Monday, May 24, 2010

Hadirmu Satu Kurnia

Assalamualaikum

Setiap hamba Allah tidak akan sunyi daripada ujian-Nya. Kadang-kadang kita tak percaya kemampuan diri sendiri, sebab tulah kita berputus asa. Kita kena ingat, Allah tak menguji melebihi kemampuan kita. Kalau berat ujian tu, pasti kita mampu menerimanya. Kita tak boleh menafikannya kerana Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak.

Allah turunkan ujian tu sebab Allah sayang kita. Tentu kita akan berdoa memohon kedamaian hati dan juga kekuatan daripada Allah. Maka hati kita semakin dekat dengan Allah. Allah suka kalau kita dekatkan hati kita dengan-Nya. Ini akan memupuk cinta kepada Maha Pencipta. Jadi, redhakanlah setiap musibah yang berlaku. Pasti ada rahmat di sebalik ujian itu.

Saya bersyukur sangat sebab Allah kurniakan insan yang sangat berhati mulia di sekeliling saya. Tika saya diuji dengan Chicken Pox, saya rasa saya sangat lemah dan tidak berdaya. Bagaikan burung yang patah sayapnya. Rasa diri saya sangatlah membebankan orang lain. Kadang-kadang nak minta tolong pun malu!

Saya hampir putus asa meneruskan perjuangan ilmu. Saya pernah berniat nak withdraw subjek Introduction to Child Development atas alasan, saya berkemungkinan tak dapat jawab kuiz yang akan dijalankan pada hari Rabu sebab tak dapat hadir. Saya juga fikir saya tak boleh bawa subjek ni sebab subjek ni susah. Mujurlah rakan sekelas saya, Nadiah menyimpulkan kembali semangat yang terlerai. Terima kasih Nadiah. Sayang Nadiah tau! Akhirnya kuiz ditunda sebab pensyarah saya tak sihat. Kasihan juga pensyarah saya tu, harap cepat sembuhlah hendaknya. Syukur saya boleh jawab kuiz tu akhirnya. Alhamdulillah! Allah permudahkan langkah saya. Terima kasih juga buat teman serumah, Naquiea dan Wanie yang meminjamkan kertas Midterm Exam mereka. Mujur mereka dah ambil subjek ni pada semester lalu. Kertas mereka tu banyak membantu saya yang tak larat nak baca buku sepanjang saya sakit.

Bila menyentuh bab makan yang paling mengundang keharuan. Susah nak jaga pemakanan ni. Ayam tak boleh, telur tak boleh, daging tak boleh, ikan pun tak boleh makan sembarangan, udang lagilah bisa! Terima kasih Mak Yang dan Kak Erna sebab tolong masak bubur dan goreng ikan bilis untuk saya. Terima kasih juga buat Abang Wan dan Abang Awe di kafe juga yang terpaksa melayan kerenah orang sakit yang banyak songeh ni.

Alhamdulillah, sekarang ruam dah kering. Benar kata Kak Erna. Lepas mandi dengan air daun mambu, ruam cepat kering. Terima kasih Mak De atas bekalan daun yang diusahakan! Saya gabungkan petua Mak De dengan petua Gha. Kata Mak De, daun mambu perlu direndamkan dalam air pada waktu malam dan perlu diramaskan terlebih dahulu. Gha pula kata, saya harus tidur dengan daun mambu yang dilurutkan dari tangkainya. Err.. tapi saya lupa nak lurutkan daunlah! hehe :D Terima kasih kepada pihak kafe sebab tolong saya simpan daun bambu tu sepanjang saya berada di asrama. Andai tiada pertolongan mereka, layulah daun bambu. Hilanglah kandungan ubat dalam daun tu.

Sesungguhnya, saya sangat terhutang budi pada semua yang membantu dan memberi semangat buat saya. Saya tak mampu membalasnya. Hanya doa yang dapat saya kirimkan. Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan semoga Allah merahmati kalian, ameen.

Sunday, May 16, 2010

Chicken Pox

Assalamualaikum

Saya mula rasa demam sejak hari rabu lagi. Sangkaan saya ia cuma demam biasa. Saya makan panadol untuk kurangkan panas badan. Bila dah makan ubat, rasa lega sikit.

