Tuesday, June 30, 2009

Jumpa Kawan

Assalamualaikum..

"Fairuz, Jumaat ni free tak? Jom date nak?". Itulah mesej yang aku terima daripada Najah. Oleh sebab aku sudah berada di Ipoh, apalah salahnya aku luangkan masa dengan teman-teman. Sudah enam bulan aku tak berjumpa dengan kalian. Aku rindu saat-saat kita bersama di sekolah. Senda gurau tak pernah lekang walau sehari.

"Buat masa ni tak ada perancangan. Nak main boling ke? Siapa lagi yang pergi?", soalku. Kami memang gemar main boling. Masakan tidak, kami merupakan ahli kelab boling semasa di sekolah. "Nanti i tanya kawan-kawan yang lain. I'll let you know later."

Aku terus menanti SMS daripada Najah.


-Hari ni hari Khamis, dah malam ni. Najah tak ada cakap apa-apa pun?
-Tak jadi jumpalah agaknya. Macam dulu, rancang nak jumpa, tapi tiada kesempatan.

Pada pagi Jumaat, seperti biasa aku hidupkan handphone. Ada satu mesej. Tak sangka malam tadi Najah ada hantar mesej.

"Assalamualaikum.Fairuz, rasanya tak dapatlah main boling esok. Tapi, kalau kita just jumpa kat library nak tak? I really hope to see you. Actually, sabtu ni i ada English exam. Jomlah, jumpa kat library."

-Najah nampak bersungguh-sungguh mahu aku datang, tapi rasa malas pula nak keluar.
-Inilah peluang aku untuk bagi kad itu dari tangan aku sendiri kepadanya.
-Baiklah, pergi saja.

Sebelum pukul 9.30 pagi, aku sudah tiba di perpustakaan. Malangnya, masih belum dibuka.

-Kenapa aku tak tahu perpustakaan belum dibuka?
-Itulah, dulu waktu sekolah tak mahu jadi 'Minah Library'

Aku menyalahkan diri.

Aku mendapatkan Najah yang sedang bersarapan di gerai yang dekat dengan BSN. Jauh juga aku berjalan, aku rasa lebih baik begitu daripada duduk membatu di perpustakaan. Usai makan, kami ke BSN, kemudian terus ke destinasi.

Kami meletakkan beg di ruangan yang disediakan. Aku mula gusar memikirkan strategi untuk mengeluarkan kad. Aku tak mahu Najah nampak. Masalahnya, ucapan belum ditulis. Kesibukan di rumah membuatkan aku terlupa untuk melakukannya.

"Fairuz, nak pergi toilet tak?" Najah bertanya.

"Tak naklah"

Ini satu peluang. Semasa Najah ke toilet, aku boleh menulis ucapan untuk dia, tapi aku harus berwaspada. Bagi memastikan kelancaran perancangan, aku ambil sebuah novel dan aku selitkan kad itu dicelahnya. Jadi, bila Najah sampai dia tidak perasan.

Aku berpura-pura mencari buku dan beralih ke meja yang lebih jauh. Di sana aku menyambung kerja. Taktik aku berkesan. Aku berjaya melakukannya. Aku berikan kad itu kepadanya dan terus keluar. Aku naik ke atas.

Najah hantar SMS. Dia benar-benar gembira. Akhirnya, hajat aku tercapai. Itulah yang aku mahukan. Aku mahu menebus kesilapanku. Ini tidak sepatutnya berlaku. Aku terlupa tarikh lahir Najah. Tapi, kesilapan ini menyebabkan ingatanku pada hari kelahirannya semakin kuat.

Kami sempat berborak sebelum saya pulang. Kalau boleh, aku mahu berlama di sana. Tapi, mustahil pada hari Jumaat. Masjid akan dipenuhi lelaki pada hari itu dan kantin tidak dibuka. Namun, pertemuan pada hari itu sangat bermakna.

