah sebelum ni, tapi sekali pun tak pernah tukar kad pengenalan. Sesedap rasa je, kan? Dah la rumah lama tu dah tak wujud lagi. Kalau mati kat mana-mana, entah macam mana polis nak cari keluarga saya. Thank God masih bernyawa lagi :)

Kali ni nak tak nak kena tukar kad pengenalan baru jugak. Bahaya weh. Kalau jadi apa-apa kat saya, siapa yang susah? Diri sendiri jugak, hew hew.

Ok, berbalik kepada cerita. Staff kat JPN bagitau, boleh semak status permohonan di website JPN. Klik sini.


Bagus betul JPN ni. Senang nak tau kad dah siap ke belum. Lagi bagus, tak sampai 24jam dah siap ok. Suka! Suka! suka!


Alahai. Ingatkan lambat siap. Nak pergi Rabu petanglah kot. Nak tunggu stok baru Tudung Bawal Aidijuma, hehe.

Ok, bye!

Saturday, July 28, 2012

Medical Check Up II

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah siap dah medical check up. Banyak jugak nak kena check ye?

Mula-mula ketinggian saya disukat. Ajaib sikitlah sebab tinggi saya naik 1cm. Sebelum ni, 145cm aje. Sekarang dah 146cm. Musykil jugak, sejak bila tulang-temulang saya memanjang 1cm ni? Heheeee :D

Lepas sukat tinggi, kena timbang berat badan pulak. Berat badan saya masih 42kg macam dulu. Tak menaik, tak menurun. Ok la, ye dok?

Macam biasalah kena tunggu giliran. Tak lama kemudian, saya dipanggil masuk bilik doktor.

Doktor tanya ada penyakit ke? Pernah kena bedah ke? Lepas tu, doktor check kadar denyutan nadi, check tekanan darah, check paru-paru & jantung.

Then, doktor suruh baring. Doktor check kat bahagian abdomen. Doktor tekan-tekan kat area rahim. Perut pun sama. Doktor check dengan stetoskop kat bahagian dada. Lagi, doktor duduk suruh melunjur, angkat kaki ke atas. Lepas tu, buat ujian buta warna, ujian penglihatan. Last sekali kena check jenis darah. Saya berdarah O! Tu dia. Doktor siap bagi simpan buat kenangan lagi, hew hew :D

Kad jenis darah saya

Semalam staff tu kata RM50, tadi kena charge RM33 sahaja. Maknanya, kos untuk medical check up saya hanya RM58 sahaja. Murah, kan? Kalau nak murah, buatlah medical check up di Poliklinik Taqwa :)

Tapi untuk girls, better tanya dulu ada doktor perempuan ke tidak. Nanti kalau kena check dengan doktor lelaki mesti tak selesa kena tarik lengan baju nak dekat sampai celah ketiak. Tangan dipegang-pegang oleh doktor lelaki. Doktor lelaki tekan-tekan bahagian abdomen. Tak best, kan? Carilah doktor perempuan ye!

Sekian.

Friday, July 27, 2012

Medical Check Up

Assalamualaikum.

Hari ni saya pergi buat medical check up.

Mula-mula pergi Poliklinik Taqwa. Saya diminta supaya membuat pemeriksaan x-ray di Hospital Pantai Puteri sebab kat klinik tu tak ada servis x-ray rupanya. Charge yang dikenakan untuk x-ray adalah RM25 sahaja, bayar di hospital. Charge untuk pemeriksaan lain pula RM50. Jadi semuanya RM75.

Tanpa melengahkan masa, saya & ayah saya pun bergegas ke hospital tu. Dah sampai, nak cari parking susah. Penuh aje. Pergi park kereta kat depan tadika je, huuuu... Nasib baik tak kena saman, hew hew.

Setibanya di hospital, pergi unit pengimejan diagnostik. Kat situ saya pergi mendaftar dan tunggu giliran. Lama tak lama jugak, lepas tu nombor giliran saya dipanggil. Kena ikut juru x-ray pergi bilik x-ray. Juru x-ray semua lelaki buat i sangat nervous ok. Juru x-ray yang incharge saya berbangsa India. Nasib baik India. Kalau Melayu lagi la seperti ku bernafas dalam air ;)

Kena tukar baju di dalam bilik persalinan. Juru x-ray bilang apa yang perlu ditanggalkan. Mujurlah India yang sebut ok. Tak segan sampai rasa seperti bernafas dalam air. Tapi apa yang membuatkan saya sangat frust adalah tak pakai anak tudung. Tak terfikir pun kena bukak tudung. Masa tingkatan 3 dulu pun pernah kena x-ray, tapi tak ingat pulak pasal ni. Geram betul! Lepas tu tak boleh pakai rantai. Jenuh nak bukak, tapi susah sangat. Sebelum ni kalau nak bukak rantai mesti mintak orang lain yang tanggalkan. Takkan nak mintak abang manis tu yang bukak, kan? Tak manis, tak manis. Sudahnya juru x-ray tu suruh geget aje rantai tu. Habis cerita. Moral of the story, jangan pakai rantai masa nak pergi x-ray ok.

Tadi saya perasan, saya seorang je gadis Melayu muda remaja. Patutlah pun mereka gedik sangat masa saya cakap thank you tadi. Semua jawab sama-sama ala-ala lembut ayu gitu. Amboi, mengada betul!

Ekcalli, urusan gue belum selesai. Esok nak pergi klinik, buat urine test, check tekanan darah, ambil darah. Tak sukanyeee ujian2 ni. Sabar jelah...
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K