Saturday, May 30, 2009

Kimi Chula


Latest: Tengok cara Irfan duduk















Wednesday, May 27, 2009

Fanfan Kimi Kimi




Nakal tak nakalnya Kakde Chula?


Oh lelaki rupanya!

Wednesday, May 20, 2009

Kisah Kanak Kanak

Assalamualaikum..

Hari ini saya ke sekolah macam biasa. Ceria macam selalu. Senyum semanis madu bila Ain Fatihah menegur, "hai kakak!" walaupun dalam hati tak suka. Kenapa Kakde Chula tak suka dia? Biarlah Alieya, Cikza, Achik dan Mak Yang saja yang tahu.

Waktu saya sedang duduk menunggu waktu rehat, ada dua orang murid yang comel melintasi saya. Alahai kesian pula saya tengok. Yang seorang pakai tudung, tapi terbalik. Saya pun terkenanglah memori lalu. Tika itu, adik saya yang nama glamornya Fifi baru darjah satu. Balik sekolah tudung dah jadi bunga, kelakar dan kesian. Maklumlah, budak darjah satu mana reti pakai tudung dua lapis.

Semangat Higglytown Heroes mula meresap ke dalam diri. Saya ikut budak-budak tu ke tandas. Masuk saja kat tandas murid darjah satu saja mesti ada isu. Sebab tu saya tak suka masuk tandas mereka. Tak boleh cerita banyak-banyak nanti jatuh saham budak-budak perempuan darjah satu.

Kemudian, saya tolong budak comel yang bermasalah dengan tudung dia ni. Memang dia nampak kekok nak kenakan tudung. Ada ke yang pendek kat luar? Tak comel la.

Siap saja pakai, terserlah kecomelan kanak-kanak tu. Benar indah. Amat indah. Tapi, tak sempat pun berkenalan. Bila lalu kelas dia je, tak henti-henti ucap "terima kasih". Rasa terharunya. Kanak-kanak sekecil dia pun dah pandai menghargai.

Teringat waktu darjah 5 dan 6, saya suka ambil adik angkat. Citarasa tinggi pulak tu. Yang comel-comel je saya pilih. Padahal adik sendiri dah ada satu sekolah. Adik angkat pertama saya, Nurul Syakirin. Waktu tu saya darjah 5, dia darjah 3. Ada orang ingat, Syakirin ni adik kandung saya sebab muka macam ada iras walaupun hanya 10%. Bila saya ambil dia jadi adik angkat, Syakirin jadi rapat dengan adik saya. Dah macam belangkas. Adik angkat kedua Nurul Jannah, waktu saya darjah 5 dia darjah 1. Dua-dua comel, tapi yang paling rapat Nurul Syakirin sebab dia manja sikit. Last jumpa dia tahun 2006 kat Madrasah Idrisiah. Cun.

Esok kena jadi Higglytown Heroes lagi. Mungkin juga jadi Wonderpets. Kalau ikutkan hati, tak nak masuk campur dalam urusan budak-budak, tapi nampak dah kritikal kena ambil tindakan juga ni. Keadilan harus ditegakkan. Wah, dah macam sailormoon pula Kakde Chula. Ok la tu!

Friday, May 01, 2009

Ganu Kite

Assalamualaikum..

24 April 2009

Pada malam ini, saya bertolak ke Terengganu..destinasi kami ialah Kuala Terengganu. Tapi, sebelum tu kami singgah ke rumah opah Alieya yang dipanggil "Tok Wang" kat Kemaman satu malam. Maklumlah Terengganu mana sama dengan Perak tak boleh la saya panggil "opah". Janggal pulak wang nanti kan? Perjalanan dari Putrajaya ke Kemaman mengambil masa lebih kurang 3 jam.

