Sunday, October 05, 2008

Saya?

Assalamualaikum

...saya adalah seorang SUFI kerana saya memahami asas kebaikan ialah qalb yang salim...saya seorang PELAKON yang menjadi salah seorang watak dalam mencipta sejarah kegemilangan islam yang kedua...saya adalah seorang PENGHIBUR yang menghiburkan hati-hati manusia dengan hiburan mendidik jiwa - zikrullah...saya seorang DOKTOR yang merawat bapa segala penyakit - hati...saya seorang GURU yang turut menghormati makhluk lain sebagai guru saya...saya adalah seorang SAINTIS yang memahami bahawa salah satu faktor kejatuhan khilafah islamiah adalah disebabkan pengabaian erti ilmu sains yang sebenar dalam kehidupan...saya adalah seorang SEJARAWAN yang mengambil seerah nabawiyah sebagai sejarah agung yang perlu direnungi dan diaplikasi...saya adalah seorang SENIMAN yang menjadikan dakwah sebagai seni terhebat agar ianya tidak kering...saya seorang SASTERAWAN yang rindukan syair dan puisi kegemilangan islam disebarkan...saya adalah seorang PENCINTA yang mencintai allah melebihi segalanya di samping melimpahkan kasih sayangku kepada semua makhluk...saya adalah seorang SAHABAT yang menggunakan aqidah sebagai ikatan simpulan dalam persahabatan...saya seorang PEMIKIR yang memikirkan masalah ummat lebih dari masalah saya sendiri...saya seorang WANITA yang mempunyai ciri-ciri keimanan, keikhlasan, semangat, dan amal...saya seorang DAI'E yang hanya menyeru manusia supaya berpaling pada Allah tanpa menghukum...saya adalah seorang MAD'U yang sentiasa ingin belajar daripada makhluk lain...saya adalah seorang PEMBUAT MAKSIAT yang sentiasa merenungi segala kesalahanku dan menginsafinya...saya seorang HAMBA yang solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana allah...saya seorang PEJUANG yang pengakhirannya pasti menang sebagai mujaheedah atau mati sebagai syaheed...saya seorang KHALIFAH yang bakal meruntuhkan sebesar-besar kezaliman iaitu kepimpinan non-islam...saya SAUDARA anda...inilah saya, anda siapa?..
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K