Friday, March 13, 2009

Ujian Memandu JPJ

Assalamualaikum..

Ujian memandu JPJ yang saya jalani bertempat di Pusat Latihan Memandu Sektow. Ia bermula pada pukul 9pagi. Sebenarnya, saya dikira bernasib baik la sebab dapat sesi 1. Nombor giliran saya D4 17. Jadi, dapat la saya mulakan ujian lebih awal. Bukan apa, sedap la sikit buat awal-awal. Hari pun tak berapa panas lagi.

Pada peringkat pertama, saya menjalani ujian mendaki bukit. Waktu tu memang rasa gementar sangat. Tapi kan, nak dijadikan cerita. Masa tu saya rasa kurang sihat. Perut saya masuk angin. Rasa loya yang teramat sehingga terpaksa menuju ke tandas. Sangat tak selesa. Namun hikmahnya, sakit perut itu kemudiannya telah berjaya mengurangkan perasaan gemuruh tu. Alhamdulillah. Ajaib, kan?

Saya berdiri di ruangan menunggu sambil menanti giliran. Lepas sorang, sorang masuk kereta. Bila tiba giliran saya, saya terus menuju ke kereta yang disediakan. Masa ni, tak perlu pakai tali pinggang keledar pun. Bila dah bersedia, dengan lafaz bismillah. Kaki kanan terus menekan pedal minyak. Setibanya di di garisan kuning, kaki saya laju menekan brek. Setelah mendapat arahan untuk jalan. Saya terus bergerak ke hadapan. Malangnya... Kereta yang saya pandu telah berundur ke belakang. Oh tidak! Insiden ni sama seperti saya buat ujian penilaian lepas. Haa.. inilah yang paling saya tak suka. Saya rasa orang yang nampak insiden ni mesti kata, habislah budak ni... Nak tahu apa yang terjadi? Saya tak gagal sebab kereta tu hanya berundur sikit je, tak la berundur sampai keluar daripada garisan kuning. Keputusannya.. Alhamdulillah, saya lulus!


Ujian JPJ: Mendaki Bukit

Seterusnya ujian 3 penjuru. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi ujian itu tanpa sebarang masalah. Tak ada langgar tiang. Kemudian, ujian diteruskan dengan ujian parking. Syukur, alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Kedua-dua ujian ni saya tak risau sangat sebab biasanya sewaktu latihan tak ada masalah.

Kemudian, saya menunggu giliran untuk mengambil ujian jalan raya di kantin. Saya terjumpa kawan lama, Izzah. Izzah dulunya sekelas dengan adik saya. Kami berbual sementara menanti giliran. Saya khabarkan pada dia, saya dapat laluan C. Kami ada sentuh pasal laluan A, B dan C. Kata Izzah, laluan C tu tak sama macam yang biasa saya belajar dengan tenaga pengajar saya. Saya dah risau, tapi tak sempat nak tanya, nombor giliran saya dipanggil. Alahai, nasiblah badan.

Saya masuk ke dalam kereta. Saya ingatkan pegawai JPJ memang dah menunggu. Rupanya saya yang terpaksa menunggu. Kira-kira 5-10 minit kemudian, seorang pegawai JPJ datang menghampiri kereta. Aduh apa yang kita tak nak sangat, mesti itu yang kita dapat. Nak tau, pegawai JPJ yang menguji saya ialah seorang perempuan. Dalam hati saya dah kata, boleh lulus ke ni?

Bila pegawai JPJ masuk, saya beri salam dan saya tanya, "Puan, kena matikan enjin kereta ke?" Pegawai JPJ tu kata tak payah. Alahai tu la, masa belajar tak ada tanya jurulatih. Selalu main redah je. Biasanya waktu belajar, saya tak buat 5 langkah sebelum mulakan perjalanan tu. Saya teruskan dengan membetulkan tempat duduk, membetulkan cermin pandang belakang, cermin sisi kanan dan kiri, memakai tali pinggang keledar, memeriksa gear sama ada dalam keadaan bebas, memeriksa wiper dan lampu isyarat. Dah siap semua langkah bonus ni, saya tunggu arahan. Pegawai JPJ tu kata, "Nak tunggu apa? adik nak ambil ujian kan? jalanlah" Aduh, sabar sikit ye puan heeee~

Saya mulakan perjalanan dengan berhati-hati. Alhamdulillah, saya dapat mengikuti setiap langkah seperti yang yang dilatih oleh tenaga pengajar saya, Encik Andrus bin Ayob. Walaupun saya tak tahu mana satu laluan C, saya teruskan memandu mengikut laluan yang saya biasa gunakan. Syukurlah, pegawai JPJ tu senyap saja sepanjang perjalanan membuatkan hati saya jadi sangat tenang. Maknanya dia tak kisah la saya nak ikut laluan mana pun.

