Saturday, February 28, 2009

Foto itu

Ceria Irfan ketika didukung oleh ayah saya

Sunday, February 22, 2009

Ujian Penilaian Memandu (QTI)

Assalamualaikum..

Pada hari ini 22 Februari 2009, saya dah lulus ujian penilaian memandu bagi kelas D. Ujian JPJ akan saya jalani pada 13 Mac 2009. Insya-Allah..

Ujian ini dijalankan oleh Pusat Latihan Memandu. Bayaran dikenakan sebanyak RM15 sahaja. Ujian ini dibuat untuk memastikan calon sudah berkebolehan memandu. Ianya lebih mudah daripada ujian JPJ sebenar kerana ujian memandu di jalan raya tidak sejauh sewaktu ujian sebenar. Jika gagal dalam ujian ini, calon perlu mengulanginya semula dengan bayaran RM10 kalau tak silap. Bila sudah lulus, calon layak untuk mengambil ujian memandu JPJ.

P/s: Memandu kereta lama dan baru memang ada bezanya. Rasanya memandu kereta lama lebih senang daripada memandu kereta baru. Namun, syukur saya berjaya melepasi ujian ini.

Saturday, February 21, 2009

Lesen Memandu

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ini, saya kerap update blog. Banyak cerita pulak sehari dua ni. Semoga anda tak jemu membaca.



Memori seorang budak sekolah

Hari ni, 21 Februari.. genap sebulan lesen L saya. Jadi, saya dah boleh ambil lesen P pulak. Semalam saya belajar memandu lagi. Alhamdulillah, setakat ni kat bahagian mendaki bukit, 3 penjuru dan parking semua ok. Saya harap saya dapat buat yang terbaik la semasa ujian penilaian yang bakal saya lalui esok. Cuma bila di jalan raya macam tahpape sikit. Ops! Sikap kelam kabut saya berjaya dikesan oleh cikgu yang mengajar. Saya mesti belajar menjadi lebih tenang :D

Aha..mulai hari 20 Februari, anda sudah boleh menghubungi saya melalui kedua-dua no handphone saya. Waktu dalam perjalanan ke PLM, pekerja kedai handphone di Jusco call saya. Handphone dah siap dibaiki rupanya. Mak saya yang ambil di kedai tu. Alhamdulillah, FREE OF CHARGE!

Sekarang dah ada dua balik..=)


Dua sahabat baik

Thursday, February 19, 2009

Memori Tercipta

Assalamualaikum..

Saya menjelajahi Youtube untuk mencari video nasyid yang best untuk dimasukkan ke dalam blog. Bosannya.. tak banyak nasyid baru yang ada. Tadi, saya saja search Sharifah Khasif Fadzilah dan terjumpa video ni,



Masih segar dalam ingatan saat bersama beliau. Teringat lagi beliau pulang dari sekolah sambil memegang ais krim sebatang. Siapa sangka wanita yang saya kenali sejak kecil ini sudah menjadi terkenal di Malaysia. Beliau mula menempa nama melalui penyertaannya dalam Akademi Al-Quran. Tak sangka beliau berminat untuk menyertai program yang sebegitu gilang gemilang.



Bagaimana saya mengenali Sharifah Khasif Fadzilah..

Beliau sekeluarga lebih mesra dengan panggilan Kak Ila oleh keluarga saya. Ayah saya bersahabat dengan arwah bapanya yang dipanggil walid. Waktu itu, mereka sama-sama bekerja di TNB. Arwah bapanya banyak mengajar kanak-kanak mengaji di rumahnya. Jadi, ayah saya menghantar abang saya mengaji dengan arwah. Tak ketinggalan juga saya dan adik beradik saya yang lain turut dihantar mengaji dengan arwah walid.

