Sunday, April 19, 2009

Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak Ke-81

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan ulangtahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Izzudin Ghafarullahu-lahu yang ke-81.

DAULAT TUANKU!


Friday, April 03, 2009

Putrajaya - Ipoh

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari terakhir saya di Putrajaya. Dalam pukul 6pm, saya akan bertolak pulang ke kampung. Berat hati nak tinggalkan rumah ayah saudara saya ni. Lepas ni, menyalalah kembali api kerinduan pada Irfan Kimi Kimi.. mana taknya, hampir dua minggu bersama dia. Setiap hari menghadap wajah comelnya.

Saya happy sangat sepanjang berada di sini. Seronok betul main dengan Irfan.. tenaganya dah semakin kuat. Terkesan juga kalau Irfan tolak muka saya.. sekarang ni, Irfan juga suka memanjat. Wajahnya makin berseri dengan adanya gigi bawah dua batang. Gigi atas pun dah tak sabar nak tumbuh.. (^_^)

Irfan mudah terlena bila dengan saya.. inilah yang paling saya suka. Irfan tak ada buaiyan sebab penggunaan buaiyan ni kan sebenarnya ada banyak kesan buruk. Selalunya Irfan akan tidur selepas balik dari nurseri. Irfan ni tak suka tidur beriba. Senang saja nak tidurkan dia. Hanya perlu dukung Irfan dan bawa berjalan-jalan. Tak sampai lima minit pun Irfan akan tertidur. Lihatlah, konsepnya sama saja seperti buaiyan, tapi cara ini lebih selamat, bukan?

Saya lebih suka biarkan Irfan tidur dalam pelukan sebab dengan cara ni, dia tak mudah terjaga. Kasihan pula kalau Irfan tak puas tidur..



Sejak bergaul dengan Alieya, jiwa saya semakin dekat dengan K.A.R.T.U.N! Kartun yang jadi kegemaran saya masa kini ialah..



saya suka lagu tema cite ni

ini

kartun ini sungguh comel

dan juga


Inilah Tugas untuk Higglytown Heroes!

saya tak suka kartun ini..


contoh yang tak baik kepada kanak-kanak



Wednesday, April 01, 2009

Minat

Assalamualaikum..

Sebelum ini, saya merupakan penggemar novel keluaran ALAF 21. Tapi, ceritanya ada banyak sangat konflik. Saya yang membacanya turut mengalami tekanan perasaan..haha! Novel yang pernah saya beli ialah Sukma Rindu karya Fariza Zuliana dan
Inikah Cinta karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj.

Bermula dengan novel Ayat-Ayat Cinta.. saya mula mencari novel hasil karya Habiburrahman El-Shirazy. Antara novel yang saya beli ialah Di Atas Sejadah Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih episod 1 dan 2.

Kini, saya suka baca buku yang menampilkan kehidupan realiti. Baru-baru ini ayah saudara saya pinjamkan saya buku yang bertajuk Kembara Atiq Wazif-Satu Anugerah

Sinopsis:

Buku ini merakamkan ketabahan seorang anak kecil menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga 8 tahun. Juga pengorbanan dan kesungguhan bapanya Hasan (penulis), kasih dan doa ibunya Dora, gelak tawa dan sedu sedan kakaknya Along, dan abang-abangnya Bang Ngah, Bang Peq serta usikan adiknya Qiha yang menjadi sebahagian dari penawar. Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan Wazif, Hasan membawa keluarganya merentas benua- ke Beijing, ke Timur Tengah, seterusnya berhijrah ke Amerika Syarikat.Kisah kehupan ini sangat menyentuh hati. Saya kagum dengan semangat ibu bapa Atiq Wazif. Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, “Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” penulis sebagai ayah, tidak pernah patah semangat. Semoga Allah memberi rahmat di sebalik ujian ini kepada Atiq Wazif dan keluarganya.



Justify Full
Kini, saya lebih suka baca buku yang berkisar kisah benar. Saya cuba cari kat MPH bookstore kat Alamanda. Tapi, tak jumpa pulak. Ada cadangan tak?

Kalau bercerita pasal makanan, saya suka sangat makan breadstick dan BBQ Chickstix Domino's Pizza. Sedap betul.. tak percaya, cubalah sendiri! Sejak akhir-akhir ini, saya suka makan chicken chop. Kali terakhir, saya makan chicken chop kat Restoran Rimba Cempaka di Kompleks PKNS Bangi.. memang sedap! Ayamnya style Maryland Chicken Chop tapi ada sos sekali.

Bab pakaian pula, saya dah mula minat Tudung Ekin. Bini Mawi kasi pinjam..haha. Apa salahnya Fairuz Ashikin memakai tudung Ekin? Kami kan sama-sama Ekin? Saya juga minat, tapi kesian betul saya.. jubah yang ada di pasaran semuanya labuh belaka. Kalau nak, kenalah tempah sendiri. (^_^)
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K