Semasa berada di jalan raya, saya terpaksa mengekori sebuah lori sampah. Tak ada bau yang tak menyenangkan. Tapi, kena la bawa dengan perlahan dan memang jaga jarak betul la. Sepanjang perjalanan tu, saya pandu kereta dengan lebih perlahan daripada semasa belajar memandu. Biar lambat asalkan lulus, betul tak? hehe. Kalau berhenti di lampu isyarat pun saya biarkan jarak saya dengan kenderaan di depan, jauh sangat. Apalah kata pemandu kereta yang berhenti di sebelah kereta saya tu? Kalau dah dapat lesen, jangan haraplah saya nak buat macam tu.

Akhirnya, saya selamat sampai di Pusat Latihan Memandu dengan jayanya. Syukur tak terkata, saya lulus dalam ujian jalan raya. Siapa sangka, seorang pegawai JPJ perempuan pun baik hati bagi calon lulus dengan markah 17/20. Jadi, kita perlu membuat anjakan paradigma terhadap pegawai JPJ perempuan, heeeee~

Insya-Allah, pada 16 Mac saya dah boleh dapat lesen memandu percubaan. Kereta yang akan jadi mangsa sticker P ialah kereta mak saya :D Walaupun saya ni tak cukup inci, saya boleh lulus ujian memandu sekali saja dan tak perlu ulang ujian. Jadi, jangan pandang rendah pada saya yang sekali pandang macam budak sekolah rendah ni. Silap hari bulan, anda akan menumpang kereta yang saya bawak.



Kasut untuk memandu


Bisik-bisik: Tips untuk lulus ujian memandu yang saya amalkan.. sebelum ambil ujian, baca bismillah banyak-banyak. Saya pernah terbaca banyak kelebihan membaca bismillah ni. Sekurang-kurangnya penguji itu akan berlembut hati dengan kita. Baca selawat dan yang penting baca doa menaiki kenderaan.


Cikgu saya ajar kalau tak sampai nak tekan
clutch gunalah bantal

p/s:Mintak maaf banyak-banyak sebab lambat post entri ni. Saya hanya sempat draft pada 13 Mac sebab saya perlu bersiap ke rumah saudara di Rawang. Untuk makluman, 3 hari saya terpaksa simpan entri ni buat pekasam dan hari ini 16 Mac barulah ada kesempatan untak update blog.

Wednesday, March 11, 2009

Latihan Memandu Terakhir

Assalamualaikum

Hari ini adalah hari terakhir saya belajar memandu. Dah cukup 10 jam akhirnya. Alhamdulillah, sekarang saya dah yakin dengan kebolehan diri dan saya dapat memandu dengan baik di setiap bahagian walaupun hakikatnya saya masih tak cukup pro. Saya berdoa supaya dapat buat yang lebih baik lagi pada hari ujian JPJ nanti.. harapnya, saya dapat jadi setenang hari ini.




Keputusan STPM baru saja saya terima semalam, 10 Mac 2009. Mungkin tak ada rezeki dalam bidang sains. Saya tak berputus asa.. putus asa tak ada dalam kamus hidup saya. :D Insya-Allah, saya akan menyambung pelajaran dalam bidang lain. Apapun, segalanya masih belum pasti.. doakan saya dapat tawaran dalam bidang yang terbaik untuk saya.

Kakde berbisik:Terharu baca paper Kosmo. Melihat wajah-wajah ex-student ACS yang cemerlang STPM.. Ketua pelajar sekolah saya, Jothiswaran memang sudah ku jangka kemerlangannya dalam STPM. Masuk ni, dah dua kali masuk paper. Beliau sungguh genius. Masa SPM pun dah straight A's. Pelajar lompat pulak tu. Teringat pula kawan-kawan saya selalu cakap Jothiswaran tu berjalan pakai blazer macam doktor yang baru keluar dari bilik bedah..haha. Apapun, tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya dalam STPM.

Monday, March 09, 2009

Janji Kakde

Assalamualaikum..

Lama sudah saya tak update blog walaupun setiap hari saya setia menjenguk blog yang sepi ini. Bukan sebab tak ada cerita, tapi sengaja saya simpan dulu.. kalau setiap hari menaip, penuhlah blog saya nanti. Tak terbaca pula, bukan?

Pada entri yang sebelum ni, saya sempat memberitahu yang saya lulus ujian penilaian. Di sini saya nak sambung sikit cerita itu. Semasa hari ujian penilaian pada 22 Februari itu, saya sangat risau tak lulus ujian. Kalau tak lulus, tak dapatlah ikut ibu saudara saya ke Putrajaya. Janji saya pada Alieya, saya mesti datang ke rumahnya pada 1 Mac. Alieya dah siap menghitung hari. Macam manapun kena lulus jugak.

