Saturday, January 23, 2010

Indahnya Hidup ini

Assalamualaikum

Aku mula main FarmVille bila diajak oleh sepupuku, Kak Yong. Aku belajar selok belok menanam daripadanya. Semakin lama, semakin aku jatuh cinta. Sekarang aku sudah capai level 21! Pada level yang ke-20 barulah aku dibenarkan menanam bunga kegemaranku, bunga ROSE! Misi untuk menanam bunga ROSE tercapai. Alangkah indahnya andai aku dikelilingi oleh mawar merah jambu seperti peladangku ini..

Wednesday, January 20, 2010

Saturday, January 16, 2010

Cerita Semester Dua

Assalamualaikum

Dah lebih sebulan aku berada dalam semester dua. Banyak juga lipatan pengalaman yang tersimpan walaupun masih awal untuk aku buat kesimpulan. Alhamdulillah, hari-hari yang aku lalui bagaikan pelangi cantik. Penuh warna, kadang kala sukar untuk diterjemahkan.

Semester dua ini jadualnya terlalu padat. Barangkali susunannya tidak sistematik. Kelas petang menyebabkan aku mudah berasa letih dan kesuntukan masa. Tambahan lagi, waktu zohor sudah menganjak ke pukul 1.26pm. Kalau balik ke asrama, tentu saja tak sempat solat. Jadi, terpaksalah aku bertapa di kolej dari pukul 8.00am hingga pukul 5.00pm atau 6.30pm.

Aku tiada pilihan lain. Banyak kelas pagi yang sudah penuh semasa aku daftar subjek. Namun, syukur alhamdulillah. Subjek yang aku ambil kali ini, kata orang "best" sangat. Kadang kala hilang segala lelah bila aku enjoy belajar dalam kelas.

Pada minggu ini, aku sudah selesai menjawab kuiz bagi subjek Malaysian Studies, Intermediate English 2 dan Introduction to Arabic Language. Bagai mahu pecah kepala juga terasa. Aku harap markah ini dapat membantu aku mencapai keputusan yang cemerlanglah hendaknya.

Kelas Islamic Studies sentiasa membuat aku “malu tapi mahu”. Pensyarah kerap memberi kami tugasan yang meminta kami mencari sumber maklumat di internet. Apabila tiba kelas berikutnya, kami perlu membuat pembentangan.

Percubaan pertama aku pada tajuk “Sekularism”. Alhamdulillah, aku berjaya mengeluarkan hujah dengan lantangnya. Walaupun aku tahu aku tidak sehebat teman seperjuangan yang lain, cukuplah sekadar aku dapat berkongsi ilmu yang ada. Mungkin boleh dijadikan sebagai tazkirah buat diriku dan juga teman seperjuangan.

Pada minggu ini, pensyarah memberi tugasan dalam tajuk “Jihad”. Kumpulan aku perlu membahaskan “Jihad bil Qital” berdebat dengan kumpulan “Jihad bil Nafs”. Pada mulanya, aku agak malu-malu untuk bersuara. Tetapi bila mengenangkan kumpulan aku sudah ketinggalan di belakang, aku cuba sebaik mungkin walaupun tidak berjaya mematahkan hujah pihak lawan. Ah, mereka terlalu hebat! Jauh di sudut hati, terselit rasa kagum terhadap mereka yang luas pengetahuannya dan benar-benar mengikuti perkembangan dunia.

23 Januari bermula midterm exam. Doakanlah kejayaanku!

Friday, January 01, 2010

Imbasan 2009

Assalamualaikum

Kalendar 2009 sudah sampai ke penghujung. Andai masa silam bisa ku simpan dalam kaca jadi perhiasan, pasti aku abadikan 2009 yang sudah berlalu lalu ku mulakan langkah dalam perjalanan 2010 yang penuh liku. Setiap satu yang berlaku punya hikmah yang tersembunyi. Sengaja aku coretkan imbasan diari 2009 ini. Andai kalian ingin baca lebih lanjut, sila klik di ruangan blog archive. Simpanan entri lalu ada di situ.

Januari
  • 11 hb - Ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu
  • 14 hb - Ujian Undang-undang Jalan Raya. Lulus dengan jayanya, alhamdulillah.
  • 16 hb - Ayah menjalani pembedahan mata
  • 18 hb - Latihan Teori dan Amali Memandu
  • 19 hb - Pakcik Khalid (jiran semasa di Kuarters TNB) kembali ke rahmatullah
  • 24 hb - Ulang tahun ke-16 Yah, adik bongsuku
Februari
  • 6 hb - Belajar memandu
  • 10 hb - Pertama kali memandu di jalan raya
  • 22 hb - Ujian Penilaian Memandu (QTI). Lulus, alhamdulillah
  • 27 hb - Menonton Filem Upin dan Ipin Geng: Pengembaraan Bermula
Mac
  • 10 hb - Keputusan STPM diumumkan, mengundang gerimis
  • 13 hb - Ujian Memandu JPJ, alhamdulillah lulus kesemua bahagian
  • 28 hb - Ulang tahun ke-2 anak buahku, Sabrina
April
  • 6 hb - Ulang tahun ke-5 anak buahku, Nafisa
  • 24 hb hingga 27 hb - Makan angin di Kuala Terengganu
Mei
  • 1 hb - Ulang tahun ke-23 Along
  • 2 hb - Pindah rumah
  • 7 hb - Ulang tahun ke-22 Ngah
Jun
  • 3 hb - Opah Chu (sebelah ayah) kembali ke rahmatullah
  • 7 hb - Abang Shafirul, sepupu bertunang
  • 22 hb - Ulang tahun ke-51 ummi tersayang
Julai
  • 7 hb - Ulang tahun ke- 8 sepupuku, Alieya
  • 27 hb - Ulang tahun pertama sepupuku, Irfan
Ogos
  • 2 hb - Ummi dimasukkan ke hospital kerana bronkitis
  • 6 hb - Ummi pulang ke rumah
  • 9 hb - Pendaftaran IIC
  • 15 hb - Masuk asrama
  • 17 hb - Taaruf day
  • 31 hb - Ulang tahun ke-20 ku dan kakak kembarku
September
  • 1 hb - Permulaan Semester 1
  • 23 hb - Hari Lebaran 1430H
  • 25 hb - Ulang tahun ke-18 Fifi, adikku
Oktober
  • 13 hb - Midterm Exam
  • 13 hb - Persembahan Nasyid Malam Simfoni Kesyukuran 2 di UIAM
  • 14 hb - Perjumpaan dengan pegawai PTPTN, diterima. Alhamdulillah
  • 27 hb - Oral quiz
November
  • 1 hb - Konvokesyen kakak kembarku
  • 3 hb - Quiz 2
  • 4 hb - Quiz 3 dan 4, dapat carry marks
  • 11 hb - MYIMAN
  • 17 hb - Final Exam Sem 1
  • 26 hb - Ulang tahun Kak Na
Disember
  • 2 hb - Ulang tahun ke 56 ayah
  • 6 hb - Keputusan Final Exam Sem 1
  • 7 hb - Permulaan semester dua
  • 19 hb - Walimatul urus sepupuku, Abang Syafirul dan Kak Fatimah
  • 19 hb - Berbekam
  • 23 hb - Kelahiran anak buahku, Muhammad Daniel Amjad
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K