Sunday, August 29, 2010

SHOPPING RAYA

Assalamualaikum

Semalam, saya dan kembar saya membeli-belah di Jalan TAR dan SOGO. Macam pergi mandi laut je rasa. Bukan sebab ada laut dan bukan sebab ada mandi-manda, tapi sebab tempat-tempat ni dah jadi seperti lautan manusia. Jadi, terpaksalah meredah lautan manusia untuk beli baju raya. Kalau ummi ada sekali mesti pening kepala. Terlalu sesak di sana. Berlanggar dengan orang lain tu dah jadi perkara biasa.

Walau macam mana pun, alhamdulillah. Berbaloi beli baju di sana. Banyak pilihan, banyak saiz termasuklah saiz SS macam saya ni, hihi. Lagi satu, susah sikit nak beli baju raya di Ipoh. Kalau tak berkenan satu pun baju di GM, kena pergi Megoplex, kena pergi cari kedai-kedai lain. Makan masa yang lama dan rugi duit minyak kereta jugak. Lagipun, kata kakak saya, masa dia temankan adik saya beli baju raya di Ipoh. Dia perhatikan harga baju di Ipoh agak mahal. Misal kata baju yang saya beli di Jalan TAR berharga RM 160, kalau beli di Ipoh harganya RM200. Mungkin lebih lagi. Selendang juga begitu, kalau di KL harga selendang Pashmina RM10. Kalau di Ipoh, harganya mungkin RM12. Untung juga duduk di KL ni ;)

Semalam ada beberapa peristiwa yang tak diingini berlaku. Saya pun tak tahu apa masalah saya semalam. Masa naik tangga dari SOGO menuju ke stesen LRT STAR, saya terjatuh. Dahlah jatuh tu di anak tangga yang terakhir. Yang paling atas pulak tu. Malu betul! Lepas bangun, tak pandang belakang dah. Walaupun dengar suara budak kecik gelak kuat-kuat. Malas nak ambik tau sama ada dia gelakkan saya atau bukan. Peristiwa kedua, masa guna kad touch and go. Invalid pulak kad tu, padahal tadi boleh je check berapa ringgit yang ada. Peristiwa ketiga, tiket terjatuh masa nak masukkan kat tempat tiket tu. Lepas tu, hairan kenapa palang tak jatuh. Rupa-rupanya, kad terjatuh. Memang hari terjatuhku semalam.

Okehlah, sampai di sini dulu. Nanti cerita lagi. Eh, baju raya belum tunjuklah. Saje tak nak tunjuk pun, hihi. Tunggu hari raya nanti okeh!

Monday, August 16, 2010

JULIA

Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat tak kira di mana sahaja anda berada. Hati ni selalu teringin nak update blog, tapi nak buat macam mana. Akhir-akhir ni saya sibuk sangat dengan pelbagai program. Kerja pun banyak. Tapi, takpelah kan. Masa cuti panjang nanti, insya-Allah saya tulis cerita yang tak sempat saya cerita.

Tadi saya pergi library kolej. Ketika sedang sibuk cari buku, saya terjumpa sebuah novel kegemaran saya. Julia. Saya tertarik melihat kulit buku itu yang berbeza dengan novel Julia yang biasa. Rupa-rupanya, novel itu dicetak dalam bahasa Inggeris! Menarik. Saya pinjam novel tu. Mana tahu dapat belajar perkataan-perkataan baru =)


Julia di hatiku

Tega ku berdiri sepanjang malam
Mengintai dada langit yang tersergam
Dengan menitip doa dan impian
Di saat melintas sang kelodan
Kau di sisiku sentiasa
Julia

Ingat lagi lagu nyanyian kumpulan Exist ni? Yang ni pun Julia juga ;D




 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K