Tuesday, December 30, 2008

UNTUKMU SAHABAT

SAHABATKU


Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan..
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat Al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...

Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku,
Ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku,
Jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku,
Relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku,
Jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu,
senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu."

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."

Thursday, December 18, 2008

Sepi Seorang Perindu


Salam Tahun Baru buat teman-teman yang sentiasa sudi meluangkan masa mengunjungi blog saya..

Pejam celik pejam celik, sekarang dah pun masuk tahun 2009. Umur pun semakin bertambah.Macam tak percaya, umur saya dah mencecah 20 tahun! Semoga hari-hari yang mendatang membawa sinar baru dalam hidup saya.

Saya masih lagi bercuti. Masih lagi di Putrajaya yang indah permai. Achik, Cikza, Alieya dan Irfan baru saja berangkat ke Bandung. Perasaan saya sudah bercampur baur.. bosan.. rindu.. sunyi.. takut pun ada.. masakan tidak, tinggal berseorangan di dalam rumah selama berjam-jam.. tiada kedengaran suara manja Alieya, tiada suara macho Fanfan Gumagumi. Mak Yang pula balik rumah pada pukul 12pm lebih, tu pun sekejap saja.. nak sidai kain pun kena tunggu Mak Yang balik..

BTW,nasib baik ada Fatin menemani saya.. tapi, ada Fatin pun tidur saja.. dia frust sebab tak dapat keluar rumah. "I'm sorry Fatin.. Kakde tak boleh bagi Fatin keluar.. Fatin kena temankan Kakde kat rumah ok.."

Melawan kesepian..

Cara-caranya..

Buka myspace, banyak juga friend request, tapi maaf sebab tak semua orang saya accept.. satu ketika dulu memang saya approve semua orang, tapi sekarang tidak lagi atas sebab keselamatan. Saya hanya add keluarga atau kenalan yang tertentu saja. Yang paling kelakar, saya baru saja buatkan myspace untuk Fatin..haha.. bolehlah add Fatin kalau sudi.

Check e-mel, sedang menanti e-mel yang menarik daripada rakan-rakan, hairan kenapa masih belum terima e-mel yang best ya? Cuma Kak Na saja yang menghantar e-mel..

Hmm..dah ada masa senggang ni, dapatlah saya update blog ni. Semoga terhibur dengan isi blog saya yang tak seberapa ni..

Pesanan buatmu:

"RINDUNYA KAKDE PADAMU ALIEYA DAN FANFAN!


Fatin aka Tern


Irfan aka Fanfan Gumagumi


Pinky Alieya

Wednesday, December 17, 2008

Percutian Indah

Assalamualaikum

Saya kira sudah lama saya tak update blog ni..mana tak nya..asyik tak lekat kat rumah saja. Sejak habis exam pada 3 Dis, saya sempat duduk di rumah selama sehari saja. Hari jumaat pula saya dah balik kampung.Ada la dalam 4 hari..lepas Hari Raya Aidiladha,saya dapat balik ke rumah. Tapi hanya untuk satu malam saja..pada keesokan harinya, saya ikut kembar saya datang ke rumah ayah saudara di Putrajaya.

Saya dan Eca (kembar saya) bertolak dari Ipoh dengan ayah saudara saya, Chu. Dah sampai PJ, kami menaiki komuter..kami kehujanan petang tu. Nak buat macam mana, dah nasib badan. Sampai saja di KL Sentral, kami menaiki ERL ke Putrajaya. First time saya naik ERL..huhu. Achik ambil kami di stesen ERL.

Sampai saja di rumah, kami dihidangkan dengan resipi istimewa ibu saudara saya, Roti Origano..betul ke camni ejaan dia Cikza?Huhu..yang penting rasanya sangat enak..saya makan banyak time tu. Tambahan lagi waktu tu sejuk, lagi la kembang perut saya..hahaha..

Memang seronok dapat luangkan masa dengan sepupu-sepupu saya yang cantik-cantik comel lote. Ada Alieya, Aqilah dan Nadhirah. First time saya dapat beramah mesra dengan anak teruna achik yang encem tu..huhu. Muhammad Irfan Hakim..sebelum ni dapat jumpa sekali saja.Tu pun sekejap..kali ni saya dapat main dengan Irfan puas-puas.

Ada lagi Si Comel kat rumah achik, Kitten yang kiut. Manja sangat! Bulu dia bersih dan cantik. Persis Kuza, kucing yang pernah saya bela dulu. Pandai berposing pulak tu..pendek kata saya dah tertarik habis la kat dia..huhuhu.