Abang saya mula belajar mengaji dengan arwah walid pada umur 7 atau 8 tahun. Waktu tu sebutan rho pun tak betul. Dengan tunjuk ajar daripada arwah walid, alhamdulillah.. abang saya dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan baik. Sewaktu di sekolah rendah, abang saya sering menjadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan dan menjadi johan. Pada waktu itu, pesaing terdekat beliau juga seorang anak didik arwah walid. Teringat pulak ada seorang kakak minta saya sampaikan salam pada abang saya.. sebab kagum dengan bacaan abang saya. "Dik, adik Abdul Rahim ya? Kirim salam kat abang ya." Hihi..

Selain itu, abang saya juga mengambil bahagian dalam pertandingan hafazan anjuran TNB setiap tahun. Kemenangan seringkali di pihaknya. Kak Sharifah Khasif turut mengambil bahagian dan sering menjadi johan. Abang kepada Kak Sharifah Khasif juga selalu ambil bahagian cuma abangnya kurang menonjol daripada Kak Sharifah Khasif.

Abang saya mula tinggal bersama arwah walid sekeluarga sewaktu abang saya berusia 12 tahun. Arwah sangat perihatin dengan abang saya. Pada asalnya, abang saya seorang kanak-kanak yang obes. Sejak tinggal dengan arwah, berat badan pun semakin normal. Abang saya juga lebih berdikari.

Arwah walid memang mengutamakan Al-Quran. Yang paling saya ingat..selepas solat Maghrib, arwah dan anak-anak akan membaca dan menghafaz Al-Quran.

Kenangan bersama arwah banyak ketika saya masih di sekolah rendah. Kali terakhir saya berjumpa arwah, setelah menerima berita pemergiannya pada bulan 3 September 2008. Berita itu benar-benar mengejutkan saya. Tiada khabar tentang arwah jatuh sakit, tiba-tiba dapat berita arwah meninggal dunia. Arwah walid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai Puteri Ipoh sewaktu pembedahan angiogram.

Sudah suratan takdir. Siapa sangka, sewaktu mak saya koma di ICU pada Januari 2008.. arwah walid dan isterinya yang kami panggil Mak Long menzirahi mak saya. Sempat lagi arwah cerita yang arwah walid pergi audition Raja Lawak. Tapi, taknak buat elok-elok sebab taknak jadi terkenal. Arwah walid beritahu, jangan risau umur Ummi masih panjang. Lagi seminggu boleh keluar. Mungkin arwah pandai tafsir keadaan orang sakit. Alhamdulillah, selepas 3 hari di ICU.. mak saya dimasukkan ke wad biasa.

Beberapa bulan kemudian, arwah walid dan Mak Long ada datang ke rumah saya. Itulah kali terakhir saya berjumpa semasa hayatnya masih ada. Berbanding sewaktu saya kecil, arwah lebih kurus.

Mak Long, arwah walid Kak Ila dan kanak-kanak itu
mungkin anak angkat arwah dan Mak Long sebab
setahu saya mereka ada menjaga seorang
kanak-kanak lelaki dari bayi

Sewaktu pemergiannya, saya sempat menatap wajahnya buat kali terakhir. Sungguh bersih dan tenang wajahnya. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman.

Anak-anak didik arwah walid kini menjadi pelajar yang pintar. Saya dengar, anak didiknya yang sering menjadi pesaing abang saya kini berjaya dalam pelajaran. Abang saya juga seorang pelajar yang bijak. Syukur, baru-baru ini abang saya menunjukkan prestasi yang baik dalam semester yang lepas.

Arwah walid sangat berjasa kepada kami. Kami takkan lupakan insan mulia ini.

Wednesday, February 18, 2009

Baby



Gambar asal



Gambar selepas diedit


Assalamualaikum..

Bosan sungguh hari ini. Takde kelas memandu jadi terperap di rumah sajalah. Datang pulak mood mengedit gambar. Cadangnya nak edit gambar sendiri. Tapi, edit banyak mana pun tak boleh letak kat blog tak best jugak.

