Tuesday, July 20, 2010

GAGAL MERANCANG ITU MERANCANG UNTUK GAGAL

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk minggu kedua dalam semester empat. Assignment pun dah dapat. Kalau boleh, saya nak siapkan secepat mungkin untuk elakkan kepala berserabut masa nak exam. Saya nak cuba buat sebaik mungkin. Haruslah merancang kerja dengan teliti. Saya masih ingat lagi kata guru sejarah semasa di tingkatan 3, Cik Hayati, "Fail to plan is planning to fail." Saya akan pegang kata-kata ni agar tidak tersasar dari matlamat saya di sini.


Saya catatkan beberapa tarikh penting supaya dapat buat persiapan awal

Sunday, July 18, 2010

Hadiah Setitis Air Mata

Assalamualaikum

Ummi kata, Ummi seperti merasai sebuah kehilangan setelah kepermergian saya ke Kuala Lumpur. Ummi kata, Ummi rasa nak menangis bila saya tak ada di rumah. Sayu hati saya. Ummi, Kakde akan belajar bersungguh-sungguh untuk gantikan air mata kesedihan itu dengan air mata kejayaan selagi ada umur Kakde. Doakan Kakde selalu. Kakde sayang Ummi.

Dada terasa sebak. Mata mula digenangi air jernih. Sekian.

Saturday, July 17, 2010

Adikku Sayang, Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum

Kini saya berada di Ipoh untuk menyertai Ipoh International Run yang berlangsung pada 18 Julai 2010. Alhamdulillah, saya dan kakak kembar saya selamat tiba di Ipoh semalam walaupun terpaksa menghadapi kesulitan semasa dalam perjalanan. Semuanya gara-gara tidak memeriksa tiket selepas pembelian tiket itu. Pada mulanya, kami agak cemas. Namun, mujurlah penumpang lain memberikan kerjasama yang baik terhadap kami. Syukur, alhamdulillah.

Semasa dalam perjalanan, saya dikejutkan dengan berita adik bongsu saya dimasukkan ke hospital kerana terpaksa menjalani pembedahan akibat sakit appendiks. Saya sangat bersimpati pada adik saya kerana tahun ini adik dia akan menghadapi SPM. Tentu sekali ujian ini berat buatnya. Saya harap semangat juangnya tak pernah luntur.

Hari ni saya meluangkan masa di hospital. Kendatipun sudah semalaman pembedahan itu, luka pembedahannya masih lagi terasa sakit. Terutama sekali bila nak bangun. Kasihan saya tengok, tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah meringankan bebannya.

Adik saya sungguh bertuah sebab hari ni tetamu tidak putus-putus datang menziarahinya. Saudara-mara memenuhi ruang wad dan rakan-rakan sekelasnya turut datang bagi menitipkan semangat dan buah tangan juga.

Saya terkenang peristiwa saya dibedah kerana pembengkakan kelenjar semasa di tingkatan 3. Saya dimasukkan ke wad yang ada 3 buah katil. Ketika itu tiada seorang pun menemani saya di hospital. Ummi sibuk menguruskan hal rumah, menghantar dan mengambil kakak dan adik dari sekolah. Ayah sibuk bekerja. Jadi, mereka hanya datang kejap-kejap. Oleh sebab masa tu hari sekolah dan hari bekerja, tak ramai saudara-mara yang datang. Boleh dikira dengan jari. Sunyi sangat. Rasa nak menangis bila pesakit sebelah saya dikunjungi tetamu. Rasa nak menangis bila orang tanya mana emak. Rasa nak menangis bila nurse tanya kawan-kawan tak datang ke?

Semua yang terjadi ada hikmahnya. Melalui pengalaman sebegitu, saya tahu bagaimana perasaan orang sakit. Saya faham apakah hikmah menziarahi orang sakit.

Masih ingat lagi 6 kewajipan seorang Muslim terhadap saudaranya? Setiap Muslim terhadap muslim yang lain mempunyai hak dan kewajipan yang banyak. Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain terdapat enam perkara. Para sababat bertanya, Apakah dia, Ya Rasulullah? Sabda baginda SAW, "Jika anda menemuinya hendaklah memberi salam, jika dia mengundangmu hendaklah memenuhi undangannya, jika dia meminta nasihat hendaklah menasihatinya, jika dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah hendaklah mendoakannya, jika dia sakit hendaklah menziarahinya dan jika dia meninggal dunia hendaklah turut menghantar jenazahnya ke kubur."

Jadi, jika anda dapat tahu orang yang anda kenali jatuh sakit. Luangkanlah sedikit masa untuk menziarahinya. Mudah-mudahan orang sakit itu dapat lupakan sakitnya buat seketika dan semoga ziarah anda itu dapat menguatkan semangatnya untuk pulih dan tabah mengahadapi ujian Allah.


Thursday, July 15, 2010

Nak Cantik? Makanlah Madu Setiap Hari

Assalamualaikum

Bermula dari Isnin 12 Julai, saya mula makan madu asli keluaran HPA. Alhamdulillah, beberapa hari selepas saya mula mengamalkan makan madu saya rasa lebih bertenaga. Tak ada rasa nak tidur pada waktu petang dan apa yang paling penting, saya tak rasa mengantuk semasa belajar.

Kenapa saya memilih madu sebagai makanan tambahan? Mari kita lihat apa khasiat madu.

Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

a. Penyembuh yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida dan Menghenti Serangan Bakteria.

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi
Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten. Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.

Antara manfaat Madu yang lain
  • Membekalkan tenaga segera, gula dalam madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga. Membantu melawaskan sistem pencernaan
  • Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
  • Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  • Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
  • Mengurangkan parut
  • Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Sumber: Utusan.net

Sasaran saya, nak hilangkan parut demam campak dan parut jerawat (>_<) Harap dapat kulit secantik bayi. Mimpi pun mimpilah...

Wednesday, July 14, 2010

Semester 4: Dimulakan dengan Bismillah

Assalamualaikum

Semester baru dah bermula. Semangat baru meresap ke dalam diri. Azam berganti azam. Tidak mahu berada di takuk lama. Semoga nyalaan obor semangat ini tidak terpadam hingga ke akhirnya.

Alhamdulillah, saya dah dapat jadual usrah malam ni. Syukur dapat sekelas dengan Lina dan Wahida. Betapa deritanya terpisah dengan kawan-kawan masa sem 2 dulu :( Pasal subjek semester ni, di bawah ni ada jadual sem baru.



Sunday, July 04, 2010

Rindukan Dia


Masa ni Irfan baru bangun tidur




Masa ni Irfan baru bangun tidur juga



Kudaku lari gagah berani.. Yehhha


Menonton TV



Menonton Upin dan Ipin ditemani Cahaya Lampu Suluh


Aksi ketika menonton Upin dan Ipin

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K