Rombongan kedua tiba lewat sikit..seingat saya lebih kurang pukul 9pm.Opah, Mak Yang, adik bongsu saya dan abang saudara bertolak lewat sikit.

Hari Rabu pula, saya dan Eca temankan Nadhirah ke Karangkraf..dia ada projek SEM (untuk student MRSM) Oleh sebab dia ambil masa yang lama kat sana, saya dan Eca berjalan-jalan di Alam Sentral dan Plaza PKNS. Jumpa kawan Eca, Zulaiqa..terima kasih Zu sebab belanja Fairuz makan ais krim..yummi!

..dan kami medapat satu berita gembira, anak kedua Chu lahir. Puteri sulung Chu diberi nama Balqis. Tapi, nama penuh tak confirm lagi sebab banyak cadangan. Makyang nak bagi Nur Sofea Balqis. Kami kakak-kakak saudara Balqis sebulat suara nak bagi nama Nur El-Dania Balqis sebab putera sulung Chu bernama Muhammad El-Danish. Chu pula berkenan dengan nama Nur Aufa Balqis. Apalah nama penuh kamu ya Balqis? Huhu..

Esoknya,saya keluar dengan family ke Alamanda..saya, Eca, Kiki, Nadhirah, Aqilah dan Alieya. Semuanya girls sebab Irfan masih kecil, tak dapat la ikut kami..Mak Yang belanja kami tengok wayang. Filem pilihan kami, CICAKMAN! Kami ni kira bernasib baik sangat la..hanya tinggal 6 tiket terakhir. Dapat pula tempat duduk 4 dari belakang..tapi, saya rasa filem Cicakman yang pertama lagi best. Yang ni bestnya sebab ada babak-babak yang melucukan. Dah abis, kami makan-makan jap kat MacDonalds..Achik belanja pula..Terima Kasih Achik!

Hari Jumaat pula, kami menziarahi orang baru. Dapat la jumpa adik saudara baru. Lebat rambut Balqis. Jari jemari milik Balqis nampak panjang. Keluarga saya meramal yang Balqis ni bakal jadi seorang yang tinggi.

Seterusnya, kami bertolak ke Terengganu pada sebelah malam. Ada kenduri aqiqah untuk Irfan..comel sangat Irfan pakai baju Melayu..kecil comel saja. Tapi, saya tak sempat tengok rambut Irfan kena potong sebab ada hal sikit kat dalam bilik. Rasa kelakar juga..dah datang tapi tak dapat tengok. Saya dapat tengok kat dalam gambar saja.

Pastu, Achik belanja kami makan satar ikan. Sedaaaap! Apalagi, dah sedap makan banyak la saya. Pulut panggang pun ada, tapi pulut yang berintikan ikan lah..huhu. Macam sushi tapi sushi buatan Malaysia. Dah kenyang kami balik, tapi kami singgah dulu di kedai untuk beli keropok dan macam-macam lagi.

Kami balik keesokan harinya. Tapi, awal sangat dah kena bangun..dalam pukul 6.30am kami bertolak. Destinasi seterusnya, rumah Makde. Saya dapat la berehat sebentar bersama Kit Kat pas penat duduk berjam-jam kat dalam kereta.Tapi, memang ada Kit Kat time tu..huhu.Ais krim ada..pendek kata, Macam Macam Ada! Petang pulak,pergi rumah Makyong kat Shah Alam..malam baru balik. Ngantuk beno dah saya.

Akhirnya, hari Isnin baru dapat pulang ke kampung halaman.

Selasa baru dapat balik ke rumah yang tercinta..rindu serindu rindunya. Ni baru seminggu takde kat rumah..kalau lagi lama tak tahulah.

Hari ni saya pergi Ke Kuala Kangsar untuk ambil sijil SPM.

Akhirnya..

Saya mengaku..

Saya letih sangat!


Muhammad Irfan Hakim


Danish dan Irfan

Friday, December 05, 2008

Cuti Cuti Malaysia

Assalamualaikum..

