Saturday, October 02, 2010

Alamak, Esok Hari Ahad!

السلام عليكم

Pejam celik, pejam celik. Tak sedar, hari ni dah hari Sabtu. Esok Ahad, kena balik KL. Cuti yang seminggu terasa sekejap. Kalau boleh, nak cuti sebulan. Tapi apakan daya, kelas bermula semula pada hari Isnin. Menangis air mata darah sekalipun, keadaan takkan berubah. Kelas tetap berjalan seperti biasa :'(

Yang penting, tiket sudah dibeli. Insya-Allah, esok saya akan naik keretapi ETS. Kali ni bukan transit tau, tapi ekspress. Kalau ETS transit, perjalanan makan masa 2 jam 15 minit. Kalau ETS ekspress pula, mungkin ambil masa 2 jam je. Jadi, takdelah letih sangat duduk dalam keretapi.

KTM-Electric Train Services (ETS)


Masa nak balik KL lepas raya hari tu, saya naik keretapi ETS. Dapat gerabak A. Waktu tu, berlakulah satu adegan mencemaskan. Oleh sebab yang tak dapat dielakkan, saya datang lambat. Lagi beberapa minit lagi keretapi nak jalan. Nasib baiklah sempat naik. Rezeki sayalah tu, alhamdulillah.

Bila keretapi dah gerak, saya cari ummi. Tak nampak, lepas tu saya call ummi. Kemudian, saya nampak ummi tengah cari handphone. Agak terkilan tak dapat lambaikan tangan kat ummi. Terlupa nak bagitahu awal-awal saya dapat gerabak apa. Lepas dah jauh sikit, jenuh layan perasaan. Sedih sangat bila terbayang wajah ummi yang manis tu. Tak dapat nak peluk cium hari-hari bila dah balik KL. (T_T)

Murah betul air mata masa tu. Menangis sampai kabur spek terkena air mata. Tak lama lepas tu, pemeriksa tiket datang, terpaksa pause menangis kejap. Boleh pulak kan? Macam tengah tengok VCD je, boleh play and pause. =b

Esok cemane la agaknya. Nangis ke tidak, ha? Harap saya tabah setabah-tabahnye. Doakan saya berjaya.. Yang penting dalam pertengahan bulan 11, cuti semester. Yeay!

Selamat tinggal Ipoh!




Friday, October 01, 2010

Guma Gumi

السلام عليكم

Bila baca tajuk entri ni, ada tak tertanya-tanya apa Guma Gumi tu? Gula-gula ke? Coklat ke? Ada? Nak saya bagitahu apa itu Guma Gumi? Nak tak? Nak?

Baiklah. Mari sini saya tunjukkan.


Ni dia Guma Gumi. Buah hati saya.


Sebenarnya, Guma Gumi tu nama timangan Irfan. Mama dia yang bagi. Masa Irfan masih baby, ada je orang bagi nama manja. Kadang-kadang nama yang diberi tu pelik-pelik contohnya Gubi. Entah cemana boleh dapat tu. Paling manis, manja bee. Tu saya yang bagi, hehe. Itulah tandanya Irfan memang manja sangat masa kecik.

Irfan-Ketika berusia dua hari



Bila dapat berita Irfan lahir, saya taklah rasa teruja pun sebab saya lebih suka baby girl. Just cakap oh, baby boy. Okay. Pertama kali jumpa dia, masa raya. Waktu tu, saya tak ada rasa minat kat dia. Maklumlah, masa tu tak kenal lagi. Tak kenal maka tak cinta, heee~

Kasih mula berputik setelah beberapa hari saya bermalam di rumah Irfan. Saya datang rumah dia sebab ayah Irfan buat kenduri akikah di kampung Irfan sebelah mamanya kat Terengganu. Masa mula-mula tiba di rumah Irfan, ayahnya bagi saya pegang Irfan. Dukung jelah. Bila dah lama duduk dengan Irfan, timbul rasa sayang. Saya nampak Irfan ni baby yang manja. Bila dukung dia, diam je. Tak nangis, tak ganas juga.


Akikah Irfan


Irfan-Selepas akikah


Terlena Di Pangkuanku. Nilah yang paling best ;D


Suka sama suka


Irfan-Setahun


Irfan-Dua tahun


Sayang Irfan! XOXO


Tengok tv lagi hari ni, silalah tengok. Macam biasa, percuma je.

video


Video ni dirakam masa Irfan belum pandai jalan. Masih lagi merangkak ke sana ke mari. Kadang-kadang ada juga saya main kejar-kejar dengan dia.

Masa ni, suara dia comel sangat. Pernah saya rakam suara Irfan bergelak ketawa. Tapi, sayangnya tak lama lepas tu henfon rosak. Lepas dibaiki, hilang file tu. Kesal jugak, tapi nak buat cemana, redha jelah.

Akhir kata, terimalah renungan manja Fan ni ;D

Thursday, September 30, 2010

Tutorial Membuat Entri Berkunci


Assalamualaikum

Saya baru belajar cara nak buat entri berkunci macam nurulism.com pernah buat. Hasilnya bukanlah 100% sama macam blog tu. Tapi, okay jugalah. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cara nak buat entri berkunci, teruskan membaca.

Langkah-langkah

1. Sign in untuk buka halaman DASHBOARD. Pilih DESIGN seperti yang tertera di dalam gambar. Kemudian, klik EDIT HTML.


2. Lihat pada bahagian EDIT TEMPLATE, cari <head>. Tekan cntrl+F untuk memudahkan kerja.



2. Sila masukkan kod berikut di bawah <head>.

<script src='http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js' type='text/javascript'/>

3. Buka laman web JavaScript Encryption and Decryption 2.0. Ikut langkah-langkah yang diberikan dengan teliti.


1. Masukkan kata laluan yang dikehendaki di dalam ruangan Key.
Contohnya, spektrumcinta

2. Taip kandungan entri anda di dalam ruangan Plain Text.

3. Setelah selesai menaip, tekan Encrypt. Kemudian, teks seperti ini terhasil di ruangan Clipher Text. Tinggalkan bahagian ini.
4. Copy kod yang tertera di dalam ruangan HTML Code dan paste di new post anda.
Contoh entri berkunci yang saya hasilkan;


Tekan 'Show encrypted text'. Anda boleh masukkan kata laluan: spektrumcinta untuk melihat tulisan yang tersembunyi. Selamat mencuba.

Nota Pendek: Gambar-gambar di atas boleh dibesarkan dengan menekan pada gambar tersebut.



Tuesday, September 28, 2010

Undian untuk Video Klip Maher Zain

Assalamualaikum

Saya sangat teruja nak tulis tentang hal ni ;) Berbunga-bunga rasa dalam hati. Rasanya dah kembang setaman ni.

