Saturday, November 29, 2008

Bertemu Buah Hati



Kali kedua sy update blog sy..kebetulan sy baru saja pulang dari rumah kakak saudara di Selangor bersama mak,mak saudara dan sepupu sy..

Memang kelam kabut nak ke sana.Mak sy ambil sy di sekolah pd pukul 5.30pm terus bertolak ke rumah opah..kasut pulak terlupa nak bawa,singgah ke kedai..amoi tu pulak jenuh mencari kasut yg sy nak..sabar je la.Sampai je di rumah opah,makan,bersolat dan bersiap..lebih kurang pukul 8pm kami bertolak.3 jam jugak la kami perjalanan ke rumah kakak saudara.Dalam kepekatan malam tu nyaris tak terlanggar anak kerbau and the gang yg sedang melintas di atas jalan..Nasib baik la mak sy tak memandu dengan laju..sempat nak elak.Tiba saja di rumah,kami menikmati kelazatan masakan kakak saudara.Terima kasih Kak Yong!

Sayang sekali kami agak terlewat.Buah hati sy,si Nafisa pun sudah tidur..comel je dia tidur.Cuma si adik saja yang masih belum tidur.Adik cute sangat malam tu.Masakan tidak,ummi dia pakaikan baju kelawar kaler hijau..dah la kecik,umur pun belum mencecah 2 tahun.Aduh..makde geram sangat kat adik!

Bila Nafisa bangun tidur,barulah sy dapat bermain dengan Nafisa yg kini dipanggil "kakak".Kakak sekarang sangat petah bercakap,bijak,cepat belajar.

Kalau dapat jumpa Nafisa saja,sy memang seronok.Tambahan pulak dia nak ikut kami ke KL pd pagi tu.Sy mandikan Nafisa.Sengaja sy pakaikan dia skirt supaya kelihatan sedondon dengan sy..cuma bezanya,skirt Nafisa seksi sikit drpd sy.Huhu..

Lepas sarapan,kami bertolak..destinasi,Bank Negara.Kami menaiki komuter.Sy duduk dengan Nafisa.Di sepanjang perjalanan tu,Nafisa tak henti-henti bercakap.Ada saja cerita dia..Pakcik yang duduk kat depan kami tengok je anak buah sy yang sorang ni.Dia ada cakap,"kakak lapar".Sy tanya,"kenapa kakak tak makan waktu Makde makan tadi?".Nafisa jawab,"Makde tak ajak kakak makan tadi".Aduh,sy fikir dia tak nak makan kat rumah.Dia tak cakap pun kalau dia lapar.Tambahan pulak,sy pun makan dgn tergesa-gesa sbb dah lewat.Tu la..seronok sangat melayan kakak bercerita kat rumah.Tak ingat masa dah.

Akhirnya,kami sampai ke destinasi.Setelah selesai urusan,Nafisa cakap,"Ummi,kakak lapar dan haga".Nafisa memang ada bahasa dia sendiri.'Haga' untuk dahaga.'Hantuk' untuk mengantuk.Jadi,kami pergi ke KFC untuk cas tenaga yg digunakan semasa berjalan..Nafisa,apalagi..amik Happy Meal.Dapat jam tangan Mr Crab.Suka benar dia..asyik tunjuk je jam dia.Yang kelakarnya,jam dia dah pukul 3.30pm walhal pd waktu tu,baru pukul 12pm.

Selesai makan,kami terus berjalan..kami pergi ke Mydin.Sy tak beli apa-apa,cuma menunggu mak dan kakak saudara sy saja.Agak bosan kat situ,jd sy bawa Nafisa ke bahagian buku,VCD..berkenan pula tengok VCD Ayat Ayat Cinta.Hmm..bila dah selesai,kami keluar.

Kami terus berjalan dan berjalan.Singgah pula di kedai kerongsang.Sebenarnya,sy memang tak minat barang-barang sebegitu.Mak sy dan kakak saudara saja yg memilih-milih.Nafisa main kira-kira kerongsang pulak..sy?Ikut Nafisa je lah.Huhu..

