Saturday, March 13, 2010

Zoo Negara Volunteers

Assalamualaikum

Dah lama tak tulis aktiviti sehari-hari di blog. Sebelum belajar di IIC, iaitu semasa menjadi penganggur separuh masa (ada kala saya kerja secara tak formal) mood untuk menaip sentiasa ada. Bila dah mula belajar, ada je halangan nak bercerita. Banyak perkara perlu difikirkan, banyak perkara nak kena buat.

Saya dah berniat nak tulis cerita tentang program 'Zoo Negara Volunteers'. Dah lama dah saya ke Zoo Negara, 23 Februari 2010. Kesibukan menyiapkan assignment, tak sempat nak update blog. Tapi ,update facebook tak pernah miss. Update facebook sangat ringkas. Tulis 1 ke 2 ayat sudah memadai, sangat menjimatkan masa.

Berbalik kepada cerita. Saya dapat modul usrah Professional Muslim: To Be or Not To Be untuk semester 2 ni. Jadi, tugasan untuk modul ni saya dan ahli usrah kena buat amal kebajikan. Boleh pilih sama ada nak pergi rumah kebajikan, rumah fakir miskin atau kerja sukarela. Ahli usrah kumpulan saya sebulat suara untuk jadi sukarelawan di Zoo Negara.

Program dijalankan setelah proposal dibuat, kami tiba di Zoo Negara tepat pada masanya. Mula-mula kami berkumpul di tempat masuk. Kami diberi penerangan ringkas tentang program ni. Kemudian, kami diagihkan kepada bahagian tertentu. Ada yang dapat bahagian monyet, unta, singa, harimau, buaya, ular, dapur dan saya dapat bahagian kuarantin.

Kalau dapat bahagian haiwan, rata-rata mereka terdiri daripada 4 orang. Kerjanya membersihkan kandang dan bagi makanan untuk haiwan di sana.
Kerja di bahagian saya tak ada bagi makan macam bahagian haiwan. Partner saya cuma seorang je, Kak Ina. Kami cuma bersihkan kandang yang kosong je dan menyapu daun kering. Haiwan yang ada di situ cuma seekor rusa, ayam dan 2 ekor penguin.

Setelah masuk bahagian ni, barulah saya tahu fungsi bahagian kuarantin. Bukanlah tempat untuk mengasingkan haiwan yang berpenyakit, tapi tempat untuk mengasingkan haiwan jika ada spesies yang sama baru dibawa masuk dari luar. 8 ekor penguin baru dibawa masuk dari luar, jadi 2 ekor penguin yang sedia ada diasingkan untuk penyesuaian diri penguin yang baru dengan persekitaran zoo. Seronok penguin duduk dalam bilik berhawa dingin. Geram tengok penguin tu jalan, comel!

Kisah rusa tu lain pula ceritanya. Rusa terlepas dari kandang, lalu diletakkan di bahagian kuarantin.

Sempat juga saya menonton 'Animal Show' pada pukul 3pm. Seronok tengok aksi anak singa laut yang bijak tu. Comel sangat, pandai tepuk tangan lagi. Rasa nak datang dekat dan peluk anak singa laut tu. Ada singa laut yang besar juga dan seekor helang buat persembahan.
Dah siap kerja, bolehlah pusing zoo. Sayang sekali tak sempat nak jalan-jalan tengok semua haiwan. Kira-kira pukul 4.30pm, kami bersurai.

Jika anda berminat untuk menjadi 'Zoo Negara Volunteers', sila layari Zoo Negara. Percuma, tak kena bayar.
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K