Thursday, August 06, 2009

Dari Hospital ke Rumah

Assalamualaikum..

Rumah kembali ceria sekembalinya ummi dari hospital. Kalau diikutkan, ummi masih belum benar-benar sembuh. Mahu juga pulang kerana sudah bosan berlama di hospital. Kata ummi, dia kesunyian tanpa aku di wad. Aku cukup tersentuh mendengarnya. Kalau boleh aku memang mahu menemani ummi setiap waktu, tapi masa aku terbatas. Aku perlu bantu ummi menguruskan hal di rumah.

Aku berpuas hati dengan rawatan yang ummi terima di hospital. Setiap hari ummi diberi rawatan nebulizer, ummi diberi antibiotik dan rawatan fisioterapi. Tekanan darah dan kandungan glukosa dalam darah juga diperiksa beberapa kali sehari. Kini ummi lebih berhati-hati memilih minuman di rumah. Tiada lagi kopi susu.

Ummi masih perlu makan ubat. Ubat asma menyebabkan badan lemah dan rasa berdebar. Rasa menggeletar selepas ambil ubat itu. Aku harap ummi diberi cuti lebih lama lagi sehingga benar-benar sembuh.

Sekalung penghargaan buat Raihan yang sudi menziarahi ummi untuk kali kedua. Maaf sebab tak dapat berborak panjang di kafeteria, masa benar-benar memburu tika itu. Jutaan terima kasih buat kalian yang menyokong saya. Betapa berharganya kata-kata semangat kalian di saat hati makin rawan. Teman sejati sememangnya teman yang hadir di kala duka. Terima kasih semua!

..Betapa aku menghargai nikmat sihat

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah ummi fairuz da makin sembuh...

muFFin said...

salam... bahaya jugak penyakit ummi fairuz tu... kene bnyk sedut udara segar kan??

Kakde Chula said...

Anonymous,
Alhamdulillah ada perubahan positif
walau masih dalam pemulihan.

Muffin,
Salam..memang bahaya.Sistem pernafasan penting utk badan. Kalau dapat jalan-jalan kat Padang Polo bagus tu. Uadara segar.

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K