Thursday, July 30, 2009

Mimpi Si Mamai

Assalamualaikum..

Tadi aku bermimpi. Mimpi itu bukanlah mimpi yang indah, tapi mimpi itu sangat melucukan. Sedang aku enak dibuai mimpi itu, tiba-tiba aku terjaga dan.. ketawa aku berderai! Tak bisa ku tahan!

Mak yang yang sibuk menyiapkan kerjanya terpinga-pinga melihat aku yang baru terjaga ini ketawa berdekah-dekah.

"Kenapa gelak ni?" Walaupun dalam keadaan mamai, aku masih dapat menangkap butir bicara Mak Yang.

"Kelakar, Mak Yang". Diselangi gelak tawaku.

"Kenapa?" Mak Yang bertanya lagi.

Aku terus ketawa, tak pula aku jawab pertanyaan Mak Yang. Aku kembali meletakkan kepala di atas bantal.

Kemudian aku menyambung tidur sehingga Mak Yang mengejutkan aku untuk bersahur. Sehari dua ini aku sungguh liat bangun sahur. Mujur Mak Yang banyak membantu. Kalau aku sambung tidur, Mak Yang panggil namaku sampai aku benar-benar bangun. Kalau tak sudah tentu aku lemah longlai sepanjang hari.

Usai bersahur, aku kembali ke bilik.

"Mak Yang, tadi Fairuz ada gelak sorang-sorang ke?"

"Ada, lepas bangun tidur tadi". Tiba-tiba aku termalu sendiri. Perasaan malu itu sama seperti anda menerima mesej daripada saya ketika sedang menghadiri kuliah dan waktu itu anda terlupa nak silentkan handphone..

-Astaghfirullahal azim!
-Itulah, siapa suruh gelak tak ingat dunia tadi.

Jangan salahkanku. Ini cerita orang yang sedang mamai. Aku sendiri sudah lupa apa yang lucu sangat mimpi itu.

Semalam aku benar-benar dapat mimpi yang indah, aku berjumpa dengan Wardina Safiyyah dan anak-anaknya. Dapat pula bertegur dengan Wardina dan mencium Azra yang comel.

Tuesday, July 28, 2009

27 Julai: Setahun Kemudian





Assalamualaikum..

Ceritera bermula pada tahun 2008, pada 27 Julai. Tersebutlah kisah kelahiran seorang lelaki yang kini bertahta di hatiku. Ku fikir, ibunya lebih layak menceritakan detik yang indah itu. Kenangan itu terpahat di sini.

Aku seorang yang tak percaya pada cinta pandang pertama. Pada awal pertemuan kami, aku tidak tertarik kepadanya. Waktu itu, kami bertemu di rumah opah pada hari lebaran. Aku hanya memberi satu ciuman tanda kasih seorang kakak kepada sepupu yang baru menjengah dunia.

Pertemuan kedua di rumah orang tuanya. Seperti dulu, aku tidak berminat padanya. Mungkin kerana aku lebih menyukai bayi perempuan. Bagiku, bayi lelaki terlalu lasak dan tidak manja. Mungkin juga aku sudah terbiasa melayan anak-anak buah perempuan yang manja.

Tetapi setelah aku menjalani hari-hari bersamanya, aku dapat merasai aku sudah jatuh cinta padanya. Bila terpaksa berpisah, aku digamit rindu yang mendalam. Tidak dapat ku lupakan raut wajahnya yang comel, senyuman manis yang terukir bila kami bercanda, gelak tawa yang senantiasa menghiburkan dan keletahnya yang mencuit hati. Aku tidak kisah jika dia terlena sedang aku mendukungnya. Malah aku sanggup biarkan dia tidur dalam dakapanku supaya dia terus lena. Tiada buaian disediakan untuknya, demi keselamatannya. Jadi, dia mudah terlena bila didukung.

Dari dulu lagi, aku sentiasa menanti perkembangan dia. Bermula dengan kebolehan meniarap, menjulur, tumbuhnya gigi, permulaan makan, kebolehan duduk dan merangkak. Hanya dengan bantuan enam batang gigi susu, dia sudah boleh makan nasi dan dia gemar nasi yang berkuah banjir. Ku lihat dua gigi atasnya seperti jagung, dan aku sangat geram pada gigi itu! Gigi itu juga yang galak menggigit muka, bahu, lengan dan kaki penghuni rumah ini. Jeritan kami terus bergema.

Dia juga sudah boleh merangkak seperti bayi yang lain, cuma dia kurang yakin untuk berdiri dengan sendiri. Aku tidak sabar melihat dia pandai berjalan. Semoga cepat pandai jalan, sayangku!

Muhammad Irfan Hakim, kakde sangat menyayangimu. Semoga jadi anak yang soleh, semoga akalmu sebijak namamu.


Monday, July 27, 2009

Sambutan Hari Lahir Irfan dan Alieya

Assalamualaikum..

Hari ini, 27 Julai 2009 genaplah umur Irfan setahun. Selamat hari lahir sayang! Aku suka melihat perkembangan Irfan. Ku lihat Irfan semakin tinggi. Berat badan Irfan semakin bertambah. Kadangkala tak tertahan juga kalau Irfan asyik mahu didukung. Tapi, demi Irfan aku rela. Aku sanggup ke hulu ke hilir dengan Irfan. Kami merangkak dan berkejar-kejaran di ruang tamu.

Aku sangat menyayangi Irfan. Keletahnya benar-benar membuat aku bahagia. Irfan sugguh teruja dengan enam batang giginya sudah tersergam indah. Enam batang giginya itulah yang menggigit aku dan ahli keluarga yang lain. Mungkin mahu menguji kekuatan giginya. Mungkin juga mengekspresikan kemanjaan dengan cara sebegitu.