Semalam sebaik saja bangun dari tidur, lengan saya terasa gatal. Saya garu di tempat yang gatal tu. Terasa seperti berbiji di situ. Saya nampak ia seperti bintik yang berwarna merah. Saya bingkas bangun untuk melihatnya di cermin. Tertanya-tanya adakah ini Chicken Pox? Saya cuba periksa di bahagian lain. Ada lagi! Dunia terasa seperti gelap seketika. Saya bakal bertarung dengan exam, sekarang saya perlu bertarung dengan dengan Chicken Pox pula!

Simptom lain yang saya rasa, sakit kepala terutama sekali di bahagian bebola mata. Nak tidur pun rasa sakit. Sampai sekarang rasa pening lalat. Saya tak berselera nak makan, rasa letih dan tak selesa. Hari ni bintik merah semakin bertambah. Gatalnya tak terkata! Ia memedihkan!

Walaupun berat ujian ini yang perlu saya pikul, tapi saya yakin saya boleh hadapinya. Allah tak menguji di luar kemampuan hamba-Nya. Itu yang perlu saya pegang sekarang. Saya kena sabar dan tabah.

Sekalung penghargaan buat Achik kerana membawa saya ke klinik dan belikan sebiji kelapa semalam, Mak Yang kerana masak bubur untuk saya, Alieya kerana mengurut saya malam tadi dan kawan-kawan yang ambil berat terhadap saya yang juga mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Di sini ada petua untuk mengubati demam campak yang diberikan oleh kawan saya, Gha.



Nak cari daun mambu tu yang macam susah sikit. Susah juga nak jaga diri bila kena Chicken Pox ni. Saya cuba ikhtiar selagi boleh. Semoga Allah ringankan bebanan ni.

Saturday, May 08, 2010

Cerita Semester Tiga

Assalamualaikum

Perjuangan semester tiga sudah bermula dari minggu lepas. Alhamdulillah, pensyarah yang mengajar kali ni ok, tapi saya rindu kelas Madam Norazah! Saya suka cara beliau mengajar sebab cara penyampaian beliau sangat menarik. Cuba bayangkan, pergi kelas pukul 8 pagi, mesti mengantuk, kan? Tapi suara Madam Norazah tak buat saya rasa mengantuk kecuali kalau saya tidur lewat, memang mengantuk jugalah. Lagi satu, Madam Norazah selalu bercerita dan berkongsi pengalaman. Jadi, dapatlah saya membuka minda luas sedikit.

Kali ni saya ambil 3 subjek. Ini memang dah maksimum untuk semester pendek. Walaupun hanya 3 subjek, tapi betapa berat terasa hanya Allah yang tahu. Setiap hari belajar subjek yang sama pada masa yang sama. Pertama kali saya susun jadual dari pukul 8.00am sampai pukul 12.55pm tanpa henti. Mulalah mengantuk dan lapar jadi satu. Mujurlah subjek dengan Madam Gee pukul 10.00am. Suara Madam Gee membuatkan saya hilang rasa mengantuk.

Kali ni saya ambil subjek Intro to Child Care, Health and Nutrition, Intro to Child Development dan Intro to Curriculum for Pre-School Children. Pensyarah ada cakap, subjek Intro to Child Development ni subjek peringkat degree. Patutlah susah! Jujur saya katakan, memang susah nak faham. Inilah yang membimbangkan saya. Kalau dapat subjek yang susah ni, kenalah usaha lebih. Serik dah dapat pointer macam semester dua. Semester baru ni kena naikkan semula pointer.

Minggu pertama dan kedua dah sibuk dengan kerja. Subjek Child Care, Sir Husam dah bagi kerja. Kami kena buat Door Hanger. Alhamdulillah, dah submit. Sekarang ada lagi satu yang belum siap, kena buat report selepas observe I-CARE. Isnin nak kena submit. Subjek Child Development pun dah dapat assignment. Alhamdulillah, proses pertama dah terlaksana. Tinggal kena buat report je, tapi lambat lagi nak kena submit. Subjek Curriculum kena buat lesson plan, kena buat assignment kat dalam kelas. Dah submit. Tinggal mock teaching nak kena buat Isnin nanti.

Tulis pasal kerja ni buat saya jadi pening tiba-tiba. Ok, nak stop dah. Kena rehat dulu, lepas ni boleh buat ulangkaji. Terima kasih sudi baca kisah ni. Jangan tumpang pening sekaki sudahlah. Nanti terkena tempias emosi saya pulak, susah!

Child Development: Interview Madam Norazah


Penawar Stress: Oh, Irfan sangat naughty!


...inilah namanya kreativiti seorang kanak-kanak!




 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K