Saturday, January 31, 2009

Si Kembar Masuk Tadika

Assalamualaikum

Sekeping gambar itu, menggamit memori silam. Sudah 14 tahun detik itu berlalu. Saat pertama kali saya dan kakak kembar saya menjadi seorang murid tadika. Gambar ini diambil pada tahun 1995.

Itulah pertama kali saya memakai tudung. Memandangkan kami masih kecil, tiada tudung khas yang dibeli untuk kami berdua. Jadi, opah meminjamkan dua helai tudungnya kepada kami. Saya dapat tudung yang labuh. Yang satu lagi, kembar saya yang dapat. Dalam gambar di atas, saya adalah kanak-kanak yang memakai sepasang kurung hijau polka dot itu.

Ketika itu kami baru berumur 6 tahun. Kami belajar di Pasti Ammar Kampung Changkat Larang iatu di kampung sebelah bapa kerana pada waktu itu saya tinggal bersama opah. Saya dibesarkan oleh opah dari umur 4 tahun hingga 6 tahun.

Masih segar dalam ingatan.. padi pagi tu, opah membawa kami berjalan kaki ke tadika. Tadika tu tidak jauh dari rumah opah, kira-kira 150m saja dari rumah. Adik-adik kami yang ketika itu berusia 2 tahun dan 4 tahun terpaksa ditinggalkan di rumah.

Seingat saya.. sebenarnya, kami sedikit terlewat mendaftar. Waktu kami mula masuk kelas, kawan-kawan lain sudah saling mengenali. Pada waktu rehat, mereka sudah dapat bermain bersama-sama. Kami masih berkepit saja. Lama kelamaan, kami dapat menyesuaikan diri bersama kawan-kawan.

Pengalaman belajar di tadika adalah satu kenangan terindah. Pada waktu rehat, kami makan menggunakan satu talam, berkongsi makanan yag disediakan dengan 4 atau 5 orang kawan. Kami bermain bersama. Walaupun hanya di dalam rumah, kami boleh bermain. Kami main kejar kejar..

Syukur kami ada seorang guru yang berdedikasi. Ustazah Safinaz adalah guru yang mengajar saya pada waktu itu. Alhamdulillah, pada umur 6 tahun saya sudah boleh membaca. Sekalung penghargaan buat Ustazah Safinaz.


non-identical twins

Thursday, January 29, 2009

Kampung Girl

Assalamualaikum

Lama sudah saya meninggalkan diari maya ini. Sewaktu di kampung ada juga keinginan untuk update blog. Isinya ada, tapi rasanya tak dapat nak membina ayat. Akhirnya, saya tinggalkan saja laptop dan bermain dengan adik-adik saudara.

Tiba saja di rumah opah, saya melayan kerenah sepupu saya, Danish. Bukan main petah berbicara si Danish ni. Ada saja modal ceritanya. Bolehlah join Macam Macam Aznil atau Tom Tom Bak. Uncle Aznil mesti sukakan Danish ni. Walaupun saya sudah rasa mengantuk, saya cuba bertahan. Kenapa ya? Saya dan kembar saya menanti detik 12.00am untuk meraikan 24 Januari 2009 sebagai ulang tahun kelahiran adik bongsu kami. Happy Birthday my beloved sister!



Danish ke Danisha?

Keesokan harinya, saya dan kembar saya membantu bapa saudara saya, cu membersihkan rumah barunya. Buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke rumah barunya. Dekat saja dengan rumah opah saya. Kini Mak Ngah berjiran dengan Cu.

Achik sekeluarga pulang ke rumah opah. Setelah sekian lama memendam rindu, dapatlah ketemu Alieya dan Irfan. Perkembangan terbaru? Irfan semakin berat. Sedap betul badan Irfan. Sedap untuk didukung, sedap untuk dicium. Mak Yang juga baru pulang dari Cameron Highlands pada hari yang sama. Macam macam buah tangan Mak Yang bawa. Kami kenduri strawberi la hari tu.