25 April 2009

Kami bertolak ke Kuala Terengganu. Perjalanan makan masa 3 jam sebab itu la kami perlu menyinggah di Kemaman. Jadi, taklah lama sangat duduk di dalam kereta. Ada baby on board pulak tu. Kalau terlalu lama di dalam kereta, tak elok pulak kan?..

Kira-kira pukul 1pm kami tiba di Batu Burok. Singgah kat gerai makan dulu. Perut kena isi dulu. =)

Irfan hensem kan?

Kira-kira pukul 2.15pm kami check in di hotel. Selepas itu, kami meronda di Pasar Baru Kedai Payang. Macam macam ada.. rasa macam nak beli je semua tudung yang ada. Haha.. Cikza belanja sehelai t-shirt. Terima kasih banyak-banyak Cikza. Kakde sangat menghargai t-shirt itu dan akan selalu memakainya di rumah.


Jalan jalan di Pasar Baru Kedai Payang

Ole-ole dari Pasar Baru Payang

Oh uniknya, uniknya, uniknya.. Terengganu





26 April 2009

Kami beriadah pula. Apakah aktiviti kami? Kami berenang kat kolam saja. Bukan di pantai. Tapi ianya tetap menyeronokkan! Walaupun tak pandai berenang, cuba-cuba sajalah.. bergerak jugak, cayalah!


Syoknya berenang!

Pada waktu petang, kami makan di Gerai Nasi Kukus, seterusnya ke pantai Batu Buruk.. dari semalam kami dah berangan nak menunggang kuda. Hari ni, kami cuba mengintai peluang untuk bermain dengan kuda-kuda yang jinak ni. Syukurlah ada kesempatan buat kami. Rasa bertuah pula memiliki ketinggian 4 kaki 9 inci. Bolehlah nampak muda sikit.. haha. Bukan apa, kat sana tak ada orang yang berusia 12 ke atas tahun naik kuda.. sayalah satu-satunya manusia yang paling tua naik kuda. Waktu nak naik tu takut jugalah.. lama-lama oklah.

Pengalaman naik kuda ni seronok. Memang syok sangat menunggang kuda sambil menikmati hembusan bayu yang menyegarkan jiwa. Apalagi, saya senyum sampai ke telinga.

Kaki kuda ni keras betul. Terasa keras tulang temulang kuda ni waktu dia berjalan. Satu saja yang buat saya takut.. kalau tiba-tiba kuda ni mengamuk, sebab tak tahan membawa beban seberat 42kg. Dia tambah kelajuan, macam manalah kalau saya jatuh tergolek macam nangka busuk. Tapi, tu hanya kerisauan saja. Saya selamat menunggang kuda dengan jayanya dengan bayaran sebanyak RM3 sekepala.. cuma dua pusingan je, rasa macam tak puaslah. Tapi, dah dapat naik pun syukur sangat.

Naik kuda..

Lepas tu, kami minum kat kedai air buah gelas besar di Bukit Tok Beng Seberang Takir. Pilihan saya jus strawberi, Alieya pilih jus mangga dan Achik dan Cikza pula pilih jus campur. Rasanya jus mangga inilah yang paling sedap. Jus mangga ni, tak sama macam macam yang selalu saya minum di gerai lain.

Jus mangga,jus campur dan jus strawberi

Makan malam di Restoran Nil..

Alieya yang keriangan

27 April 2009

Kami check out.







Nak balik dah




Seterusnya, kami singgah makan di kedai Nasi Kukus Jalan Kamaruddin lagi. Kalau datang Kuala Terengganu, mesti pekena nasi kukus kat sana.. walaupun gerai tu simple saja, tapi masakannya lazat sekali. Kat sana, anda takkan jumpa pinggan.. hidangan akan dibungkus kendatipun anda makan di gerai itu.

Sebelum pulang, kami singgah ke rumah Tok Wang.. kira-kira pukul 10pm barulah kami meninggalkan Kemaman.

SAYONARA TERENGGANU!

Terpesona dengan keindahan
Pantai Batu Burok


 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K