Pencarian gambar bermula. Akhirnya, saya berminat untuk edit gambar ini. Saya dapat gambar ni waktu cari gambar yang comel untuk hias myspace adik saudara saya, Fanfan Gumagumi. Rindu sangat kat Fanfan. Tak sabar nak bermain dengan Fanfan.

Simple je saya edit gambar ni. Tapi, boleh la menghilangkan kebosanan. Camnepun, comel tak?

Tuesday, February 17, 2009

Lima

Assalamualaikum..

Catatan hari ini tidaklah seindah mana. Pengalaman memandu pada jam yang ke-5, saya rasakan kali ini saya lebih mahir dari sebelumnya. Mana taknya, semalam dah puas buat kesalahan.

Dah puas langgar lampu isyarat..adakah patut teruskan perjalanan walaupun lampu isyarat dah bertukar menjadi kuning? Tergesa-gesa menukar lorong.. dan tak menggunakan gear mengikut kelajuan. "MALAS" Nilah yang cikgu tu cakap bila saya tak tukar gear bila berhenti di persimpangan. Tapi, cikgu tu tak la marah. Sekadar peringatan supaya sentiasa ingat kat dalam kepala.

Tu cerita semalam. Hari ni, macam biasa belajar memandu di jalan raya. Alhamdulillah, jalan sudah dihafal. Tadi menjadi sesuatu yang aneh bila langsung tidak ditegur. Biar betul..cikgu ni tidur ke? Senyap sunyi je.. rasa saya main gear macam tak betul saja. Cuma bila di persimpangan memang saya menukar gear yang betul. Akhirnya selamat sampai ke PLM.

Dah sampai, terus kena belajar naik bukit dan seterusnya. Kali ni ada jugak calon yang baru nak belajar. Lucu pulak tengok orang bawak kereta sampai tersengguk2. Macam tu la saya waktu baru belajar. Alah, perkara biasa. Ramai lagi yang sama macam saya.

Kakak saya masih gerun dengan Sang Kancil tu. Katanya cikgu yang ajar waktu latihan amali tak best. Skema la.. ada saja yang tak kena. Jadi, dia nak nak menyewa kereta dan minta kawannya yang dah ada lesen memandu datang ajar. Saya tak setuju dengan cadangan kakak saya tu. Karang terlanggar rumah siapa nak bayar? Rumah saya tak seluas PLM pun.

Hari Jumaat ni, saya akan sambung belajar lagi. Kata cikgu, Ahad ni saya dah boleh ambik QTI. Eh, betul ke ni yang cikgu sebut tadi. Maafla kalau tak betul. Pertama kali saya dengar.. tapi saya gementar la. Dah dekat ni.. harap nanti tak banyak buat silap.

Monday, February 16, 2009

Tragedi 14 Februari

Assalamualaikum..

Ada satu perkara yang saya perlu beritahu..mungkin tak penting bagi anda yang tak mengenali saya. Tapi, perkara ni mungkin penting bagi rakan-rakan saya..

14 Februari 2009,

Pada pagi itu, saya mencari handphone di dalam almari. Ini adalah aktiviti pertama apabila bangun dari tidur.. bukan nak check msg. Tapi, nak hidupkan handphone. Menjadi kebiasaan saya menutup hp sebelum tidur. Yang pertama dapat menjimatkan bateri dan yang kedua, mengelakkan terkena kesan radiasi. Bahaya tidur bersama handphone yang tak dimatikan. Ye tak?

Then, saya hidupkan handphone tu..

Uiks, tak mahu menyala pun skrin dia? Saya matikan semula. Kemudian saya hidupkan kembali dan saya tinggalkan di dalam beg pink saya.. pastu, saya tinggalkan di dalam bilik. Kira-kira 2 jam kemudian, tiba-tiba saya teringin nak makan coklat zip. Saya fikir coklat itu masih ada di dalam beg pink tadi. Saya selukkan tangan kat dalam beg itu.. adoiii, panasnya!