Coklat Strawberi


Teh Strawberi

Lewat petang pulak, Kak Nanin dan suami membawa anak kembar mereka, Auni Fatihah dan Aimi Fatihah datang berziarah. Auni sebagai kakak semestinya lebih besar daripada si Aimi, geng saya..ngeh3.



Aimi dan Auni

Pada hari Ahad pula, saya pulang ke kampung sebelah ibu saya di Batu Gajah. Bapa saudara, Ayah Cho buat kenduri doa selamat. Kata orang kenduri naik rumah. Di sana pun ada kanak-kanak yang menceriakan hari saya. Nafisa dan Sabrina!

Setelah selesai kenduri, Kak Yong sekeluarga pula mempelawa saya join mereka berkelah di Kuala Woh. Memikirkan permintaan Alieya supaya balik pada waktu petang, saya terpaksa menolak. Namun, saya berubah fikiran setelah Kak Yong dah siap berbaju T-shirt mengajak saya ke sana. Mujur Kak Yong, Kak Na dan opah meminjamkan pakaian. Kalau tak, tak dapatlah nak ikut.

Setibanya kami di sana, hujan mula turun. Nafisa mula menyanyi sebuah nursery rhymes di dalam kereta, "Rain, rain, go away, come again another day, sebab kakak nak mandi, rain, rain go away" dengan harapan hujan akan berhenti. Sementara menanti hujan reda, kami menikmati sardin sandwich buatan Kak Yong. Sedap sangat! Satu memang tak cukup.

Bila hujan dah berhenti, kami turun ke sungai. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah. Di bahagian tepi sungai airnya panas. Manakala di tengah, sejuk benar airnya. Kak Na sungguh kagum dengan keagungan ciptaan Allah ini. Nafisa dan Sabrina gembira sangat dapat bermain air. Sampai menggeletar berendam di dalam air. Lebih kurang pukul 6 petang kami berangkat pulang.

Pada sebelah malam pulak, kami menyambut hari lahir adik bongsu saya. Agak lewat juga, dalam pukul 10 malam barulah potong kek. Bukan selalu dapat makan kek secret recipe. Selalunya kena tunggu birthday, barulah beli. Ada laksa lagi. Sungguh sedap sekali! Dah lewat pun saya bedal jugak..



Alieya sedang menikmati keenakan laksa. Sebelum tidur, saya dan kembar saya sempat menonton filem 'The Evil Twin". Syok cerita ni. Pelakonnya kiut bangat. Mana tak teruja nak tengok cerita ni? Cerita pasal sepasang kembar. Mereka terjatuh ke dalam sungai. Tapi, salah seorang daripadanya sempat diselamatkan oleh ibu mereka. Yang tak dapat diselamatkan tu, meninggal dunia dan menjadi hantu. Saya bawa Alieya menonton bersama, kena pula satu babak menyikat rambut. Keluar muka hantu kat kepala si kembar. Menjeritlah kami. Alieya.. menangis ketakutan terus dibawa tidur. Danish pula, sibuk nak tukar channel lain. Akhirnya, tinggallah kami berdua menghadap cerita yang agak seram tu.




Pada pagi Isnin pula, Cu pula buat kenduri doa selamat. Sama juga dengan Ayah Cho, kenduri naik rumah. Pada sebelah petang, Achik, Cikza, Alieya dan Irfan keluar sebab Alieya nak ke klinik gigi. Danish pula ke rumah baru. Jadi, sunyilah sikit. Malam tu saya meluangkan masa dengan Alieya, kami main monopoly bersama kakak kembar saya. Achik jadi jadi penjaga bank..huhu. Saya enjoy main, walaupun kalah di tangan kembar saya.

Esoknya, Achik sekeluarga pulang ke Putrajaya. Makyang pun balik sama. Kembar saya juga. Isi ruma makin berkurang. Terasa kesunyiannya. Alieya sedih sangat terpaksa berpisah dengan saya. Tak sangka pula Alieya akan menangis kerana rindukan saya. Sebelum ni tak macam ni.

Sementara Makcu menyiapkan assignment, saya temankan Balqis tidur. Manja sungguh si Balqis. Tidur mesti nak atas pangkuan. Takpun, beriba macam ni.



