Sunday, June 27, 2010

Hai Lelaki! Saya Dah Cium Awak Tadi

Assalamualaikum

Saya baru balik dari rumah jiran. Dah ziarah baby. Dia baby boy rupanya. Saya usap kepala baby tu. Lembut sangat kulit dia. Seronok ada baby kan?

Ulangtahun ke-52 Ummi

HAPPY
BIRTH
DAY
UMMI


Assalamualaikum

Selesai sudah semester tiga. Sebenarnya, saya tak berapa suka semester pendek. Tempoh belajarnya sangat singkat. Kalau tiga bulan lebih bolehlah lagi, tapi dua bulan memang terkejar-kejar nak belajar. Tahun depan kena hadapi lagi satu semester pendek.. hmm.. kena pulun habislah masa yang ada nanti.

Semalam saya jalan-jalan dengan adik-adik di Jusco sebab nak beli barang untuk buat kek. Banyak benda nak kena beli.. dulang pembakar kek pun tak ada di rumah. Bahan-bahan ramuan apatah lagi. Sudahlah ini kali pertama saya buat kek di rumah! Err.. tapi bukan partama kali seumur hidup. Dulu saya pernah buat kek pisang dan kek marble di sekolah, tapi bukan reti sangat. Siap ada partner lagi. Kira macam pembantu jelah saya ni.

Waktu saya nak buat kek ni, mak saya ada tengok sekali. Ummi tanya, "Kakak nak buat apa?". Saya hanya tersengih macam kerang busuk. Ummi tanya lagi, "Kakak ni ada hobi baru pulak ke?" Saya hanya tersenyum. Kasihan ummi.. curious.. nak tahu.. tapi demi nak buat kejutan, terpaksalah buat macam tu.

Rasa berdebar nak buat kek ni. Risau tak menjadi. Sudahlah ini merupakan percubaan pertama. Percubaan pertama untuk seorang yang istimewa. Adik saya pula kata, dia pernah buat cupcake guna ketuhar di rumah, tapi tak menjadi. Mestilah saya risau. Setelah dikaji, barulah saya tahu masalah adik saya tu. Dia tak panaskan ketuhar sebelum bakar kek dan dia tak adjust kepanasan tu supaya haba dikenakan dari atas dan bawah. Nasib baiklah saya belek-belek ketuhar ni dulu sebab nampak lain macam je kek tu.

Baruku tahu betapa sukarnya nak buat kek ni. Bukan apa.. kek ni ada empat lapis. Kena bakar satu-satu. Makan masa yang lamalah nak buat sebab setiap lapis perlu dibakar selama 10 minit. Akhirnya, berjaya juga saya siapkan kek ni. Gembira sangat bila tengok kek tu. Tercapai juga hasrat saya untuk buat kek ni. Saya dah rancang dari awal lagi, sebelum hari lahir mak saya. Punyalah teruja sampai masa hari lahir ummi terlupa nak wish. Dah pukul 6pm lebih baru teringat yang hari tu rupa-rupanya 22 Jun! Kelam-kabut telefon ummi..

Bila dah siap hias kek, saya panggil kakak dan adik-adik masuk ke bilik ummi sambil bawa kek tu. Ummi terkejut rupa-rupanya kek tu untuk ummi. Kami bagi hadiah yang baru dibeli. Ummi seronok sangat sebab adik saya bagi buku Kartun Lat kegemarannya dan saya pula hadiahkan ummi frame gambar "The Tree of Love!".. Frame gambar yang ada 6 frame. Ummi nak letak gambar keenam-enam orang anaknya. Mujur cukup enam frame.. hehe. Ummi nak letak di bilik guru. Kakde sayang ummi!

Happy Birthday Ummi!

Align Center
Ada Empat Lapis Tau!



The Tree of Love is inside this box ;D




Sunday, June 20, 2010

Semester 3: Final Exam

EXAM

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik dah habis sesi pembelajaran di semester ketiga ni. Masa memang pantas berlari. Tak terkejar dibuatnya. Pelbagai pengalaman yang saya lalui. Nak tulis semua tapi tak sempat buat masa ni. Rasa berdebar sangat nak jawab exam ni. Saya sentiasa doakan keajaiban berlaku kali ni, harap dapat naikkan pointer. Iringi saya dengan doa kalian ya!

  • Introduction to Child Care, Health and Nutrition
  • Introduction to Curriculum for Pre-School Children
  • Introduction to Child Development




Sunday, June 13, 2010

Minggu Terakhir Semester 3

Assalamualaikum

Terasa macam baru lagi mulakan semester tiga ni. Pejam celik pejam celik dah nak final exam. Isnin ni ada presentation Intro to Child Care and Nutrition (CC) dan Intro to Child Development (CD).

Untuk CC, saya kena tunjukkan cara memakai lampin bayi. Semalam saya minta Alieya cari penyepit lampin yang macam saya lihat di youtube, tapi tak ada. Kena cari pin biasalah nampaknya. Cara yang saya pilih, Lipatan Origami. Saksikan.




Hasilnya!



Waktu saya dan adik-beradik masih kecil, ibu kami lebih suka menggunakan lampin kain sebab katanya, kalau pakai lampin pakai buang kulit tak dapat bernafas dengan lebih baik. Kalau tak silap saya, penggunaan lampin kain dapat mengelakkan ruam kulit. Di sini ada penerangan tentang kebaikan menggunakan lampin kain. Saksikan.



Untuk CD, kena persembahkan obeservation terhadap anak Madam Norazah. Harap dapat buat yang terbaiklah. Insya-Allah.
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K