Sunday, January 18, 2009

Latihan Teori dan Amali


Assalamualaikum

Hari ni saya baru saja selesai menjalani latihan teori dan amali KPP. Inilah pengalaman pertama saya memandu kereta manual. Sebelum ni saya hanya pernah memandu kereta automatik. Saya memang teringin sangat nak memandu kereta manual, tapi nak buat macam mana.. tak ada kereta manual di rumah!

Setiap orang tentu ada pengalaman tersendiri. Saya hanya nak berkongsi pengalaman saya sendiri.

Kelas teori bermula pada pukul 9 pagi. Lama tak lama juga, 3 jam di dalam kelas tu. Bila dah 2 jam, mula la hati dah bertanya,"bila nak habis ni?" Tapi, tak ada la mengantuk sangat. Penceramah tu akan bagi beberapa soalan supaya setiap calon tak hilang fokus. Selalunya, apa yang saya jawab salah, salah dan salah. Tapi, tak kisah la. Semua orang pun sama saja. Rata-rata jawapan yang diberi salah juga. Kalau dah pandai kenapa datang belajar,bukan?

Selepas makan tengah hari, kelas amali pun bermula. Jantungku berdegup rancak! Rasa teruja sangat nak belajar memandu. Takut pun ada jugak. Tapi, cikgu tu takkan bagi kita terus pandu kereta tu. Mula-mula saya diajar perkara asas memandu. Kemudian, cikgu ajar cara memulakan perjalanan. Dah siap satu pusingan, barulah saya yang memandu. Jadi taklah gubra sangat.

Kalau ditanya pengalaman pertama memandu, jawapannya sangat memeningkan kepala. Nak kena kawal cekam. Inilah masalah besar saya. Kalau kat bukit selalu mati enjin. Tension betul. Ada sekali tu, habis jalan jadi sesak. Pemandu di belakang terpaksa berbaris panjang disebabkan saya. Asyik mati enjin saja bila nak mulakan perjalanan selepas berhenti di atas bukit. "Kawan-kawan, maafkan saya!"

Aduh.. tak tahulah bila saya dapat mengawal cekam dengan baik. Kata cikgu, saya kena jinakkan "kancil" ni. Huhu.. kancil cikgu ni susah betul nak dijinakkan. Syukur saya dapat cikgu yang penyabar. Kalau tak, tak pasal-pasal nangis pulak saya kena marah. Ada jugak yang menangis hari ni. Lelaki pulak tu. Alahai, manjanya..

Apapun, hari ini yang berlalu hanya tinggal sejarah. Saya harap, saya dapat meningkatkan kecekapan dalam pemanduan. Alhamdulillah, hanya seminggu saja proses untuk mendapat lesen L. Genap sebulan saya memiliki lesen L, barulah saya dibenarkan mengambil ujian JPJ.

p/s:Saya sungguh gembira sebab dapat kawan baru tadi. Tak sangka ada juga peserta yang sebaya saya. Gembiranya di hati. Nama pun sama bermula dengan huruf F. Macam ada chemistry saja. Fatin namanya. Fairuz dan Fatin.. boleh la jadi kawan. Ahaa.. teringat pada kucing Cikza, si Tern yang saya beri nama Fatin.=b

2 comments:

Izariza said...

Fatin?? Tern terus terbersin tau KakDe! :)

CIkZa doakan KakDe berjaya dan lulus serta dapat lesen dengan jayanya. Alieya punya credit baru habis .. pdhal semalam baru je top up RM10 ...

Fairuz Ashikin said...

Eh? Yeke.. ciannye Tern!

Mekacih cikza. Insya-Allah, nanti nak mintak tips dari kak yang jugak. Alieya tefon sape sampai cepat habis kredit ye? Mesti call naim atau nazhim.. sbb rasenye naim n nazhim je x buat jd activ10. Tak pun dia call kak yang. Maxis ke celcom mahal sgt.40 sen+ seminit.

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K