Maher Zain ada buat tinjauan kepada para peminat supaya pilih salah satu daripada tiga buah lagu yang dinyatakan di sini untuk dijadikan video klip.



Gambar ni kurang jelas, nak bagi ia nampak jelas. Klik pada gambar ni, ok?

Saya dengan penuh semangat pilih lagu Baraka Allahu Lakuma sebab bagi saya lagu ni unik. Ada doa untuk pengantin dalam lirik lagu ni. Sejak dengar lagu ni, saya dah mula hafal doa tersebut. Rasanya ni la satu-satunya lagu untuk pengantin yang disertakan bacaan doa. Di situlah nampak betapa uniknya lagu ni, kan? :)

Saingan kelihatan sengit. Nampaknya, ramai yang pilih Baraka Allahu Lakuma & For the Rest of My Life. Harap-harap lagu Baraka Allahu Lakuma ni terpilih untuk dibuat klip video. Amin.

Sunday, September 26, 2010

Puasa Qadha+Puasa Enam=Boleh/Tidak Boleh

Assalamualaikum

Berikutan persoalan rakan-rakan terhadap isu menggabungkan puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Di sini, saya nak kongsi nota tulisan Ustaz Zaharuddin. Harap dapat menjawab persoalan para pembaca.




Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha

Oleh:
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/


Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) .

Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
_________

*Tambahan

(Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."


AKAN TETAPI,
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].

Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK?
Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

Wallahualam.

Tuesday, September 21, 2010

Hari Ini Adalah Hari yang Sangat Indah!

Assalamualaikum

Hari ni hari pertama midterm xm. Sangatlah tak sabar nak tunggu hari Sabtu. Sehingga hari ini, hati saya masih tertinggal di Ipoh, yang pasti di rumah. Bukan rumah orang lain, tapi rumah saya sendiri.

Usai menjawab soalan exam terakhir, saya luangkan masa dengan Lina & Wahida. Kitorang buat ulangkaji bersama-sama sementara menanti jam 5.30pm. Jam 5.30pm tu sangat bermakna sebab bas tiba pada jam itu. Bab balik, nombor satu. Tapi, mestilah camtu kan? Siapa yang tak suka balik? Anda pun suka kan?

Masa turun dari bas, saya rasa semacam dengan kawan-kawan rumah saya. Kelakuan mereka berbeza daripada biasa. Macam ada sesuatu perkara yang disembunyikan daripada saya. Walaupun rasa dipinggirkan, buat biasa-biasa jelah. Malas nak ambil hati. Saya & Ecah naik ke rumah, yang lain pergi OTK.

Masa duduk di depan laptop, Wanie panggil masuk bilik. Katanya nak tanya sesuatu. Pasal Deqya. Kebetulan Deqya tengah baring di dalam bilik. Oh, itu suatu taktik!

Tiba-tiba.. lampu terpadam, dan berkumandang lagu "Happy Birthday to You.. Happy Birthday to You.. Happy Birthday to Fairuz.. Happy Birthday to You.." Di depan saya ada kek sebiji.

Masya-Allah, tak sangka ada sambutan hari lahir saya buat kali kedua. Ingatkan diorang memang takde nak buat sambutan untuk saya. Rupa-rupanya mereka menanti masa yang sesuai. Terima kasih, housemates sekalian. Ecah, Ila, Yana, Quya, Deqya, Scha & Wanie, sayang korang semua tau!



Alhamdulillah, ini rezeki namanya ^_^

Sunday, August 29, 2010

SHOPPING RAYA

Assalamualaikum

Semalam, saya dan kembar saya membeli-belah di Jalan TAR dan SOGO. Macam pergi mandi laut je rasa. Bukan sebab ada laut dan bukan sebab ada mandi-manda, tapi sebab tempat-tempat ni dah jadi seperti lautan manusia. Jadi, terpaksalah meredah lautan manusia untuk beli baju raya. Kalau ummi ada sekali mesti pening kepala. Terlalu sesak di sana. Berlanggar dengan orang lain tu dah jadi perkara biasa.

Walau macam mana pun, alhamdulillah. Berbaloi beli baju di sana. Banyak pilihan, banyak saiz termasuklah saiz SS macam saya ni, hihi. Lagi satu, susah sikit nak beli baju raya di Ipoh. Kalau tak berkenan satu pun baju di GM, kena pergi Megoplex, kena pergi cari kedai-kedai lain. Makan masa yang lama dan rugi duit minyak kereta jugak. Lagipun, kata kakak saya, masa dia temankan adik saya beli baju raya di Ipoh. Dia perhatikan harga baju di Ipoh agak mahal. Misal kata baju yang saya beli di Jalan TAR berharga RM 160, kalau beli di Ipoh harganya RM200. Mungkin lebih lagi. Selendang juga begitu, kalau di KL harga selendang Pashmina RM10. Kalau di Ipoh, harganya mungkin RM12. Untung juga duduk di KL ni ;)

Semalam ada beberapa peristiwa yang tak diingini berlaku. Saya pun tak tahu apa masalah saya semalam. Masa naik tangga dari SOGO menuju ke stesen LRT STAR, saya terjatuh. Dahlah jatuh tu di anak tangga yang terakhir. Yang paling atas pulak tu. Malu betul! Lepas bangun, tak pandang belakang dah. Walaupun dengar suara budak kecik gelak kuat-kuat. Malas nak ambik tau sama ada dia gelakkan saya atau bukan. Peristiwa kedua, masa guna kad touch and go. Invalid pulak kad tu, padahal tadi boleh je check berapa ringgit yang ada. Peristiwa ketiga, tiket terjatuh masa nak masukkan kat tempat tiket tu. Lepas tu, hairan kenapa palang tak jatuh. Rupa-rupanya, kad terjatuh. Memang hari terjatuhku semalam.

Okehlah, sampai di sini dulu. Nanti cerita lagi. Eh, baju raya belum tunjuklah. Saje tak nak tunjuk pun, hihi. Tunggu hari raya nanti okeh!

Monday, August 16, 2010

JULIA

Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat tak kira di mana sahaja anda berada. Hati ni selalu teringin nak update blog, tapi nak buat macam mana. Akhir-akhir ni saya sibuk sangat dengan pelbagai program. Kerja pun banyak. Tapi, takpelah kan. Masa cuti panjang nanti, insya-Allah saya tulis cerita yang tak sempat saya cerita.