Menidurkan Balqis

Sehingga hari ini, Alieya masih sedih. Handphone mejadi penghubung kami. Hampir setiap masa sms, sesekali disulami mms atau panggilan telefon atau daripada Alieya. Kerap kali Alieya bertanyakan tarikh saya mengambil ujian amali. Kerap kali juga Alieya bertanyakan tarikh saya datang ke rumahnya. Yang paling membuatkan saya terharu bila Alieya cakap,"Bila saya jumpa Kakde, saya nak peluk Kakde lama-lama"


Alieya yang Kakde rindui

Pesanan khas buat Alieya:

Tarikh:29 Januari 2009

Jam:11.43PM

Dear Alieya,

Kakde nak Alieya ceria selalu macam sebelum ni. Balik sekolah buat latihan dalam buku rampaian. Jangan lupa baca buku Dora the Explorer yang Kakde bagi.. baca buku yang Mak Yong bagi jugak. Ok? Kalau sedih lagi, Alieya main game pukul nyamuk atau Word Search Game kat laptop mama, ya? Kakde gembira sangat dengar suara ceria ala ala manja Alieya sebelum Alieya tidur tadi. Jaga diri baik-baik. Kakde saranghe yo..

Sunday, January 18, 2009

Latihan Teori dan Amali


Assalamualaikum

Hari ni saya baru saja selesai menjalani latihan teori dan amali KPP. Inilah pengalaman pertama saya memandu kereta manual. Sebelum ni saya hanya pernah memandu kereta automatik. Saya memang teringin sangat nak memandu kereta manual, tapi nak buat macam mana.. tak ada kereta manual di rumah!

Setiap orang tentu ada pengalaman tersendiri. Saya hanya nak berkongsi pengalaman saya sendiri.

Kelas teori bermula pada pukul 9 pagi. Lama tak lama juga, 3 jam di dalam kelas tu. Bila dah 2 jam, mula la hati dah bertanya,"bila nak habis ni?" Tapi, tak ada la mengantuk sangat. Penceramah tu akan bagi beberapa soalan supaya setiap calon tak hilang fokus. Selalunya, apa yang saya jawab salah, salah dan salah. Tapi, tak kisah la. Semua orang pun sama saja. Rata-rata jawapan yang diberi salah juga. Kalau dah pandai kenapa datang belajar,bukan?

Selepas makan tengah hari, kelas amali pun bermula. Jantungku berdegup rancak! Rasa teruja sangat nak belajar memandu. Takut pun ada jugak. Tapi, cikgu tu takkan bagi kita terus pandu kereta tu. Mula-mula saya diajar perkara asas memandu. Kemudian, cikgu ajar cara memulakan perjalanan. Dah siap satu pusingan, barulah saya yang memandu. Jadi taklah gubra sangat.

Kalau ditanya pengalaman pertama memandu, jawapannya sangat memeningkan kepala. Nak kena kawal cekam. Inilah masalah besar saya. Kalau kat bukit selalu mati enjin. Tension betul. Ada sekali tu, habis jalan jadi sesak. Pemandu di belakang terpaksa berbaris panjang disebabkan saya. Asyik mati enjin saja bila nak mulakan perjalanan selepas berhenti di atas bukit. "Kawan-kawan, maafkan saya!"

Aduh.. tak tahulah bila saya dapat mengawal cekam dengan baik. Kata cikgu, saya kena jinakkan "kancil" ni. Huhu.. kancil cikgu ni susah betul nak dijinakkan. Syukur saya dapat cikgu yang penyabar. Kalau tak, tak pasal-pasal nangis pulak saya kena marah. Ada jugak yang menangis hari ni. Lelaki pulak tu. Alahai, manjanya..

Apapun, hari ini yang berlalu hanya tinggal sejarah. Saya harap, saya dapat meningkatkan kecekapan dalam pemanduan. Alhamdulillah, hanya seminggu saja proses untuk mendapat lesen L. Genap sebulan saya memiliki lesen L, barulah saya dibenarkan mengambil ujian JPJ.

p/s:Saya sungguh gembira sebab dapat kawan baru tadi. Tak sangka ada juga peserta yang sebaya saya. Gembiranya di hati. Nama pun sama bermula dengan huruf F. Macam ada chemistry saja. Fatin namanya. Fairuz dan Fatin.. boleh la jadi kawan. Ahaa.. teringat pada kucing Cikza, si Tern yang saya beri nama Fatin.=b

Thursday, January 15, 2009

Pelan UOX/SOX


UOX


Kadar Rata

Assalamualaikum..