Pada hari Ahad, aku berjumpa dengan Raihan secara tidak sengaja. Aku ke Medan Gopeng untuk membeli kain. Sengaja aku meninjau ke Butik First Lady sementara Ummi berjalan-jalan di pasar malam. Tiada satu pakaian yang aku suka. Aku mencari Ummi. Kata Ummi, dia di gerai jualan satay. Aku meredah pasar malam itu.. dan aku ternampak Raihan! Raihan membantu keluarganya menjaja di pasar malam itu.

Aku datang ke gerai jualannya. Aku bercadang mahu sebentar saja di sana, tapi bila dah jumpa teman sekepala mana mungkin sekejap. Aku mahu dengar cerita Raihan yang jadi guru sementara di sekolah rendahku juga perkembangan dirinya.

Raihan ada beritahu tentang keputusan STPM teman-teman yang lain. Walaupun aku sering mendapat kedudukan tercorot, tapi keputusan aku lebih baik daripada kawan yang lebih bijak dari aku. Aku terkedu. Betapa hebatnya kuasa Allah. Kata Raihan Nadzril dapat UITM. Sampai hati kau Nadzril, menipu aku yang naif ini. Katanya tak dapat mana-mana. Aku juga musykil bila dia kata dia mahu menyambung pelajaran di Institut teknologi Mara. Aku rasa pelik sebab setahu aku hanya ada UITM. Mujur Raihan meleraikan segala-galanya.

Ummi sudah gelisah melihat aku yang rancak berborak. Malam kian pekat. Kami perlu menziarahi opah di Batu Gajah. Selepas makan di rumah opah, kami pulang. Agak lewat tiba di Ipoh. Aku berbual-bual dengan Ummi di sepanjang perjalanan.

Sewaktu kami sudah hampir sampai di rumah, aku merendahkan kerusi dan cuba melelapkan mata. Aku terasa kereta bergerak ke kanan. Ummi mahu mengelak dari sesuatu, mungkin. Tiba-tiba Ummi bersuara, "Ya Allah, Ummi terlelap tadi." Aku terkejut. Baru saja kami berbual tadi. Ummi boleh terlelap. Mujurlah Allah melindungi, berkat doa yang kami baca sebelum memulakan perjalanan. Kalau tak, boleh saja berlanggar dengan kereta dari arah bertentangan. Nauzubillah. Benar kata opah, saya tak boleh tidur semasa dalam perjalanan.



Sunday, June 28, 2009

Tag Perkara Sebelum 30 Tahun

"Perkara yang mesti dilakukan sebelum umur mencecah 30 tahun!"

Assalamualaikum..

Menjawab tag dari Nissa'. Ini ialah apa yang saya impikan..

Fasa Kehidupan Baru
Selama hampir 20 tahun saya, sudah melalui kehidupan sebagai seorang anak yang sangat bergantung pada ummi dan ayah. Sebelum usia mencecah 30 tahun, saya mahu menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu.

Sumber Pendapatan Sendiri
Saya mahu memiliki kerjaya yang kukuh dan bergantung pada hasil pendapatan atas titik peluh sendiri. Sebelum ini hanya menerima wang daripada ayah,ummi dan saudara mara. Takkan mahu selamanya begitu? Minta sebuah kereta dari Justify Fullayah, minta sebuah rumah dari ayah. Ah, tak mungkin begitu.

Pakar Memasak
Saya mahu memiliki kemahiran memasak dan menjadi tukang masak yang menjadi permintaan hangat di rumah. Saya mahu mewarisi resipi turun temurun ibu saya. Mahu cuba, sila ke rumah. Jangan segan-segan.

Monday, June 22, 2009

Khas Buat Ummi dan Ayah

Assalamualaikum..

Nak tahu apa yang istimewa pada hari ini? Hari ini ialah ulangtahun kelahiran ibu saya yang ke 51. Pagi tadi, sebelum ibu saya ke sekolah sempat juga saya buat persembahan kat depan mak saya. Saya panggil beliau masuk ke dalam bilik sambil memegang handphone.