Tadi saya pergi library kolej. Ketika sedang sibuk cari buku, saya terjumpa sebuah novel kegemaran saya. Julia. Saya tertarik melihat kulit buku itu yang berbeza dengan novel Julia yang biasa. Rupa-rupanya, novel itu dicetak dalam bahasa Inggeris! Menarik. Saya pinjam novel tu. Mana tahu dapat belajar perkataan-perkataan baru =)


Julia di hatiku

Tega ku berdiri sepanjang malam
Mengintai dada langit yang tersergam
Dengan menitip doa dan impian
Di saat melintas sang kelodan
Kau di sisiku sentiasa
Julia

Ingat lagi lagu nyanyian kumpulan Exist ni? Yang ni pun Julia juga ;D




Tuesday, July 20, 2010

GAGAL MERANCANG ITU MERANCANG UNTUK GAGAL

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk minggu kedua dalam semester empat. Assignment pun dah dapat. Kalau boleh, saya nak siapkan secepat mungkin untuk elakkan kepala berserabut masa nak exam. Saya nak cuba buat sebaik mungkin. Haruslah merancang kerja dengan teliti. Saya masih ingat lagi kata guru sejarah semasa di tingkatan 3, Cik Hayati, "Fail to plan is planning to fail." Saya akan pegang kata-kata ni agar tidak tersasar dari matlamat saya di sini.


Saya catatkan beberapa tarikh penting supaya dapat buat persiapan awal

Sunday, July 18, 2010

Hadiah Setitis Air Mata

Assalamualaikum

Ummi kata, Ummi seperti merasai sebuah kehilangan setelah kepermergian saya ke Kuala Lumpur. Ummi kata, Ummi rasa nak menangis bila saya tak ada di rumah. Sayu hati saya. Ummi, Kakde akan belajar bersungguh-sungguh untuk gantikan air mata kesedihan itu dengan air mata kejayaan selagi ada umur Kakde. Doakan Kakde selalu. Kakde sayang Ummi.

Dada terasa sebak. Mata mula digenangi air jernih. Sekian.

Saturday, July 17, 2010

Adikku Sayang, Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum

Kini saya berada di Ipoh untuk menyertai Ipoh International Run yang berlangsung pada 18 Julai 2010. Alhamdulillah, saya dan kakak kembar saya selamat tiba di Ipoh semalam walaupun terpaksa menghadapi kesulitan semasa dalam perjalanan. Semuanya gara-gara tidak memeriksa tiket selepas pembelian tiket itu. Pada mulanya, kami agak cemas. Namun, mujurlah penumpang lain memberikan kerjasama yang baik terhadap kami. Syukur, alhamdulillah.

Semasa dalam perjalanan, saya dikejutkan dengan berita adik bongsu saya dimasukkan ke hospital kerana terpaksa menjalani pembedahan akibat sakit appendiks. Saya sangat bersimpati pada adik saya kerana tahun ini adik dia akan menghadapi SPM. Tentu sekali ujian ini berat buatnya. Saya harap semangat juangnya tak pernah luntur.

Hari ni saya meluangkan masa di hospital. Kendatipun sudah semalaman pembedahan itu, luka pembedahannya masih lagi terasa sakit. Terutama sekali bila nak bangun. Kasihan saya tengok, tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah meringankan bebannya.

Adik saya sungguh bertuah sebab hari ni tetamu tidak putus-putus datang menziarahinya. Saudara-mara memenuhi ruang wad dan rakan-rakan sekelasnya turut datang bagi menitipkan semangat dan buah tangan juga.

Saya terkenang peristiwa saya dibedah kerana pembengkakan kelenjar semasa di tingkatan 3. Saya dimasukkan ke wad yang ada 3 buah katil. Ketika itu tiada seorang pun menemani saya di hospital. Ummi sibuk menguruskan hal rumah, menghantar dan mengambil kakak dan adik dari sekolah. Ayah sibuk bekerja. Jadi, mereka hanya datang kejap-kejap. Oleh sebab masa tu hari sekolah dan hari bekerja, tak ramai saudara-mara yang datang. Boleh dikira dengan jari. Sunyi sangat. Rasa nak menangis bila pesakit sebelah saya dikunjungi tetamu. Rasa nak menangis bila orang tanya mana emak. Rasa nak menangis bila nurse tanya kawan-kawan tak datang ke?

Semua yang terjadi ada hikmahnya. Melalui pengalaman sebegitu, saya tahu bagaimana perasaan orang sakit. Saya faham apakah hikmah menziarahi orang sakit.

Masih ingat lagi 6 kewajipan seorang Muslim terhadap saudaranya? Setiap Muslim terhadap muslim yang lain mempunyai hak dan kewajipan yang banyak. Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain terdapat enam perkara. Para sababat bertanya, Apakah dia, Ya Rasulullah? Sabda baginda SAW, "Jika anda menemuinya hendaklah memberi salam, jika dia mengundangmu hendaklah memenuhi undangannya, jika dia meminta nasihat hendaklah menasihatinya, jika dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah hendaklah mendoakannya, jika dia sakit hendaklah menziarahinya dan jika dia meninggal dunia hendaklah turut menghantar jenazahnya ke kubur."

Jadi, jika anda dapat tahu orang yang anda kenali jatuh sakit. Luangkanlah sedikit masa untuk menziarahinya. Mudah-mudahan orang sakit itu dapat lupakan sakitnya buat seketika dan semoga ziarah anda itu dapat menguatkan semangatnya untuk pulih dan tabah mengahadapi ujian Allah.


Thursday, July 15, 2010

Nak Cantik? Makanlah Madu Setiap Hari

Assalamualaikum

Bermula dari Isnin 12 Julai, saya mula makan madu asli keluaran HPA. Alhamdulillah, beberapa hari selepas saya mula mengamalkan makan madu saya rasa lebih bertenaga. Tak ada rasa nak tidur pada waktu petang dan apa yang paling penting, saya tak rasa mengantuk semasa belajar.

Kenapa saya memilih madu sebagai makanan tambahan? Mari kita lihat apa khasiat madu.

Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

a. Penyembuh yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida dan Menghenti Serangan Bakteria.

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi
Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten. Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.

Antara manfaat Madu yang lain
  • Membekalkan tenaga segera, gula dalam madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga. Membantu melawaskan sistem pencernaan
  • Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
  • Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  • Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
  • Mengurangkan parut
  • Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Sumber: Utusan.net

Sasaran saya, nak hilangkan parut demam campak dan parut jerawat (>_<) Harap dapat kulit secantik bayi. Mimpi pun mimpilah...

Wednesday, July 14, 2010

Semester 4: Dimulakan dengan Bismillah

Assalamualaikum

Semester baru dah bermula. Semangat baru meresap ke dalam diri. Azam berganti azam. Tidak mahu berada di takuk lama. Semoga nyalaan obor semangat ini tidak terpadam hingga ke akhirnya.