Bertemu kita kembali di medan curahan isi minda..Hmm..sekarang sy dah mula cuti.Apa yang sy rasa?Sudah tentu bebas..aman dan damai.Tiada lagi kata-kata ayah,"Fairuz,berapa jam kamu study nye?..".Kalau mak sy pula,"Kakak,bila nak study?"Papepun,alhamdulillah,mereka sangat mengambil berat terhadap "anak bonus" mereka ni.=b

Bila dah cuti ni,banyak undangan sy terima..tapi,bukan undangan menyanyi,bukan berlakon dan seumpamanya.Undangan yg sy maksudkan ialah menjadi teman tapi mesra..eh..eh?Pulak dah?

Ops..sori,kepala sy x berapa nak betul sebab tertekan lama sangat exam.Layan je la..

Kalau lama sangat sy x balas email,mesej dan komen ect.,tu tandanya sy tak ada di rumah la.Opah sebelah mak dah ajak tidur di rumahnya,kembar sy pula dah ajak tidur di rumah opah sebelah ayah..kakak saudara sy juga dah ajak datang ke rumah barunya..insya-Allah,sy akan memenuhi undangan kalian.Sayang mereka ketat-ketat..huhu!Pelik betul ayat ni..

Apalah aktiviti bermanfaat pada waktu cuti ni ya?Kira paling basic,jadi PA kepada mak sy la..kemas kemas rumah..main masak masak..nak jugak pergi kelas menjahit,ni dah sy plan dengan Hanisah.Cadangnya,nak pergi sama-sama.Ada geng barula best!

Em..yang paling penting,tentulah belajar memandu. Sebenarnya,sy boleh memandu,tapi kereta automatik je.Tu pun memandu di dalam kawasan pagar rumah sajalah.Ayah sy dah banyak kali suruh ambil lesen.."Fairuz,pergi ambil lesen kereta..pasni boleh la hantar kopi"..huhu.Ni lah nasib anak penjual kopi.Sy tak boleh lupa satu insiden sewaktu mengikut ayah menjual kopi di sebuah restoran di Tapah.Ni pun kembar sy yang cerita sebab sy tak perasan ada orang bercakap tentang kami."Sape budak tu?",kata seorang pekerja di restoran tu.Kawannya menjawab,"Anak orang jual kopi".Agak lucu bagi sy..1st time dipanggil anak penjual kopi.

Ada iklan sikit..kalau berminat dengan barangan HPA,jangan segan-segan hubungi sy.Tapi,ayah sy tak hantar ke luar Perak kecuali Pulau Pinang sebab sekarang ayah sy bekerja di sana.

Kerja?Bukan tak minat..mungkin kerja sebagai cikgu tadika,tak pun pengasuh kanak-kanak.Tapi,tak tau lah ada peluang ke tidak..

Penat pulak berceloteh panjang..oklah,izinkan sy pergi dulu.Mereka di kampung sedang menanti kepulangan sy.Nafisa,adik,Kak Na,Opah..sabar ya.Ku akan sampai sebentar lagi.Wassalam..

Salam Aidiladha drpd sy..

Saturday, November 29, 2008

Bertemu Buah Hati



Kali kedua sy update blog sy..kebetulan sy baru saja pulang dari rumah kakak saudara di Selangor bersama mak,mak saudara dan sepupu sy..

Memang kelam kabut nak ke sana.Mak sy ambil sy di sekolah pd pukul 5.30pm terus bertolak ke rumah opah..kasut pulak terlupa nak bawa,singgah ke kedai..amoi tu pulak jenuh mencari kasut yg sy nak..sabar je la.Sampai je di rumah opah,makan,bersolat dan bersiap..lebih kurang pukul 8pm kami bertolak.3 jam jugak la kami perjalanan ke rumah kakak saudara.Dalam kepekatan malam tu nyaris tak terlanggar anak kerbau and the gang yg sedang melintas di atas jalan..Nasib baik la mak sy tak memandu dengan laju..sempat nak elak.Tiba saja di rumah,kami menikmati kelazatan masakan kakak saudara.Terima kasih Kak Yong!

Sayang sekali kami agak terlewat.Buah hati sy,si Nafisa pun sudah tidur..comel je dia tidur.Cuma si adik saja yang masih belum tidur.Adik cute sangat malam tu.Masakan tidak,ummi dia pakaikan baju kelawar kaler hijau..dah la kecik,umur pun belum mencecah 2 tahun.Aduh..makde geram sangat kat adik!

Bila Nafisa bangun tidur,barulah sy dapat bermain dengan Nafisa yg kini dipanggil "kakak".Kakak sekarang sangat petah bercakap,bijak,cepat belajar.