Rupa-rupanya handphone tu dah jadi panas. Panik la saya.. alamak, nak wat camne ni. Karang meletup handphone ni matilah saya. Nak tak nak saya cuba keluarkan bateri. Syukur kedua-duanya selamat.. huhu

Oleh sebab saya ke rumah opah pada hari yang sama, saya pulang ke rumah hampir pukul 5.30pm. Jalan pula sibuk sebab banyak jalan yang ditutup di bandar Ipoh berikutan ada Majlis Santapan Diraja Jubli Perak sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Perak yang diadakan di Kuala Kangsar. Jadi, mak saya tak jadi bawa saya ke Jusco Ipoh untuk baiki handphone tu.

Pada 15 Februari barulah saya dapat hantar ke kedai untuk dibaiki. Mujur ada masih ada warranty. handphone tu baru saja saya beli 4 bulan yang lalu. Syukur handphone tu rosak sebelum warranty dia luput. Kalau tak, pokai la sayeeee.. =b Insya-Allah saya akan dapat balik handphone dalam masa seminggu. Tapi, acam biasalah penantian itu satu penyiksaan.

Kepada sesiapa yang gagal menghubungi no CELCOM saya semalam, mintak maaf banyak. Mulai hari ni, saya akan selalu hidupkan no CELCOM. Soalnya, CELCOM ke mana2 pun murah. UOX la katakan! Urusan belajar memandu juga memaksa saya menukar simcard CELCOM ke dalam handphone yang masih baik ni. Najah, maaf banyak-banyak. Tak dapat bagi gambar terbaru yang hot tu. Nanti kemudian la ye..

p/s:rindu nak dengar mp3 kat melalui handphone purple kesayangan saya tu. handphoneku, moga cepat sembuh dan setia berkhidmat denganku!








I miss you so much!

Thursday, February 12, 2009

Khas Buat Dia

Assalamualaikum

Hari ni, 12 Februari merupakan hari istimewa bagi seorang yang istimewa dalam hidup saya kerana.. hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran yang ke-20 bagi seorang best friend saya, Norhanim Hussain. Happy birthday Hanim!

Antara ribuan sahabat, Hanim ialah sahabat yang terbaik yang pernah saya dapat. Perkenalan kami bermula pada tahun 2003. Ketika saya bertukar sekolah di SMK Seri Puteri Ipoh di tingkatan 2. Pada waktu itu, saya belajar dalam kelas kedua manakala Hanim belajar dalam kelas pertama. Jadi, kami taklah selalu berjumpa. Kami hanya berjumpa jika ada kelas Pendidikan Islam dan ketika menunaikan solat Zuhur pada waktu rehat. Biasanya lepas solat kami akan berbual, bercerita tantang kisah hidup. Kami jadi lebih akrab.

Semasa tingkatan 3 saya dinaikkan ke kelas pertama. Hanim banyak membantu saya dalam pelajaran. Saya takkan lupakan jasa Hanim membantu saya memotong papan untuk menyiapkan kerja khusus Kemahiran Hidup. Pada waktu itu, saya menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjalani satu pembedahan. Kalau tanpa bantuan Hanim, mustahil kerja saya akan siap.

Saya juga takkan lupa, ketika mak saya ditahan di wad kerana penyakit asma. Hanim membawa bekal makanan buat saya ke sekolah. Nasi berlauk sambal dan telur goreng.. sememangnya saya sungguh terharu. Ketika hati dirundung duka, ada yang menceriakan saya.

Semasa di tingkatan 4, kami sama-sama ditawarkan ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar. Syukur masih dalam kelas yang sama. Namun, kami tak seakrab dulu kerana kami berlainan dorm. Tapi di dalam kelas kami masih rapat.. hingga tamat sekolah kami masih berjumpa. Kami ke library bersama. Waktu mak saya sakit pun Hanim masih sudi menziarahi bersama ibunya di hospital cuma saya agak terkilan kerana tak menziarahi arwah datuknya sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Ibu saya juga tak sihat pada waktu itu.