Alhamdulillah, saya dah dapat jadual usrah malam ni. Syukur dapat sekelas dengan Lina dan Wahida. Betapa deritanya terpisah dengan kawan-kawan masa sem 2 dulu :( Pasal subjek semester ni, di bawah ni ada jadual sem baru.



Sunday, July 04, 2010

Rindukan Dia


Masa ni Irfan baru bangun tidur




Masa ni Irfan baru bangun tidur juga



Kudaku lari gagah berani.. Yehhha


Menonton TV



Menonton Upin dan Ipin ditemani Cahaya Lampu Suluh


Aksi ketika menonton Upin dan Ipin

Sunday, June 27, 2010

Hai Lelaki! Saya Dah Cium Awak Tadi

Assalamualaikum

Saya baru balik dari rumah jiran. Dah ziarah baby. Dia baby boy rupanya. Saya usap kepala baby tu. Lembut sangat kulit dia. Seronok ada baby kan?

Ulangtahun ke-52 Ummi

HAPPY
BIRTH
DAY
UMMI


Assalamualaikum

Selesai sudah semester tiga. Sebenarnya, saya tak berapa suka semester pendek. Tempoh belajarnya sangat singkat. Kalau tiga bulan lebih bolehlah lagi, tapi dua bulan memang terkejar-kejar nak belajar. Tahun depan kena hadapi lagi satu semester pendek.. hmm.. kena pulun habislah masa yang ada nanti.

Semalam saya jalan-jalan dengan adik-adik di Jusco sebab nak beli barang untuk buat kek. Banyak benda nak kena beli.. dulang pembakar kek pun tak ada di rumah. Bahan-bahan ramuan apatah lagi. Sudahlah ini kali pertama saya buat kek di rumah! Err.. tapi bukan partama kali seumur hidup. Dulu saya pernah buat kek pisang dan kek marble di sekolah, tapi bukan reti sangat. Siap ada partner lagi. Kira macam pembantu jelah saya ni.

Waktu saya nak buat kek ni, mak saya ada tengok sekali. Ummi tanya, "Kakak nak buat apa?". Saya hanya tersengih macam kerang busuk. Ummi tanya lagi, "Kakak ni ada hobi baru pulak ke?" Saya hanya tersenyum. Kasihan ummi.. curious.. nak tahu.. tapi demi nak buat kejutan, terpaksalah buat macam tu.

Rasa berdebar nak buat kek ni. Risau tak menjadi. Sudahlah ini merupakan percubaan pertama. Percubaan pertama untuk seorang yang istimewa. Adik saya pula kata, dia pernah buat cupcake guna ketuhar di rumah, tapi tak menjadi. Mestilah saya risau. Setelah dikaji, barulah saya tahu masalah adik saya tu. Dia tak panaskan ketuhar sebelum bakar kek dan dia tak adjust kepanasan tu supaya haba dikenakan dari atas dan bawah. Nasib baiklah saya belek-belek ketuhar ni dulu sebab nampak lain macam je kek tu.

Baruku tahu betapa sukarnya nak buat kek ni. Bukan apa.. kek ni ada empat lapis. Kena bakar satu-satu. Makan masa yang lamalah nak buat sebab setiap lapis perlu dibakar selama 10 minit. Akhirnya, berjaya juga saya siapkan kek ni. Gembira sangat bila tengok kek tu. Tercapai juga hasrat saya untuk buat kek ni. Saya dah rancang dari awal lagi, sebelum hari lahir mak saya. Punyalah teruja sampai masa hari lahir ummi terlupa nak wish. Dah pukul 6pm lebih baru teringat yang hari tu rupa-rupanya 22 Jun! Kelam-kabut telefon ummi..

Bila dah siap hias kek, saya panggil kakak dan adik-adik masuk ke bilik ummi sambil bawa kek tu. Ummi terkejut rupa-rupanya kek tu untuk ummi. Kami bagi hadiah yang baru dibeli. Ummi seronok sangat sebab adik saya bagi buku Kartun Lat kegemarannya dan saya pula hadiahkan ummi frame gambar "The Tree of Love!".. Frame gambar yang ada 6 frame. Ummi nak letak gambar keenam-enam orang anaknya. Mujur cukup enam frame.. hehe. Ummi nak letak di bilik guru. Kakde sayang ummi!

Happy Birthday Ummi!

Align Center
Ada Empat Lapis Tau!



The Tree of Love is inside this box ;D




Sunday, June 20, 2010

Semester 3: Final Exam

EXAM

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik dah habis sesi pembelajaran di semester ketiga ni. Masa memang pantas berlari. Tak terkejar dibuatnya. Pelbagai pengalaman yang saya lalui. Nak tulis semua tapi tak sempat buat masa ni. Rasa berdebar sangat nak jawab exam ni. Saya sentiasa doakan keajaiban berlaku kali ni, harap dapat naikkan pointer. Iringi saya dengan doa kalian ya!

  • Introduction to Child Care, Health and Nutrition
  • Introduction to Curriculum for Pre-School Children
  • Introduction to Child Development




Sunday, June 13, 2010

Minggu Terakhir Semester 3

Assalamualaikum

Terasa macam baru lagi mulakan semester tiga ni. Pejam celik pejam celik dah nak final exam. Isnin ni ada presentation Intro to Child Care and Nutrition (CC) dan Intro to Child Development (CD).

Untuk CC, saya kena tunjukkan cara memakai lampin bayi. Semalam saya minta Alieya cari penyepit lampin yang macam saya lihat di youtube, tapi tak ada. Kena cari pin biasalah nampaknya. Cara yang saya pilih, Lipatan Origami. Saksikan.




Hasilnya!



Waktu saya dan adik-beradik masih kecil, ibu kami lebih suka menggunakan lampin kain sebab katanya, kalau pakai lampin pakai buang kulit tak dapat bernafas dengan lebih baik. Kalau tak silap saya, penggunaan lampin kain dapat mengelakkan ruam kulit. Di sini ada penerangan tentang kebaikan menggunakan lampin kain. Saksikan.



Untuk CD, kena persembahkan obeservation terhadap anak Madam Norazah. Harap dapat buat yang terbaiklah. Insya-Allah.

Monday, May 24, 2010

Hadirmu Satu Kurnia

Assalamualaikum

Setiap hamba Allah tidak akan sunyi daripada ujian-Nya. Kadang-kadang kita tak percaya kemampuan diri sendiri, sebab tulah kita berputus asa. Kita kena ingat, Allah tak menguji melebihi kemampuan kita. Kalau berat ujian tu, pasti kita mampu menerimanya. Kita tak boleh menafikannya kerana Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak.