Kalau dapat jumpa Nafisa saja,sy memang seronok.Tambahan pulak dia nak ikut kami ke KL pd pagi tu.Sy mandikan Nafisa.Sengaja sy pakaikan dia skirt supaya kelihatan sedondon dengan sy..cuma bezanya,skirt Nafisa seksi sikit drpd sy.Huhu..

Lepas sarapan,kami bertolak..destinasi,Bank Negara.Kami menaiki komuter.Sy duduk dengan Nafisa.Di sepanjang perjalanan tu,Nafisa tak henti-henti bercakap.Ada saja cerita dia..Pakcik yang duduk kat depan kami tengok je anak buah sy yang sorang ni.Dia ada cakap,"kakak lapar".Sy tanya,"kenapa kakak tak makan waktu Makde makan tadi?".Nafisa jawab,"Makde tak ajak kakak makan tadi".Aduh,sy fikir dia tak nak makan kat rumah.Dia tak cakap pun kalau dia lapar.Tambahan pulak,sy pun makan dgn tergesa-gesa sbb dah lewat.Tu la..seronok sangat melayan kakak bercerita kat rumah.Tak ingat masa dah.

Akhirnya,kami sampai ke destinasi.Setelah selesai urusan,Nafisa cakap,"Ummi,kakak lapar dan haga".Nafisa memang ada bahasa dia sendiri.'Haga' untuk dahaga.'Hantuk' untuk mengantuk.Jadi,kami pergi ke KFC untuk cas tenaga yg digunakan semasa berjalan..Nafisa,apalagi..amik Happy Meal.Dapat jam tangan Mr Crab.Suka benar dia..asyik tunjuk je jam dia.Yang kelakarnya,jam dia dah pukul 3.30pm walhal pd waktu tu,baru pukul 12pm.

Selesai makan,kami terus berjalan..kami pergi ke Mydin.Sy tak beli apa-apa,cuma menunggu mak dan kakak saudara sy saja.Agak bosan kat situ,jd sy bawa Nafisa ke bahagian buku,VCD..berkenan pula tengok VCD Ayat Ayat Cinta.Hmm..bila dah selesai,kami keluar.

Kami terus berjalan dan berjalan.Singgah pula di kedai kerongsang.Sebenarnya,sy memang tak minat barang-barang sebegitu.Mak sy dan kakak saudara saja yg memilih-milih.Nafisa main kira-kira kerongsang pulak..sy?Ikut Nafisa je lah.Huhu..

Kemudian,Nafisa pulak 'haga'.Jadi,kami singgah beli air.Air mineral saja yang terbaik kat situ.Dia masam je dapat air mineral..huhu.Kami dah letih sangat,lagipun sy dan mak kena balik rumah pd hari yg sama.Jadi,tak dapat la lama-lama di sana.Sampai di Bank Negara,kami rehat dulu.Nafisa minum..dan..berkata,"kakak dah tak 'haga'..cute je dia cakap macam tu.

Kami kembali menaiki komuter..yg bestnya,orang tak ramai.Jadi tak perlu bersesak-sesak.Seram kalau komuter penuh sangat.Macam biasa,Nafisa terus bersembang dengan sy.Tanya itu,tanya ini..Kalau ada suara operator saja,dia mesti tanya,"Makde kecik,dia cakap ape?".."Dah sampai Kepong,Kepong Sentral dan seterusnya"..tu je la yg sy boleh jawab.Tapi,Nafisa faham ke?Huhu..

Nafisa tak henti-henti mintak sy tengokkan jam dia.Rasanya lebih dari sepuluh kali.Tak kisah la..yang penting sy rasa hepi sangat dapat jalan-jalan dengan dia.Tapi,sy dapat rasakan Nafisa memang kuat berjalan.Dia tak pernah merengek,menangis walaupun perjalanan jauh dan terpaksa berpanas.Jalan pun cepat je..sy rasa,waktu umur sy 4 tahun macam Nafisa,sy tak sekuat dia.Memang senang la bawak Nafisa.

Kakak tanya,"Makde kecik 'hantuk' tak?"..pandai je dia tanya.Rupa-rupanya,dia pun dah mengantuk.Tapi,sy tak bagi dia tidur sbb risau pula kalau dia betul2 terlena.Jenuh la nak berdukung.Dia pun dah berat..lagipun destinasi pun dah dekat.