Sehingga kini, saya masih berhubung dengan Hanim. Betapa saya menghargai persahabatan sebegini. Semoga Hanim dilapangkan hidup dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Wednesday, February 11, 2009

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum..

Anda kenal kereta ini? Ini adalah kereta ayah saya. Tapi, apa yang terjadi pada kereta ini?


Cermin sisi patah

Pintu kiri dah tak boleh dibuka

Kak Yang tentu sekali kaget melihat kereta ayah sebegini rupa. Tapi, jangan risau. Tiada siapa yang cedera dalam kemalangan kecil ni.

Al kisahnya, sewaktu ayah dalam perjalanan mengedar kopi di kedai makan.. ayah melalui deretan kedai. Ketika itu, ada lori sedang memunggah barang. Faham sajalah kalau lori tengah punggah barang.. tentu sekali 'makan jalan'. Ayah tetap meneruskan perjalanan dan.. bergesel dengan lori itu.

Kata ayah, pintu lori tu pecah. Jadi, ayah saya bayar ganti rugi kepada pemandu lori itu. Tapi, pemandu lori tu juga bersalah sebab menghalang kenderaan lain melalui jalan tu, betul tak?

Kesian saya tengok ayah. Nampak tension saja. Ayah baru saja balik dari Pulau Pinang. Baru saja dapat cuti setelah 5 hari bekerja. Namun, ujian dari Ilahi.. tiada siapa bisa melawan. Semoga rahmat melimpahi kami sekeluarga.


Sunday, February 08, 2009

Menutup Aurat - Ipar dan Bapa Saudara Sabit




Assalamualaikum

Susahnya nak menaip kali ni. Berkali-kali saya menaip. Saya menaip, memadam dan kembali menaip. Kenapa ya? Hmm.. tadi, saya bertanya pada seorang sahabat mengenai aurat wanita. Apa yang menjadi masalah di sini apabila terdapat salah faham tentang aurat.

Ramai yang memandang remeh tentang aurat apabila bersama saudara mara. Namun, apa yang membimbangkan ialah terjadi salah faham tentang aurat dengan saudara mara.

Biasanya, kita golongan Muslimah ni selalu terlepas pandang tentang aurat bila bersama:

  • sepupu
  • biras
  • bapa saudara
  • anak saudara

Bagi mengelakkan keraguan di hati, saya berusaha mencari maklumat tentang aurat dengan golongan yang saya nyatakan. Saya terjumpa satu soalan berkaitan masalah ini. Soalan ini diajukan kepada seorang ustaz yang terkenal di Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus. Saya membetulkan sedikit cara penulisan individu yang mengutarakan soalan ni supaya lebih mudah difahami.

Ditulis oleh Usnain

Salam...Seperti yang saya tahu,kita perlu menutup aurat dengan ipar lelaki sebelah suami? atau tak pe dibiarkan? Dan juga aurat dengan suami kepada ibu saudara sebelah saya(mak dan ayah). Dan juga adik ipar sendiri. Di sini saya senaraikan bagi yang saya perlu menutup aurat. Adakah semua ini betul?

1. Adik ipar lelaki bagi sebelah saya, adik ipar lelaki sebelah suami

2. Suami bagi ibu saudara sebelah mak dan ayah saya

3. Bapa saudara sendiri sebelah mak dan ayah saya, bapa saudara sebelah suami?

4. Sepupu sudah pasti kan kena menutup aurat? Wajibkah saya menutup aurat kaki, dengan memakai sarung kaki? Saya amat memerlukan penjelasan dari ustaz. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam..