Allah turunkan ujian tu sebab Allah sayang kita. Tentu kita akan berdoa memohon kedamaian hati dan juga kekuatan daripada Allah. Maka hati kita semakin dekat dengan Allah. Allah suka kalau kita dekatkan hati kita dengan-Nya. Ini akan memupuk cinta kepada Maha Pencipta. Jadi, redhakanlah setiap musibah yang berlaku. Pasti ada rahmat di sebalik ujian itu.

Saya bersyukur sangat sebab Allah kurniakan insan yang sangat berhati mulia di sekeliling saya. Tika saya diuji dengan Chicken Pox, saya rasa saya sangat lemah dan tidak berdaya. Bagaikan burung yang patah sayapnya. Rasa diri saya sangatlah membebankan orang lain. Kadang-kadang nak minta tolong pun malu!

Saya hampir putus asa meneruskan perjuangan ilmu. Saya pernah berniat nak withdraw subjek Introduction to Child Development atas alasan, saya berkemungkinan tak dapat jawab kuiz yang akan dijalankan pada hari Rabu sebab tak dapat hadir. Saya juga fikir saya tak boleh bawa subjek ni sebab subjek ni susah. Mujurlah rakan sekelas saya, Nadiah menyimpulkan kembali semangat yang terlerai. Terima kasih Nadiah. Sayang Nadiah tau! Akhirnya kuiz ditunda sebab pensyarah saya tak sihat. Kasihan juga pensyarah saya tu, harap cepat sembuhlah hendaknya. Syukur saya boleh jawab kuiz tu akhirnya. Alhamdulillah! Allah permudahkan langkah saya. Terima kasih juga buat teman serumah, Naquiea dan Wanie yang meminjamkan kertas Midterm Exam mereka. Mujur mereka dah ambil subjek ni pada semester lalu. Kertas mereka tu banyak membantu saya yang tak larat nak baca buku sepanjang saya sakit.

Bila menyentuh bab makan yang paling mengundang keharuan. Susah nak jaga pemakanan ni. Ayam tak boleh, telur tak boleh, daging tak boleh, ikan pun tak boleh makan sembarangan, udang lagilah bisa! Terima kasih Mak Yang dan Kak Erna sebab tolong masak bubur dan goreng ikan bilis untuk saya. Terima kasih juga buat Abang Wan dan Abang Awe di kafe juga yang terpaksa melayan kerenah orang sakit yang banyak songeh ni.

Alhamdulillah, sekarang ruam dah kering. Benar kata Kak Erna. Lepas mandi dengan air daun mambu, ruam cepat kering. Terima kasih Mak De atas bekalan daun yang diusahakan! Saya gabungkan petua Mak De dengan petua Gha. Kata Mak De, daun mambu perlu direndamkan dalam air pada waktu malam dan perlu diramaskan terlebih dahulu. Gha pula kata, saya harus tidur dengan daun mambu yang dilurutkan dari tangkainya. Err.. tapi saya lupa nak lurutkan daunlah! hehe :D Terima kasih kepada pihak kafe sebab tolong saya simpan daun bambu tu sepanjang saya berada di asrama. Andai tiada pertolongan mereka, layulah daun bambu. Hilanglah kandungan ubat dalam daun tu.

Sesungguhnya, saya sangat terhutang budi pada semua yang membantu dan memberi semangat buat saya. Saya tak mampu membalasnya. Hanya doa yang dapat saya kirimkan. Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan semoga Allah merahmati kalian, ameen.

Sunday, May 16, 2010

Chicken Pox

Assalamualaikum

Saya mula rasa demam sejak hari rabu lagi. Sangkaan saya ia cuma demam biasa. Saya makan panadol untuk kurangkan panas badan. Bila dah makan ubat, rasa lega sikit.

Semalam sebaik saja bangun dari tidur, lengan saya terasa gatal. Saya garu di tempat yang gatal tu. Terasa seperti berbiji di situ. Saya nampak ia seperti bintik yang berwarna merah. Saya bingkas bangun untuk melihatnya di cermin. Tertanya-tanya adakah ini Chicken Pox? Saya cuba periksa di bahagian lain. Ada lagi! Dunia terasa seperti gelap seketika. Saya bakal bertarung dengan exam, sekarang saya perlu bertarung dengan dengan Chicken Pox pula!

Simptom lain yang saya rasa, sakit kepala terutama sekali di bahagian bebola mata. Nak tidur pun rasa sakit. Sampai sekarang rasa pening lalat. Saya tak berselera nak makan, rasa letih dan tak selesa. Hari ni bintik merah semakin bertambah. Gatalnya tak terkata! Ia memedihkan!

Walaupun berat ujian ini yang perlu saya pikul, tapi saya yakin saya boleh hadapinya. Allah tak menguji di luar kemampuan hamba-Nya. Itu yang perlu saya pegang sekarang. Saya kena sabar dan tabah.

Sekalung penghargaan buat Achik kerana membawa saya ke klinik dan belikan sebiji kelapa semalam, Mak Yang kerana masak bubur untuk saya, Alieya kerana mengurut saya malam tadi dan kawan-kawan yang ambil berat terhadap saya yang juga mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Di sini ada petua untuk mengubati demam campak yang diberikan oleh kawan saya, Gha.



Nak cari daun mambu tu yang macam susah sikit. Susah juga nak jaga diri bila kena Chicken Pox ni. Saya cuba ikhtiar selagi boleh. Semoga Allah ringankan bebanan ni.

Saturday, May 08, 2010

Cerita Semester Tiga

Assalamualaikum

Perjuangan semester tiga sudah bermula dari minggu lepas. Alhamdulillah, pensyarah yang mengajar kali ni ok, tapi saya rindu kelas Madam Norazah! Saya suka cara beliau mengajar sebab cara penyampaian beliau sangat menarik. Cuba bayangkan, pergi kelas pukul 8 pagi, mesti mengantuk, kan? Tapi suara Madam Norazah tak buat saya rasa mengantuk kecuali kalau saya tidur lewat, memang mengantuk jugalah. Lagi satu, Madam Norazah selalu bercerita dan berkongsi pengalaman. Jadi, dapatlah saya membuka minda luas sedikit.

Kali ni saya ambil 3 subjek. Ini memang dah maksimum untuk semester pendek. Walaupun hanya 3 subjek, tapi betapa berat terasa hanya Allah yang tahu. Setiap hari belajar subjek yang sama pada masa yang sama. Pertama kali saya susun jadual dari pukul 8.00am sampai pukul 12.55pm tanpa henti. Mulalah mengantuk dan lapar jadi satu. Mujurlah subjek dengan Madam Gee pukul 10.00am. Suara Madam Gee membuatkan saya hilang rasa mengantuk.