Waktu ujian mendaki bukit hari tu sebenarnya ada buat silap sikit. Saya berundur sikit waktu nak keluar. Ini masalah tak biasa dengan clutch kereta baru la. Namun, syukur penguji tu tak strict sangat. Alhamdulillah, lulus di bahagian itu. Ujian 3 penjuru dan ujian parking pun tak ada masalah. Ujian jalan raya pun ok. Nasib menyebelahi saya, dapat penguji yang suruh bawa dekat sangat sangat. Alhamdulillah, waktu tu rasa lega sangat. Tercapailah hasrat mahu ketemu Alieya dan Irfan yang dirindui selama ini.


Janji Kakde

Pada hari yang sama, saya bertolak ke rumah bapa saudara di Putrajaya. Perancangannya adalah pada last minute. Pada 21 Februari, barulah saya dapat tahu yang ibu saudara saya pulang ke kampung. Nak siap pada pagi 22 Februari tak boleh sebab ada ujian penilaian. Malam tu kelam kabut saya membuat persiapan. Pukul 12 malam baru dapat tidur.

Saya, kembar saya, ibu saudara dan sepupu saya tiba di rumah ayah saudara yang saya panggil Achik dalam pukul 9pm lebih. Alieya seronok sangat. Diciumnya saya berkali-kali. (^_^) Comel betul Alieya dengan tocang di kepalanya. Irfan kini dah semakin aktif. Dah pandai menjulurkan badan, tangan tak diam dan dah suka jerit-jerit. Geramnya melihat Irfan beraksi di rumah. Irfan kini sudah bangun seawal waktu subuh. Sudah menjadi satu kemestian bagi saya bermain dengan Irfan bila dia sudah bangun dari tidur. Bestnya cium Irfan bila dia baru bangun dan belum mandi. Fanfan sugguh 'sweet and sour'.






Memandangkan Alieya ada ujian pada hari Selasa hingga Khamis, saya membantu Alieya mengulang kaji pelajaran. Merasa jugaklah jadi guru walaupun tak bertauliah. Teringat pula pada teman seperjuangan di ACS, Raihan Syazwani. Sayalah yang mencadangkan Raihan supaya menjadi guru sandaran sementara menunggu keputusan di sekolah rendah saya dulu, Sekolah Rendah Islam Al-Ummah. Syukur, permohonannya diterima. Kira tercapailah hasrat ibunya yang mahukan anaknya menjadi seorang pendidik. Apalah khabar Raihan agaknya. Malas pula nak mengganggu seorang guru yang kesibukan itu.

Bukan mudah menjadi seorang pendidik. Teknik perlu betul. Pengajaran perlu terselit hiburan. Kalau tak kena gaya, anak murid akan bosan dan putus asa. Susah juga nak membuat Alieya faham apa yang saya ajar. Tapi bolehlah sikit. Mujur Alieya baru di tahun dua. Kalau sekolah menengah, tak tahulah saya. Saya sempat ajar Bahasa Melayu, Math, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Pada 27 Februari, saya bersama kakak kembar saya dan Alieya menonton filem Upin dan Ipin di GSC Alamanda. Dah lama saya simpan hasrat untuk menonton filem ini bersama-sama. Alhamdulillah, ada rezeki kami bertiga.Pada mulanya, saya tertanya-tanya macam mana bentuk cerita ni? Sampai Nurul kata tak kering gusi menontonnya. Kami beli tiket pada hari tu pun dapat tempat duduk kedua dari hadapan saja. Penuh satu panggung. Rupa-rupanya cerita ni memang best! Kalau nak bagi bintang, lima pun saya boleh bagi..(^_^) Sikit pun tak membosankan. Ianya penuh humor, terselit pengajaran dan penonton akan terus bermain dengan emosi. Sound pun bagus. Suara pelakon pun sesuai betul dengan watak yang dilakonkan. Pendek kata memang enjoy habis la!








Pada hari Sabtu.. saya, Kak Yang dan Alieya menemani Mak Yang ke Serenity Spa. Pastu, Mak Yang bawa kami ke Kompleks PKNS Bangi. Kami enjoy lunch kami.. menu kami ialah Chicken Chop! Memang sedap la masakan kat restoran tu. Tapi, ais kacang paling istimewa. Tadaaa..


Pada hari Ahad, saya ke sekolah Alieya sebab ada Hari Sukan di sekolahnya. Tak lama pun melepak di sana. Sempat jugalah saya merakamkan gambar ini.



Sarapan di Restoran Mamak.. nama kedai, terlupa sudah. Bak kata Amir, "i am sorry.."






Selepas itu, saya dan keluarga menziarahi sepupu saya yang baru menjalani pembedahan kecil pada hari Rabu kalau tak silap sayalah. Nampak aktif betul adik saudara saya itu. Biasalah, budak lelaki.. cepat je baik sakitnya. Saya pulak yang jadi risau kalau terhantuk luka tu di mana-mana. Kembar saya juga pulang ke hostel pada hari yang sama. Sedih dan pilu pulak bila terpaksa berpisah setelah seminggu bahagia di sisinya.