Pelan UOX.. Sebenarnya, sudah lama saya berhasrat nak masukkan entri tentang ni. Tapi, saya tak punya kesempatan sebab nak menghadapi peperiksaan. Bila cuti pula saya sibuk dengan urusan keluarga.

Saya mula pakai pelan ni pada tahun 2008. Kira-kira dah 3 bulan lebih saya bersama Celcom. Ni pun atas pengaruh kakak kembar saya. Dia dah mula pakai dari permulaan promosi pelan ni. Pada waktu tu, promosi ni hanya di universiti dan kolej. Saya yang hanya pelajar sekolah tak dapatlah daftar. Sampai satu masa, pelan ni boleh didapati di Celcom Centre. Agak sukar untuk saya berhubung dengan kembar saya. Yelah, kalau membuat panggilan dari talian Maxis ke talian Celcom kan mahal? Cepatlah habis kredit saya masa tu..

Pada penghujung bulan September 2008, kawan-kawan saya di sekolah ada ajak saya ke Celcom Center untuk mendaftar. Tapi, saya tak dapat ikut. Bila Mira, Najah, Farihan dan Yana dah ada no Celcom, saya tak sabar nak mendaftar. Akhirnya, pada 7 Oktober 2008 saya mula memiliki pelan UOX.

Pada saya, pelan ni memang menjimatkan. Saya boleh call sesiapa saja kalau ada urusan penting. Kalau tambah nilai sebanyak RM15 pun boleh tahan sebulan.

Apa yang dah jadi pada no Maxis? Ooo..Saya masih menggunakannya. Mak saya pakai maxis, kalau nak call no Celcom tentu sekali kredit mak saya akan cepat habis. Jadi, saya kena aktifkan kedua-duanya sekali. Untuk mengelakkan no maxis daripada luput, saya menukarkannya kepada pelan 360. Siapa kata membazir? Kali terakhir saya hanya menambah nilai sebanyak RM30 dan dah 3 bulan saya tak menambah nilai tapi masih boleh menggunakannya.

Sekarang dah ada handphone yang ada 2 slot kadsim. Kawan saya, Yana tak jemu-jemu mempromosikan kepada saya. Sayangnya saya dah beli handphone baru. Baru 2 bulan lebih pakai, sayanglah nak tukar yang lain.

Bagi sesiapa yang belum berumur 25 tahun, rebutlah peluang ini. Nanti dah berumur 25 tahun jangan rasa menyesal sebab tak cuba. Jadilah pengguna yang bijak..=)

Mari layari laman web:

UOX
SOX

Wednesday, January 14, 2009

Ujian Undang-Undang Jalan Raya

Assalamualaikum

Pada pagi ni saya ada satu berita baik. Alhamdulillah, saya LULUS Ujian Undang-undang Jalan Raya, bermakna saya kini maju selangkah untuk memiliki lesen memandu.

Seboleh-bolehnya saya nak cepat selesaikan semua urusan. Alieya di Putrajaya sedang menanti kunjungan saya ke rumahnya. Jadi, saya tak boleh melengahkan masa. Pendek kata, Alieya la semangat saya. Kalau ikutkan, saya terlalu gementar nak belajar memandu. Tapi, bila teringat pada Alieya, ketakutan lenyap begitu saja.

Walaupun dalam keadaan demam selesema, saya gagahkan diri untuk menghadiri ceramah KPP pada hari Ahad, 11 Januari 2009. Tak sihat pun tak mengapalah. Asalkan saya dah jimatkan masa. Kalau saya tangguhkan, entah bila nak habis..