Kali ni saya ambil subjek Intro to Child Care, Health and Nutrition, Intro to Child Development dan Intro to Curriculum for Pre-School Children. Pensyarah ada cakap, subjek Intro to Child Development ni subjek peringkat degree. Patutlah susah! Jujur saya katakan, memang susah nak faham. Inilah yang membimbangkan saya. Kalau dapat subjek yang susah ni, kenalah usaha lebih. Serik dah dapat pointer macam semester dua. Semester baru ni kena naikkan semula pointer.

Minggu pertama dan kedua dah sibuk dengan kerja. Subjek Child Care, Sir Husam dah bagi kerja. Kami kena buat Door Hanger. Alhamdulillah, dah submit. Sekarang ada lagi satu yang belum siap, kena buat report selepas observe I-CARE. Isnin nak kena submit. Subjek Child Development pun dah dapat assignment. Alhamdulillah, proses pertama dah terlaksana. Tinggal kena buat report je, tapi lambat lagi nak kena submit. Subjek Curriculum kena buat lesson plan, kena buat assignment kat dalam kelas. Dah submit. Tinggal mock teaching nak kena buat Isnin nanti.

Tulis pasal kerja ni buat saya jadi pening tiba-tiba. Ok, nak stop dah. Kena rehat dulu, lepas ni boleh buat ulangkaji. Terima kasih sudi baca kisah ni. Jangan tumpang pening sekaki sudahlah. Nanti terkena tempias emosi saya pulak, susah!

Child Development: Interview Madam Norazah


Penawar Stress: Oh, Irfan sangat naughty!


...inilah namanya kreativiti seorang kanak-kanak!




Sunday, April 25, 2010

Result Semester Dua

Assalamualaikum

Result semester dua dah keluar tadi. Cukup lama penantian saya, dari pukul 12 tengah hari check, tak keluar juga. Akhirnya, dalam pukul 3 petang barulah dapat result.

Keputusan kali ini tidak mencapai sasaran saya. Nak tulis panjang-panjang pun tak ada mood sebenarnya. Namun, saya bersyukur sebab semua subjek lulus. Tiga subjek mencapai sasaran iaitu Introduction to Arabic Language (Miss Munira), Introduction to Islamic Early Childhood Education (Madam Norazah), Malaysian Studies (Madam Norliza) dan tiga subjek lagi iaitu Islamic Education (Madam Asma'), Islamic Studies (Madam Siti Fatimah Hidayah) dan Intermediate English 2 (Madam Rumitha) hanya memuaskan.

Syukur sebab lulus semua subjek. Saya bertekad untuk memperbaiki kelemahan diri. Semester 3 nanti, saya mahu jadi Fairuz Ashikin yang baru. Kekalahan yang lalu perlu ditebus! Yang penting, niat perlu betul. Jangan tersasar!

Sekalung penghargaan kepada para pensyarah, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu saya sepanjang perjuangan dalam semester kedua. Saya tahu, ucapan terima kasih ni belum dapat membalas jasa kalian. Doa saya, semoga Allah memberkati jasa dan pengorbanan kalian. Amin.

Saturday, April 24, 2010

Detik Berharga Bersama BFF

Assalamualaikum

Hari ni saya happy sangat, alhamdulillah. Tercapai juga hasrat saya untuk makan di Pizza Hut dengan BFF saya. Siapa lagi BFF saya kalau bukan my biological sisters! Makan dengan kakak dan adik-adik, Fifi dan Kiki. Sayang sekali kakak kembar saya, Eca tak dapat join sebab tak balik Ipoh.

Nak tahu, pertama kali dalam sejarah saya pakai tudung yang menjadi kegemaran wanita zaman sekarang ni di luar rumah. Saya pakai selendang! Boleh dikatakan ala-ala tudung Wardina. Ini bukanlah fesyen tudung Yuna, okay. Kalau nak tahu perbezaan tudung Wardina dengan tudung Yuna sila cari sendiri di google.com.my Jawapannya ada di sana ;D

Bukan apa, adik saya suruh siap cepat. Sudah kelaparan yang terlampau. Demi menjimatkan masa, saya langsung tak gosok pakaian. Selendang jenis Pashmina tidak berkedut, jadi boleh terus pakai sahaja. Baju dan seluar pun saya pilih yang jenis tak nampak kedut sangat.

Mula-mula, kami pergi ke Restoran ****** yang beroperasi di ******. Adakah patut mereka biarkan kami menunggu macam kami ni pemilik masa yang boleh mengembalikan masa yang terbuang di situ. Bila dah lama menunggu macam boneka ditambah lagi melihat pelanggan lain yang terdahulu datang macam terpaksa menunggu lama hidangan siap, kami angkat kaki meninggalkan restoran itu. Jangan marah, nanti kena jual! Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. heeehhee.

Kami menukar destinasi. Destinasi seterusnya ialah Restoran Pizza Hut yang terletak di Tesco Ipoh. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pekerja restoran itu. Barulah rasa dihargai!

Ehem.. ehem. Tekak mengada-ngada sebentar. Selepas pesanan diambil, adik saya perasan ada sehelai kertas macam resit. Kertas tu dibelek. Cis, ada nombor telefon rupanya. Mr F mahu berkenalan, dengan 3 orang sekali, kah? (Saya dikecualikan) ;D Tamak sungguh! Saya katakan pada BFF saya, kenapa tak letak email, boleh juga add kat Facebook. Hanya dibalas dengan senyuman. =b Tiada siapa yang mahu simpan nombor telefon tu. Akhirnya, kertas itu diselitkan di brochure kat atas meja. Lelaki sekalian, jangan tiru aksi ini di mana-mana sahaja! Harus ada rasa malu.

Alhamdulillah, Thai Seafood yang menjadi kegemaran sudah dimakan dengan penuh emosi. Hati pun senang. Seronok sangat dapat luangkan masa dengan BFF saya. Although kadang-kadang gaduh dengan korang, saya tetap sayangkan korang. Saya sayangkan korang sepenuh hati tau. Saya mengusik sampai korang rimas pun sebab sayang. Mengerti?

Terima kasih BFF yang disayangi, sanggup bersusah payah untuk meredah jalan raya demi membeli tiket balik KL. Nanti mesti rindu kat korang! Kenang daku dalam doamu.