Pada hari Jumaat, Ummi dan ayah bermalam di sini. Meraka mahu menyertai ekspo anjuran HPA di Serdang.. dan Ummi membawa hadiah istimewa buat Irfan dan Alieya. Irfan nampak berminat dengan hadiah itu.


Sebenarnya, aku sendiri punya rasa ingin tahu apakah hadiah yang Ummi beri.. dan hadiah itu dibuka. Tadaaa.. aku pasti Irfan akan menyukainya.


Sekitar majlis sambutan ulang tahun Irfan yang pertama dan ulang tahun Alieya yang ke-8.






Alieya dan rakan-rakan

Jajan yang saya bungkus bersama Alieya

Satu untuk Irfan dan satu untuk Alieya, comel bukan?


Monday, July 20, 2009

Terpana kerana Fanfana



video
Bukti kemanjaan Irfan pada Naim


video
Everybody loves Chicken Dance

Saturday, July 18, 2009

Malam untuk Saudara



Assalamualaikum..

Dua bersaudara berkunjung ke rumah bapa saudara. Aqilah dan Naim, sepupuku yang tinggal di Puchong. Mereka tiba pada lewat malam setelah pulang dari rumah saudara yang mengadakan kenduri doa selamat.

Malam itu membawa aku menyedari sesuatu hakikat tentang Naim. Malam itu menjadi saksinya. Di sebalik wataknya yang ceria, terselit kemanjaan yang jauh dari sangkaanku. Naim menangis setelah mamanya pulang. Bagaikan tidak percaya. Ku kira Naim yang berusia 9 tahun sudah menjadi seorang anak lelaki yang kuat. Aku cuba memujuk, tapi tak berhasil. Naim terus menangis. Hampir setengah jam sehingga aku berjaya melelapkan mata, mungkin!

Benar kata orang, tidur ibarat penawar. Keesokan harinya, Naim kembali ceria. Katanya, kalau sampai di sini siang tak mengapa. Malam-malam memanglah Naim sedih. Aku juga kini berjauhan dengan Ummi. Kalau aku menangis macam Naim bagaimana? Siapa mahu memujuk? Anda mahu?

Hari sabtu yang aku lalui ini sungguh meriah dengan kehadiran Naim dan Aqilah. Ada sahaja cerita mereka. Irfan juga kelihatan gembira bermain dengan sepupu lelaki. Sesekali ingin berubah angin. Mungkin sudah jemu bermain dengan sepupu perempuan seperti aku.


Sudah terlalu banyak gambar Irfan ditampal di blogku. Sehingga keutuhan kasih sayang pada si gadis yang ayu ini dipersoalkan. Sesungguhnya, Kakde sangat menyayangi Alieya yang pernah menghiasi mimpi Kakde. Mimpi yang sangat Kakde impikan selama ini. Semoga dengan izin Allah, mimpi itu jadi kenyataan. Keajaiban itu pun berlaku, amin.




CHA,
I LOVE YOU!



Friday, July 17, 2009

Irfan Bakal Bergelar Doktor Gigi?






Assalamualaikum..

Sebermula cerita

Sudah menjadi kebiasaan, aku bermain dengan Irfan sebelum masa tidurnya. Malam tadi, aku menggunakan floss gigi sambil berdiri mendukung Irfan. Irfan memandangku dengan penuh minat.

Setelah siap, Irfan mula mengangkat tangan. Jemari Irfan makin hampir ke bibirku dan akhirnya Irfan memasukkan jemari halusnya ke dalam mulutku untuk menyentuh gigiku. Aku nampak Irfan bersungguh-sungguh melakukannya.

Aku khabarkan pada mama Irfan.

"Cikza, Kakde rasa Irfan dah besar nanti nak jadi doktor gigi."

Aku terus mendoakan Irfan menjadi seorang doktor gigi suatu hari nanti.

Mulai peristiwa itu, aku memanggil Irfan DOKTOR GIGI.

Saturday, July 11, 2009

Antara Dua Cinta

Assalamualaikum..

Sudah lima hari aku berada di bumi Putrajaya. Terasa seperti semalam menaiki bas bersama opah. Aku memang sudah menyimpan hasrat untuk ke sini. Maklumlah, sudah sebulan aku tak berjumpa Irfan.

Memandangkan opah mahu berubat mata di Selangor, aku mahu ikut opah saja. Oleh sebab tiada kenderaan lain, kami menaiki bas sehingga tol Jalan Duta dan bapa saudara mengambil kami di sana.

Keesokan harinya,

Opah, Mak Yang, Achik, Alieya dan saya ke Tun Hussien Onn National Eye Hospital. Achik dan Alieya menjalani pemeriksaan mata dan opah pula dirawat dengan rawatan laser. Bayaran untuk rawatan laser di sini jauh lebih murah dari hospital di Ipoh.

Pada hari Khamis, Achik dan Cikza belanja kami makan masakan arab di Restoran Al-Jazera, Cyberjaya. Pilihan kami ialah Chicken Mathbi. Memang sedap masakannya. Isi ayamnya lembut. Memenuhi citarasaku yang gemarkan isi ayam yang lembut seperti di bahagian peha. Aku memilih jus mangga. Jusnya pekat, terasa seperti makan sebiji mangga. Malam tu aku rasa seperti tak cukup perut!


Chicken Mathbi


Sup

Gambar dipetik daripada:
KUCINGORENGEMUK


Hari ini, aku menemani Mak Yang ke Pusat Servis Perodua. Mungkin juga ke rumah Makde. Patang nanti main dan terus bermain bersama Irfan.

Antara Dua Cinta;




Alieya


Irfan suka makan pisang




Irfan dan mama




Tok Ketua di Nursery


Teruja dapat belon


 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K