Pada hari Rabu, saya menemani Alieya di sekolah. Pembantu rumah Achik sudah berhenti kerja pula atas alasan suaminya tak mengizinkannya bekerja. Ada pula kawan Alieya memanggil saya makcik. Maaf dik, kakak tak layak dipanggil makcik oleh kanak-kanak berusia 8 tahun. Di sekolah, saya habiskan masa melengkapkan diari yang agak lama tak disentuh. Baca novel Di Atas Sajadah Cinta yang saya beli semasa masih bersekolah.=b


Bangunan Sekolah Alieya


Kelas Alieya..

Pada Hari Khamis juga saya menemani Alieya di sekolah. Ada pengalaman yang mengharukan pada hari ini. Pada waktu rehat, ada seorang murid darjah satu yang bernama Ain Fatihah ni mula berborak dengan saya. Bila saya dah layan, kemudian dia mula meluahkan perasaannya. Kata Ain,"Ayah saya kata nak datang, tapi tak ada pun.." Sedih benar kanak-kanak itu. Tak henti-henti dia menangis. Dari kantin dia ikut saya ke tapak perhimpunan. Bila saya nak hantar Alieya ke kelas, ditariknya tangan saya. Tak bagi saya pergi. Pengawas ramai dah datang. Saya minta pengawas saja yang selesaikan masalah ni. Macam kes berat pulak dah. Hari ni, saya banyak dengar MP3 dan baca Mastika dan novel. Sebelum pulang, sempat saya merakamkan foto ini.


Alieya dan kawan-kawanAlign Center

Cerita sikit pasal Irfan, dah pandai angkat punggung dah dia. Tapi, belum pandai mengimbangkan badan. Goyang-goyang badan dia.Hik3.. Tak boleh lagi menganjakkan badan menggunakan lutut. Lihatlah kenakalan saya. Ini bebe sudah saya masukkan ke dalam bakul..


Alieya sedang menatap wajah adiknya


Apalah Kakde ni,ade ke letak Fanfan kat dalam bakul ni?

Pada hari Jumaat, saya masih menemani Alieya di sekolah. Dengan memakai baju kurung, ada seorang murid yang dah wakenabeb! Haha.. "Assalamualaikum cikgu.." Saya dah menjangkakan mesti ada yang menyangka saya ni seorang guru. Jadi, saya lebih bersedia. Saya jawab saja dengan tenang berbanding sewaktu mengikut mak saya ke sekolah dua tahun lalu. Kaget sungguh ada murid yang ucap "Selamat Pagi Cikgu!" Tak berjawab pun.Bila difikirkan balik, kesian pula pada murid itu. Hari ni, balik awal sikit. Sebab tu la hari Jumaat best sikit.

Hari ini adalah hari terakhir untuk saya bermain dengan Irfan sepuasnya. Malam ni Irfan aktif sangat. Malah lebih aktif daripada biasa. Dia memang seorang bayi yang lincah.


Fanfan sedang bermain dengan botol minuman

Pada hari Sabtu, saya ke rumah ibu saudara di Puchong. Penginapan dua hari satu malam di rumah Makde memang indah. Sebelum ni jarang sekali ke rumah Makde. Seronok dengan layanan keluarga Makde. Saya kagum dengan adik-adik saudara yang pandai melayan tetamu. Walaupun mereka masih kanak-kanak, pandai mengambil hati saya. Ada saja cerita Aqilah dan Naim. Tak jemu saya mendengarnya. Cerita pasal sekolah la.. itu dan ini. Walaupun Naim agak nakal, tapi saya sangat terhibur dengan keletahnya.

Pada hari Ahad, saya berangkat pulang ke rumah opah membawa seribu satu kenangan manis.. Memori bersama Achik, Cikza, Alieya dan Irfan sentiasa dalam ingatanku. Terharu dengan layanan mereka yang membuatkan saya terasa seperti keluarga nukleus mereka. =D Kini, sukma kembali merindu.

Hari ini, saya sudah kembali ke sarang. Mengutip kasih sayang ibu saya sendiri. Yo Te quiero Mummy Chula! Petang nanti saya perlu belajar memandu lagi. Sekian saja buat kali ini, Salam Maulidur Rasul.



Katanya: Ummi kata saya dah semakin tembam setelah saya pulang dari Putrajaya. Yeke? Tertanya-tanya juga saya. Hmm..memang saya banyak makan di rumah Achik. Achik, Cikza dan Makyang.. terima kasih banyak kerana sangat bermurah hati belanja Fairuz macam macam .. semoga diberkati Allah hendaknya.
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K