Nak tangkap gambar kat katil ke Kakde ni? Getus hati ibu saya. Kemudian saya pasang lagu "Happy Birthday", dan menari macam kanak-kanak tadika. Usia 20 tahun tak menghalang saya melakukan persembahan secomel itu. Yang penting saya rasa saat itu sangat indah kerana membuatkan ibu saya bahagia.

Kemudian, saya hulurkan sebuah hadiah khas daripada saya dan kembar saya, Aishah. Kad pun ada. Dah la ditulis "Birthday Girl". Ibu saya geli hati digelar "Birthday Girl". Nak buat macam mana tak ada kad bertulisan "Birthday Wowan" HAHAHA.

Ayah pun dapat kad sempena HARI BAPA semalam. Kami juga menghargai ayah sebagaimana orang lain menghargai ayah mereka. Ayah cukup seronok dapat kad ucapan daripada pasangan anak kembarnya. Kata ayah, "Fairuz, masukkan kad tu kat dalam beg" Ayah nak bawa kad tu ke Pulau Pinang. Tak boleh, tak boleh. Nanti hilang.

Ada hadiah lagi. Hadiah daripada Kak Farah Shahnaz kepada saya. Sangat surprise menerimanya dan sangat terharu. Fairuz sayang Kak Farah lebih dari kakak sendiri. Akak memang baik sangat. Harap ada peluang jumpa akak lagi. Semoga ukhwah antara kita berkekalan. Amin.

Friday, June 19, 2009

Monday, June 15, 2009

Sayangi Keluarga Semakin Hari Semakin Sayang

Assalamualaikum..

Dah masuk lima hari saya di Ipoh. Memang seronok dapat berkumpul bersama keluarga. Berkongsi cerita walaupun ceritanya tidaklah sepanas kisah cuaca di Putrajaya. Berkongsi gelak tawa walaupun lawaknya taklah kelakar mana. Kembali gigih menyakat kakak dan adik. Kembali bahagia memeluk cium seorang ibu yang sangat adorable.

Tapi, ada juga kekurangan yang saya rasai. Rindu terlalu rindu pada Hakuma Hakumi. Setiap masa dan setiap ketika mengenangkan diri si baby yang sangat manja itu. Hati terkenang mulut menyebut "manja bie" Nama manja baru untuk Irfan. Lihatlah Cikza, betapa kukuhnya kasih sayang Kakde Chula kepada anak teruna Cikza tu. HAHAHA. Tet!

Semasa mengemas bilik, saya terjumpa gambar-gambar semasa kecil. Masih tersimpan di dalam kotak berwarna koko. Album gambar dah lama rosak terkena bah semasa di rumah lama. Album gambar pun tak beli lagi. Dah banyak album di kedai yang saya belek, tapi kenapa album yang cantik mahal sangat? Boleh diterimakah soalan sebegitu? Sempat juga menatap gambar satu persatu, sebab tu kerja lambat siap. Jumpa satu album kosong ayah punya, dapat jugalah saya isi gambar-gambar sampai darjah satu. Nampaknya kena cari lagi dua buah album gambar.

Esok ayah kena pergi kursus. Dah nak pencen pun selalu kena pergi kursus. Baru saja balik Ipoh malam tadi. Kena berjalan jauh lagi. Saya mungkin ikut ayah ke Putrajaya. Nak jumpa Irfan. Rindu ni.

p/s: 10 ekor kucing untuk dilelong. Tiada bayaran dikenakan. Sila ambil. Jangan malu, jangan segan.

Monday, June 01, 2009

Kimi Chula Siri Dua




Mandi dengan anak-anak itik


Fokus pada rambut pacak Fanfan


Bontot besar


Menonton cerita kegemaran bersama kakak tersayang



Teruja habis tengok Upin dan Ipin

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K