Mengikut perancangan asal, hari ni saya perlu menjalani ujian undang-undang. Jadi, semalam saya habiskan masa menelaah buku panduan dan buat latihan. Hmm.. bagi sesiapa yang nak ambil ujian undang-undang, jangan terlalu yakin boleh buat. Kalau tak buat latihan, jangan fikir boleh lulus. Ada kalanya, tak boleh fikir logik. Mesti sentuh semua soalan.

Latihan teori dan amali menanti saya. Saya harap saya akan dapat manfaatkan kursus yang saya hadiri kelak. Ayah, Fairuz tak mahu sia-siakan wang ayah. Ummi, Kak De akan buat yang terbaik. "everything i do- i do it for you"

Sunday, January 11, 2009

Suatu Kepulangan

Assalamualaikum..

Seronok rasanya dapat bertemu Ummi tersayang. Saya baru saja pulang petang semalam. Adik bongsu saya pula nak beli buku. Saya dan adik pergi ke Jusco. Waktu jalan-jalan kat sana, rasa pelik sangat. Yelah, sebelum ni 3 minggu kat Putrajaya.. jalan-jalan kat Alamanda, Midvalley, Sogo n KLCC.. bila jalan-jalan kat shopping complex kat Ipoh suasananya tentulah berbeza.

Balik saja ke rumah, rasanya dah tak dapat tahan lagi. Demam ni rasanya makin kuat. "Saya selesema cikgu".. haha. Serius juga demam ni. Malam tu juga, pergilah saya, mak dan adik ke klinik. Alhamdulillah, saya dapat ubat untuk mengurangkan sakit. Tapi, rakyat Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel?

Pagi ni pula, ada agenda penting dalam diari saya. Aduhai, dalam sakit macam ni pun kenalah pergi ceramah. Kalau nak tangguhkan, rugi pulak. Jadi, saya teruskan juga. Berkali-kali juga saya bersin. Maafkan saya, sesungguhnya saya tak bersalah. Yang penting, saya bukan seorang yang buta warna.. saya perlu bersedia untuk ujian yang seterusnya. Doakan saya berjaya..



Alieya, Kakde amat merinduimu


Fanfan juga begitu

Friday, January 09, 2009

Semangat Cintakan Saudara

Assalamualaikum..

Kali ni banyak pula entri yang saya masukkan ke dalam blog saya.. Oleh sebab saya dah terjumpa satu entri tentang boikot barangan Israel waktu bersiar-siar di laman blog orang.. saya masukkanlah kat dalam blog saya.









Hmm..banyak juga yang saya kena tukar lepas ni.Selamat tinggal Maggi, McD, Johnson and Johnson (Kena la tukar yang lain.Pureen ke? Wangi jugak kan?) KitKat kegemaran saya pun dah tak boleh beli lagi. Cadbury kan ada? Huhu..Nokia? Yang dah ada ni pakai je la.. Huggies pun tak boleh beli.. nampaknya Irfan kena la tukar lampin jenama lain ye Cikza? Nasib baik saya bukan seorang kaki shopping. Kalau tak lagi terseksa nak pakai barangan berjenama seperti di atas.

P/s:Buatlah pilihan yang bijak.. tanya pada diri, sanggupkah kita membeli barangan yang tersenarai di atas sedangkan saudara kita di sana menderita tanpa bekalan makanan, pakaian dan tempat tinggal?

Rindu Tahap Maksimum

Assalamualaikum..


Salam pembuka bicara..

Hari ini masuk hari ketiga Achik sekeluarga ke Bandung.. dan saya sangat bosan tinggal di rumah. Malah lebih bosan dari semalam. Apa yang saya boleh buat di kala bersendirian di rumah? Kalau tak mengakses internet, menonton tv dan membereskan kerja rumah sikit.

Pada masa lapang macam nilah seronok kalau dapat chatting di YM.. malangnya, setiap hari hanya 3 orang yang online. Kelmarin saya menerima gambar daripada seorang abang saudara saya. Gambar anak-anak buah kesayangan saya, Nafisa dan Sabrina.. mana mungkin saya lepaskan peluang untuk menatap gambar-gambar terkini mereka. Namun, semakin ditatap semakin rindu pada mereka. Aduh, macam mana ni? Saya cuba mencari penawar rindu.. ahaa.. yang ada cuma rakaman suara Nafisa dan Sabrina.