1. Wajib atas perempuan itu menutup aurat dari adik iparnya yang lelaki iaitu adik beradik lelaki bagi suaminya.

2. Wajib menutup aurat dari bapa saudara sabit iaitu suami bagi mak saudaranya.

3. Wajib juga menutup aurat daripada bapa saudara suaminya.

4. Wajib menutup aurat dari sepupunya samada sepupu itu anak lelaki bapa saudaranya atau anak lelaki emak saudaranya.

Jika perempuan tersebut tinggal serumah dengan 4 golongan diatas maka wajib menutup sekelian badannya melainkan muka dan dua pergelangan tangannya. Dan dimaaf jika kelihatan kaki dan kedua lengannya sebab kesukaran menutup kaki dan kedua lengan jika tinggal serumah. Wallahua'lam.

Sumber: Laman web Ustaz Azhar Idrus

Friday, February 06, 2009

Kelas Memandu Pertama

Assalamualaikum..

Saya memang dah rancang nak belajar memandu pada hari ni. Waktu bayar yuran belajar memandu, saya dah tetapkan hari. Akak tu pesan, saya kena datang sebelum pukul 8 pagi

Al-kisahnya, saya bangun awal sikit supaya tak terlambat. Lebih kurang pukul 7.45 pagi, saya bertolak ke tempat yang dijanjikan. Mak saya hanya tinggalkan saya sorang2. Yelah, mak saya perlu bersiap untuk ke tempat kerja pulak.

Tunggu punya tunggu.. saya dah rasa macam tak sedap hati. "Apa kata saya call saja cikgu tu?" Ekcali segan juga nak call cikgu tu. Tapi, demi kebaikan.. saya call la jugak..

Hello, hello

Sekali.. cikgu tu cakap, saya tak boleh belajar pada waktu pagi pulak! Setiap pagi Jumaat, litar digunakan oleh calon ujian JPJ katanya.. Kalau nak belajar, kena ambil waktu petang.

Aduh, penat saja siap awal. Nasib baik mak saya belum sampai ke rumah. Kebetulan nak keluar duit.. jadi sempatlah ambil saya balik. Kalau tak, terkontang kanting saya sorang2 kat TC tu.

Macam mana kalau petang ni hujan ya? Kalau terpaksa belajar memandu dalam hujan, mungkin susah la sikit. Tapi, mungkin juga satu bonus.. ada jugak pengalaman memandu dalam keadaan cuaca yang kurang baik..

Syukur.. pada petang tadi, segala perancangan berjalan lancar. Guess what? Hujan hanya turun selebatnya pada waktu tengah hari. Maka, sewaktu latihan memandu dah tak ada hujan! Tapi, sejuknya sampai ke tulang. Walaupun memakai baju hitam.. kesejukannya masih terasa.

Mula-mula berdebar-debar sangat. Kata orang putih, "i had butterflies in my stomach", sejuk lesi kulit dan daging saya. Tapi bila dah pegang stereng kereta, perasaan tu beransur hilang walaupun mula-mula macam blur je. Rasa macam tak pernah belajar memandu..

Hari ni, saya banyak guna tenaga pusing pusing stereng kereta. Berpeluh-peluh dibuatnya.. sakit tangan teman. Inilah kali pertama saya belajar masuk parking. Waktu latihan teori dan amali, saya tak buat. Tapi, oklah.. tak susah mana. Alhamdulillah, saya pun dah pandai kawal pemecut dan cekam. Jadi, taklah mati enjin dah. Cuma kadang-kadang terlupa nak free gear. Matilah enjin..

Cikgu saya tu pandai mengajar. Cikgu mestilah pandai, haha.. Tapi, bestla. Buat silap tapi tak kena marah. Bertuah badan..ngee.. cikgu tu siap bagi pinjam fail yang tebal buat jadi penyendal pada tempat duduk sebab kaki saya ni pendek sangat. Jadi susah sikit nak tekan clutch sampai habis. Dia cadangkan supaya saya bawa bantal kusyen pada lain hari..

Oleh sebab tertentu, saya perlu cepat belajar memandu. Jadi, bermula pada hari Isnin saya perlu berlatih memandu. Mudah-mudahan cepatlah mahir.. insya-Allah.
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K