Akhirnya,sampai di rumah.Letih sangat..dehidrasi lagi.Sudahnya,bergelas-gelas air sy minum.Lega rasanya.Balik rumah pulak,main dengan si adik.Adik ni tak sama macam Nafisa.Dia garang sikit.Susah nak tengok dia senyum.Tapi,kalau dia senyum..Manis sangat..kena pandai ambil hati dia.Kalau tak,dia tak nak je kat kita..

Petang tu,sy main dengan adik puas-puas.Tak terkata seronoknya bila adik senyum dan menjerit keriangan.Paling best,dia tarik tangan sy mintak sy mandikan dia.Adik ni suka sangat air..sy dah siap mandikan dia,adik nangis pulak sebab sy nak bawak dia keluar dari bilik air.Pastu,Nafisa pulak nak mintak sy mandikan,"Makde Kecik,kakak pulak..kakak belum mandi lagi".Tak kisah la basah sikit.Yang penting,enjoy luangkan masa dengan anak-anak buah sy ni.Yelah,nama pun buah hati..

Sebelum bertolak,kami sempat menonton High School Musical 2.Apalagi,seronok la anak-anak buah sy.Kakak dah mula menari.Ditariknya tangan sy untuk menari sama.Adik pun jeles la..dia pun nak menari sama.Sampai tonggeng-tonggeng badan dia.Bila sakit,nangis..kelakar si adik ni.

Kira-kira pukul 8 malam,kami mulakan perjalanan.Malam tu hujan pulak..alhamdulillah,kami selamat sampai.Paling sy tak lupa,Perodua Kembara mak sy yg kami naiki dikejar anjing.Anjing tu marah tak tentu pasal..bila dah sampai di rumah opah,kami ceritakan insiden tu kpd ayah saudara sy.Ayah saudara sy sempat bergurau,"elok bila dia kejar tu,brek mengejut biar dia langgar belakang kereta".Hahaha..pergi Selangor jumpa kerbau,pulang dikejar anjing.

Walaupun penat,sy sangat bahagia.Alhamdulillah..syukur. Terima kasih keluargaku..

p/s:Gambar di atas adalah gambar adik.Adik tetap cute walaupun dilihat dari pandangan belakang.Gambar Nafisa?Carilah di myspace sy..=b

Sunday, October 05, 2008

Saya?

Assalamualaikum

...saya adalah seorang SUFI kerana saya memahami asas kebaikan ialah qalb yang salim...saya seorang PELAKON yang menjadi salah seorang watak dalam mencipta sejarah kegemilangan islam yang kedua...saya adalah seorang PENGHIBUR yang menghiburkan hati-hati manusia dengan hiburan mendidik jiwa - zikrullah...saya seorang DOKTOR yang merawat bapa segala penyakit - hati...saya seorang GURU yang turut menghormati makhluk lain sebagai guru saya...saya adalah seorang SAINTIS yang memahami bahawa salah satu faktor kejatuhan khilafah islamiah adalah disebabkan pengabaian erti ilmu sains yang sebenar dalam kehidupan...saya adalah seorang SEJARAWAN yang mengambil seerah nabawiyah sebagai sejarah agung yang perlu direnungi dan diaplikasi...saya adalah seorang SENIMAN yang menjadikan dakwah sebagai seni terhebat agar ianya tidak kering...saya seorang SASTERAWAN yang rindukan syair dan puisi kegemilangan islam disebarkan...saya adalah seorang PENCINTA yang mencintai allah melebihi segalanya di samping melimpahkan kasih sayangku kepada semua makhluk...saya adalah seorang SAHABAT yang menggunakan aqidah sebagai ikatan simpulan dalam persahabatan...saya seorang PEMIKIR yang memikirkan masalah ummat lebih dari masalah saya sendiri...saya seorang WANITA yang mempunyai ciri-ciri keimanan, keikhlasan, semangat, dan amal...saya seorang DAI'E yang hanya menyeru manusia supaya berpaling pada Allah tanpa menghukum...saya adalah seorang MAD'U yang sentiasa ingin belajar daripada makhluk lain...saya adalah seorang PEMBUAT MAKSIAT yang sentiasa merenungi segala kesalahanku dan menginsafinya...saya seorang HAMBA yang solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana allah...saya seorang PEJUANG yang pengakhirannya pasti menang sebagai mujaheedah atau mati sebagai syaheed...saya seorang KHALIFAH yang bakal meruntuhkan sebesar-besar kezaliman iaitu kepimpinan non-islam...saya SAUDARA anda...inilah saya, anda siapa?..
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K