Semalam, saya ada cuba menelefon ibu kepada Nafisa dengan harapan dapatlah mendengar suara manja dan comel Nafisa.. tak berjawab, tapi syukur ibunya call saya kembali. Dapatlah berbual sikit dengan Nafisa dan Sabrina.. alahai, comelnya suara! Nafisa dah masuk tadika rupanya.. mudah-mudahan makin bijaklah Nafisa.

Yang paling melucukan, pada pukul 11.40am saya ada chat dengan seorang teman, Assyakirah yang kini melanjutkan pelajaran di Kaherah.. baru nak chat, sekali dia beritahu di sana baru azan subuh dan nak mintak diri untuk solat. Saya betul-betul tak perasan perbezaan masa antara dua negara ini. Malah tak teringat yang dia sekarang berada di luar negara.. pinjam dialog Nafisa sikit, "Apalah adik ni!" Huhu.. mungkin pada masa tu dah tak fikir apa dah, sebab seronok ada juga kawan yang chat dengan saya..haha..

Dan.. saya makin rindu pada Irfan Hakim dan kakaknya Pinky Alieya. Rindu pada senyuman manis murah rezeki Irfan.. gelak ketawanya yang mencuit hati juga merindui keletah Alieya serta rajuknya pada saya.. sesungguhnya Kakde menyayangi Alieya..

Ummi dan ayah saya? Jangan tak percaya, mereka lebih merindui saya di sini. Dah sebulan lebih saya tak ada di rumah. Jarang dapat berjumpa saya.. paling terharu, buat pertama kalinya ayah mengatakan ayah merindui saya.. Kakde juga merindui Ummi dan Ayah.. insya-Allah, Kakde akan balik minggu ni jugak..

Malam dah makin larut.. dah pukul 1am pun. Kerja-kerja memindahkan dokumen ke dalam pendrive juga sudah siap. Alhamdulillah, berjaya memuatkan folder daripada laptop Cikza. Jenuh juga saya memadam isi kandungan di dalam pendrive yang tak berapa penting. Soalnya, pendrive 2GB tak cukup nak isi video banyak-banyak. Nampaknya kenal la beli pendrive baru. Hmm.. Saya kira Roti John yang saya makan 3 jam lalu sudah hadam walaupun tak sepenuhnya.. hik3. Jadi, izinkan saya berangkat ke kamar dulu. Take care everybody!





Nafisa, Sabrina dan Pak Andak
di Cameron Highlands

Wednesday, January 07, 2009

Bila Kemanusiaan di Penghujung Kewarasan


Izinkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar
Engkau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?
Penganiayaan sesuatu bangsa terhadap satu bangsa yang lain
Apabila kemanusiaan di penghujung kewarasan


Meringkuk tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru
Yang tak bermata

Berkawad lasykar angkuh
Di balik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun di hatinya

Dunia bagai pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar beraja
Oh mengapa?

Khan Younis Nazareth Gaza Jenin Nablus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari lasykar angkuh ini terus mengganas mencari mangsanya
Kanak-kanak atau orang tua tidak mengapa pada mereka sama sahaja

Mengalir darah merah
Di atas bumi suci anbia
Laungan intifadha
Bergema membakar semangat
Perjuangannya

Dunia bagai pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar beraja
Oh mengapa?



Sampai bila?Sampai bila penindasan dan kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi anbia ini akan teus menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila rakyatnya akan terus terkapai-kapai mencari keadilan
dan kebebasan. Aku sendiri menanti jawabnya..


Saya sangat tersentuh bila mendengar alunan suara Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu ini. Tambahan pula tadi saya melawat laman web testi.iluvislam.com. Berat mata memandang, namun berat lagi bahu yang memikul. Marilah sama-sama kita doakan keselamatan saudara seagama kita di sana.



Selamatkanlah mereka Ya Allah


MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-
kanak perempuan yang hanya nampak
kepala ditemui di bawah runtuhan rumah-
nya yang musnah akibat serangan tentera
Zionis di Gaza, semalam.



 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K