Friday, April 09, 2010

Talib al Habib - Light of Dawn



I wake with the light of the dawn whispering
With joy in my heart and with praise on my lips
In stillness and twilight I stand before you
Bowing, prostrating I call Allahu

My eyes see your beauty in the dawn’s golden hues
My ears hear the thunder as it glorifies you
The rhythm of my heart beats the sound of your name
My breaths rise and fall with the tide of your praise

My soul knew and loved you before I was born
And without your mercy is lost and forlorn
Wherever I may wander down the pathways of life
My cry to you, oh my Lord, is ‘guide me to light’

Through all fear and helplessness, to you do I turn
For your breath of healing and peace do I yearn
For all that I have, my Lord, all that I am
Is from You, is for You and to You will return

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum

Monday, April 05, 2010

Dugaan Seorang Perantau

Assalamualaikum

"Deqya, akak sedih ni. Deqya nampak akak macam orang yang ada masalah tak?", soalku pada seorang housemate.

"Tak ada pun Deqya tengok", balas Deqya.

Sejak akhir-akhir ni emosi saya kurang stabil. Secara lahiriah, saya nampak seperti tiada masalah. Sekalipun saya ada masalah, saya tak retilah tunjuk mood swing macam orang lain. Kalau dicuba seribu kali pun, tentu gagal! Mesti senyum, kalau orang senyum kat saya. Mesti ketawa, kalau ada sesuatu yang melucukan di depan mata.

Walau macam mana pun, saya rasa saya bukanlah seorang yang pandai menyembunyikan perasaan, tetapi saya tidak pandai meluahkan perasaan. Sebenarnya, malu juga nak ceritakan masalah peribadi pada orang lain.

Namun hati saya mudah tersentuh andai ada yang perkara yang kurang menyenangkan terjadi pada saya. Pernah Hamba Allah ni put blame on me after i said sorry to her, entah macam mana saya boleh tinggikan suara pada dia. Bila dia berlalu pergi meninggalkan saya, baru saya tersedar yang saya dah bertindak di luar kawalan. Saya sendiri terkejut dengan tindakan saya!

Sebenarnya, ada sesuatu perkara yang telah membuat saya berkecil hati. Yang saya simpan sampai berkulat. Pedihnya hati bila luka dibiarkan bernanah. Mungkin saya perlukan masa untuk menyembuhkan luka di hati. Menangislah selagi ada air mata. Bertahanlah selagi tubuh masih bernyawa.

AZIMATKU

Pejuang, di mana pun ada ketenangan. Di mana pun ada kebahagiaan. Bila insan kenal pada Tuhan, kasih sayang dan pembelaan-Nya bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah.

Berlalulah episod sepi. Aku mahu merasai kenikmatan bahagia itu. Hati ini rapuh, teguhkanlah dengan kasih sayang-Mu, Ya Rabbi.

Thursday, April 01, 2010

Saturday, March 13, 2010

Zoo Negara Volunteers

Assalamualaikum

Dah lama tak tulis aktiviti sehari-hari di blog. Sebelum belajar di IIC, iaitu semasa menjadi penganggur separuh masa (ada kala saya kerja secara tak formal) mood untuk menaip sentiasa ada. Bila dah mula belajar, ada je halangan nak bercerita. Banyak perkara perlu difikirkan, banyak perkara nak kena buat.

Saya dah berniat nak tulis cerita tentang program 'Zoo Negara Volunteers'. Dah lama dah saya ke Zoo Negara, 23 Februari 2010. Kesibukan menyiapkan assignment, tak sempat nak update blog. Tapi ,update facebook tak pernah miss. Update facebook sangat ringkas. Tulis 1 ke 2 ayat sudah memadai, sangat menjimatkan masa.

Berbalik kepada cerita. Saya dapat modul usrah Professional Muslim: To Be or Not To Be untuk semester 2 ni. Jadi, tugasan untuk modul ni saya dan ahli usrah kena buat amal kebajikan. Boleh pilih sama ada nak pergi rumah kebajikan, rumah fakir miskin atau kerja sukarela. Ahli usrah kumpulan saya sebulat suara untuk jadi sukarelawan di Zoo Negara.

Program dijalankan setelah proposal dibuat, kami tiba di Zoo Negara tepat pada masanya. Mula-mula kami berkumpul di tempat masuk. Kami diberi penerangan ringkas tentang program ni. Kemudian, kami diagihkan kepada bahagian tertentu. Ada yang dapat bahagian monyet, unta, singa, harimau, buaya, ular, dapur dan saya dapat bahagian kuarantin.

Kalau dapat bahagian haiwan, rata-rata mereka terdiri daripada 4 orang. Kerjanya membersihkan kandang dan bagi makanan untuk haiwan di sana.
Kerja di bahagian saya tak ada bagi makan macam bahagian haiwan. Partner saya cuma seorang je, Kak Ina. Kami cuma bersihkan kandang yang kosong je dan menyapu daun kering. Haiwan yang ada di situ cuma seekor rusa, ayam dan 2 ekor penguin.

Setelah masuk bahagian ni, barulah saya tahu fungsi bahagian kuarantin. Bukanlah tempat untuk mengasingkan haiwan yang berpenyakit, tapi tempat untuk mengasingkan haiwan jika ada spesies yang sama baru dibawa masuk dari luar. 8 ekor penguin baru dibawa masuk dari luar, jadi 2 ekor penguin yang sedia ada diasingkan untuk penyesuaian diri penguin yang baru dengan persekitaran zoo. Seronok penguin duduk dalam bilik berhawa dingin. Geram tengok penguin tu jalan, comel!

Kisah rusa tu lain pula ceritanya. Rusa terlepas dari kandang, lalu diletakkan di bahagian kuarantin.

Sempat juga saya menonton 'Animal Show' pada pukul 3pm. Seronok tengok aksi anak singa laut yang bijak tu. Comel sangat, pandai tepuk tangan lagi. Rasa nak datang dekat dan peluk anak singa laut tu. Ada singa laut yang besar juga dan seekor helang buat persembahan.
Dah siap kerja, bolehlah pusing zoo. Sayang sekali tak sempat nak jalan-jalan tengok semua haiwan. Kira-kira pukul 4.30pm, kami bersurai.

Jika anda berminat untuk menjadi 'Zoo Negara Volunteers', sila layari Zoo Negara. Percuma, tak kena bayar.

Saturday, January 23, 2010

Indahnya Hidup ini

Assalamualaikum

Aku mula main FarmVille bila diajak oleh sepupuku, Kak Yong. Aku belajar selok belok menanam daripadanya. Semakin lama, semakin aku jatuh cinta. Sekarang aku sudah capai level 21! Pada level yang ke-20 barulah aku dibenarkan menanam bunga kegemaranku, bunga ROSE! Misi untuk menanam bunga ROSE tercapai. Alangkah indahnya andai aku dikelilingi oleh mawar merah jambu seperti peladangku ini..