Kemudian,Nafisa pulak 'haga'.Jadi,kami singgah beli air.Air mineral saja yang terbaik kat situ.Dia masam je dapat air mineral..huhu.Kami dah letih sangat,lagipun sy dan mak kena balik rumah pd hari yg sama.Jadi,tak dapat la lama-lama di sana.Sampai di Bank Negara,kami rehat dulu.Nafisa minum..dan..berkata,"kakak dah tak 'haga'..cute je dia cakap macam tu.

Kami kembali menaiki komuter..yg bestnya,orang tak ramai.Jadi tak perlu bersesak-sesak.Seram kalau komuter penuh sangat.Macam biasa,Nafisa terus bersembang dengan sy.Tanya itu,tanya ini..Kalau ada suara operator saja,dia mesti tanya,"Makde kecik,dia cakap ape?".."Dah sampai Kepong,Kepong Sentral dan seterusnya"..tu je la yg sy boleh jawab.Tapi,Nafisa faham ke?Huhu..

Nafisa tak henti-henti mintak sy tengokkan jam dia.Rasanya lebih dari sepuluh kali.Tak kisah la..yang penting sy rasa hepi sangat dapat jalan-jalan dengan dia.Tapi,sy dapat rasakan Nafisa memang kuat berjalan.Dia tak pernah merengek,menangis walaupun perjalanan jauh dan terpaksa berpanas.Jalan pun cepat je..sy rasa,waktu umur sy 4 tahun macam Nafisa,sy tak sekuat dia.Memang senang la bawak Nafisa.

Kakak tanya,"Makde kecik 'hantuk' tak?"..pandai je dia tanya.Rupa-rupanya,dia pun dah mengantuk.Tapi,sy tak bagi dia tidur sbb risau pula kalau dia betul2 terlena.Jenuh la nak berdukung.Dia pun dah berat..lagipun destinasi pun dah dekat.

Akhirnya,sampai di rumah.Letih sangat..dehidrasi lagi.Sudahnya,bergelas-gelas air sy minum.Lega rasanya.Balik rumah pulak,main dengan si adik.Adik ni tak sama macam Nafisa.Dia garang sikit.Susah nak tengok dia senyum.Tapi,kalau dia senyum..Manis sangat..kena pandai ambil hati dia.Kalau tak,dia tak nak je kat kita..

Petang tu,sy main dengan adik puas-puas.Tak terkata seronoknya bila adik senyum dan menjerit keriangan.Paling best,dia tarik tangan sy mintak sy mandikan dia.Adik ni suka sangat air..sy dah siap mandikan dia,adik nangis pulak sebab sy nak bawak dia keluar dari bilik air.Pastu,Nafisa pulak nak mintak sy mandikan,"Makde Kecik,kakak pulak..kakak belum mandi lagi".Tak kisah la basah sikit.Yang penting,enjoy luangkan masa dengan anak-anak buah sy ni.Yelah,nama pun buah hati..

Sebelum bertolak,kami sempat menonton High School Musical 2.Apalagi,seronok la anak-anak buah sy.Kakak dah mula menari.Ditariknya tangan sy untuk menari sama.Adik pun jeles la..dia pun nak menari sama.Sampai tonggeng-tonggeng badan dia.Bila sakit,nangis..kelakar si adik ni.

Kira-kira pukul 8 malam,kami mulakan perjalanan.Malam tu hujan pulak..alhamdulillah,kami selamat sampai.Paling sy tak lupa,Perodua Kembara mak sy yg kami naiki dikejar anjing.Anjing tu marah tak tentu pasal..bila dah sampai di rumah opah,kami ceritakan insiden tu kpd ayah saudara sy.Ayah saudara sy sempat bergurau,"elok bila dia kejar tu,brek mengejut biar dia langgar belakang kereta".Hahaha..pergi Selangor jumpa kerbau,pulang dikejar anjing.

Walaupun penat,sy sangat bahagia.Alhamdulillah..syukur. Terima kasih keluargaku..

p/s:Gambar di atas adalah gambar adik.Adik tetap cute walaupun dilihat dari pandangan belakang.Gambar Nafisa?Carilah di myspace sy..=b
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K