Wednesday, January 20, 2010

Saturday, January 16, 2010

Cerita Semester Dua

Assalamualaikum

Dah lebih sebulan aku berada dalam semester dua. Banyak juga lipatan pengalaman yang tersimpan walaupun masih awal untuk aku buat kesimpulan. Alhamdulillah, hari-hari yang aku lalui bagaikan pelangi cantik. Penuh warna, kadang kala sukar untuk diterjemahkan.

Semester dua ini jadualnya terlalu padat. Barangkali susunannya tidak sistematik. Kelas petang menyebabkan aku mudah berasa letih dan kesuntukan masa. Tambahan lagi, waktu zohor sudah menganjak ke pukul 1.26pm. Kalau balik ke asrama, tentu saja tak sempat solat. Jadi, terpaksalah aku bertapa di kolej dari pukul 8.00am hingga pukul 5.00pm atau 6.30pm.

Aku tiada pilihan lain. Banyak kelas pagi yang sudah penuh semasa aku daftar subjek. Namun, syukur alhamdulillah. Subjek yang aku ambil kali ini, kata orang "best" sangat. Kadang kala hilang segala lelah bila aku enjoy belajar dalam kelas.

Pada minggu ini, aku sudah selesai menjawab kuiz bagi subjek Malaysian Studies, Intermediate English 2 dan Introduction to Arabic Language. Bagai mahu pecah kepala juga terasa. Aku harap markah ini dapat membantu aku mencapai keputusan yang cemerlanglah hendaknya.

Kelas Islamic Studies sentiasa membuat aku “malu tapi mahu”. Pensyarah kerap memberi kami tugasan yang meminta kami mencari sumber maklumat di internet. Apabila tiba kelas berikutnya, kami perlu membuat pembentangan.

Percubaan pertama aku pada tajuk “Sekularism”. Alhamdulillah, aku berjaya mengeluarkan hujah dengan lantangnya. Walaupun aku tahu aku tidak sehebat teman seperjuangan yang lain, cukuplah sekadar aku dapat berkongsi ilmu yang ada. Mungkin boleh dijadikan sebagai tazkirah buat diriku dan juga teman seperjuangan.

Pada minggu ini, pensyarah memberi tugasan dalam tajuk “Jihad”. Kumpulan aku perlu membahaskan “Jihad bil Qital” berdebat dengan kumpulan “Jihad bil Nafs”. Pada mulanya, aku agak malu-malu untuk bersuara. Tetapi bila mengenangkan kumpulan aku sudah ketinggalan di belakang, aku cuba sebaik mungkin walaupun tidak berjaya mematahkan hujah pihak lawan. Ah, mereka terlalu hebat! Jauh di sudut hati, terselit rasa kagum terhadap mereka yang luas pengetahuannya dan benar-benar mengikuti perkembangan dunia.

23 Januari bermula midterm exam. Doakanlah kejayaanku!

Friday, January 01, 2010

Imbasan 2009

Assalamualaikum

Kalendar 2009 sudah sampai ke penghujung. Andai masa silam bisa ku simpan dalam kaca jadi perhiasan, pasti aku abadikan 2009 yang sudah berlalu lalu ku mulakan langkah dalam perjalanan 2010 yang penuh liku. Setiap satu yang berlaku punya hikmah yang tersembunyi. Sengaja aku coretkan imbasan diari 2009 ini. Andai kalian ingin baca lebih lanjut, sila klik di ruangan blog archive. Simpanan entri lalu ada di situ.

Januari
  • 11 hb - Ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu
  • 14 hb - Ujian Undang-undang Jalan Raya. Lulus dengan jayanya, alhamdulillah.
  • 16 hb - Ayah menjalani pembedahan mata
  • 18 hb - Latihan Teori dan Amali Memandu
  • 19 hb - Pakcik Khalid (jiran semasa di Kuarters TNB) kembali ke rahmatullah
  • 24 hb - Ulang tahun ke-16 Yah, adik bongsuku
Februari
  • 6 hb - Belajar memandu
  • 10 hb - Pertama kali memandu di jalan raya
  • 22 hb - Ujian Penilaian Memandu (QTI). Lulus, alhamdulillah
  • 27 hb - Menonton Filem Upin dan Ipin Geng: Pengembaraan Bermula
Mac
  • 10 hb - Keputusan STPM diumumkan, mengundang gerimis
  • 13 hb - Ujian Memandu JPJ, alhamdulillah lulus kesemua bahagian
  • 28 hb - Ulang tahun ke-2 anak buahku, Sabrina
April
  • 6 hb - Ulang tahun ke-5 anak buahku, Nafisa
  • 24 hb hingga 27 hb - Makan angin di Kuala Terengganu
Mei
  • 1 hb - Ulang tahun ke-23 Along
  • 2 hb - Pindah rumah
  • 7 hb - Ulang tahun ke-22 Ngah
Jun
  • 3 hb - Opah Chu (sebelah ayah) kembali ke rahmatullah
  • 7 hb - Abang Shafirul, sepupu bertunang
  • 22 hb - Ulang tahun ke-51 ummi tersayang
Julai
  • 7 hb - Ulang tahun ke- 8 sepupuku, Alieya
  • 27 hb - Ulang tahun pertama sepupuku, Irfan
Ogos
  • 2 hb - Ummi dimasukkan ke hospital kerana bronkitis
  • 6 hb - Ummi pulang ke rumah
  • 9 hb - Pendaftaran IIC
  • 15 hb - Masuk asrama
  • 17 hb - Taaruf day
  • 31 hb - Ulang tahun ke-20 ku dan kakak kembarku
September
  • 1 hb - Permulaan Semester 1
  • 23 hb - Hari Lebaran 1430H
  • 25 hb - Ulang tahun ke-18 Fifi, adikku
Oktober
  • 13 hb - Midterm Exam
  • 13 hb - Persembahan Nasyid Malam Simfoni Kesyukuran 2 di UIAM
  • 14 hb - Perjumpaan dengan pegawai PTPTN, diterima. Alhamdulillah
  • 27 hb - Oral quiz
November
  • 1 hb - Konvokesyen kakak kembarku
  • 3 hb - Quiz 2
  • 4 hb - Quiz 3 dan 4, dapat carry marks
  • 11 hb - MYIMAN
  • 17 hb - Final Exam Sem 1
  • 26 hb - Ulang tahun Kak Na
Disember
  • 2 hb - Ulang tahun ke 56 ayah
  • 6 hb - Keputusan Final Exam Sem 1
  • 7 hb - Permulaan semester dua
  • 19 hb - Walimatul urus sepupuku, Abang Syafirul dan Kak Fatimah
  • 19 hb - Berbekam
  • 23 hb - Kelahiran anak buahku, Muhammad Daniel Amjad
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K