Thursday, September 14, 2017

Suri Rumah itu Aku

Assalamualaikum.

Allahu rabbi. Lama betul saya tinggalkan blog ni. Kalau rumah, dah bersawang dah ni.

Bukak nuffnang, alahai sedihnya baru RM3. Tu la, hari-hari tulis kat fb je. Kalau tulis kat blog, ada juga faedahnya hihihi.

Ada je alasan tak menulis kat sini. Nak kena guna laptop la. Susah nak buka laptop la. Padahal guna phone pun boleh. Jadi, lepas ni hari-hari pun boleh tulis blog, ok?

Selepas bergraduat, saya masih lagi bergelar suri rumah sehingga hari ni. Seronok dapat bersama anak 24 jam.. seronok dapat susukan anak, tapi kadang-kadang tertekan bila anak menangis bila kita nak buat kerja rumah. Masa tu terfikir nak kerja di luar rumah, tapi masa tu juga fikir nak ada anak sentiasa di sisi.

Jadi suri rumah ni tekanan dia, hanya yang melaluinya je yang faham. Bila anak nak melekat je tak bagi kita buat kerja lain atau tak boleh berpisah dgn kita je, penyusuan susu ibu dipersalahkan. Salah sebab dukung, belai-belai anak la, sampai kadang-kadang terfikir, salah aku ke anak aku menangis kalau nak buat kerja lain?

Satu lagi tekanan bila orang anggap kita ni tak bantu suami tambah pendapatan. Bukan kita tak nak bantu, tapi hati kita ni tak sama dengan wanita yang berkerjaya lain. Hati kita ni suka duduk kat rumah, suka asuh anak sendiri. Lagipun kita memang tak suka kerja di luar. Kita suka menulis. Kita suka kerja dengan budak kecik.

Setelah berfikir-fikir, dengan ini, saya memutuskan untuk bergiat aktif kembali ke dalam dunia penulisan ini.

Singgah sini selalu ye!


Thursday, August 18, 2016

Perkembangan Hanan Syahmi

Sewaktu pertama kali bersua muka dengan Hanan...

MashaaAllah gembiranya rasa hati. 

Tak tergambar rasa gembiranya dengan kata-kata.

Macam orang jatuh cinta!

Allahu rabbi, comelnya seraut wajah yang sering dinanti-nantikan ini.

Tak lepas mata ini memandang raut wajahnya.

Alhamdulillah, terima kasih wahai Tuhanku yang telah menghadiahkanku cahaya mata yang sebaik-baik rupa.

Suara Hanan halus. Mudah untuk saya menjaga Hanan kat hospital sebab suara dia halus sangat. Tak la panik bila dengar dia menangis. Kalau Hanan menangis, suara Hanan tak kuat kedengaran. Sekadar bunyi rengekan halus sahaja yang kedengaran. Kecuali pada pukul 3 pagi keesokan harinya, Hanan menjerit sekuat hatinya sampai baby-baby lain pun menangis dengar suara Hanan, Hanan menangis sebab Hanan terlalu lapar gara-gara kurang menyusu sejak lahir. Kesian Hanan :'(

Perkembangan Hanan dari segi Penyusuan Susu Ibu

Hanan tak pandai melekap dengan baik untuk menyusu dengan saya. Saya pun tak reti nak ajar Hanan. Walaupun ada nurse yang ajar, saya tetap gagal menyusukan Hanan. Kesian Hanan lapar je kat hospital. Padahal susu saya melimpah ruah.

Syukur alhamdulillah, hari kedua di hospital, doktor dah izinkan kami balik rumah sebab Hanan dah kencing dan berak masa kat hospital. Gembiranya tak terkata.

Balik rumah, mak saya bantu saya betulkan posisi Hanan untuk menyusu, tapi yang berjaya hanya sekali dua je. Buntu sangat padahal Hanan kena minum banyak untuk elakkan jaundis. Sampai minta suami belikan syringe. Tapi tak guna pun sebab tak reti nak keluarkan susu.

Hari Isnin, pam Haaka sampai rumah. 

Maka bermulalah episod mengepam susu dan menyusukan Hanan dengan botol.

Kerjanya renyah dan lama-kelamaan memberikan tekanan.

Bayangkanlah, Hanan dah lapar.

Hanan menangis terjerit-jerit, susu keluar sikit-sikit.

Lagi tertekan, lagilah susu tak keluar banyak, kan?

Pada hari ke-17, alhamdulillah saya berjaya menyusukan Hanan secara direct.

Bila dah kenal perangai anak, barulah kita boleh kawal diri dia.

Beberapa hari nak biasakan dia dengan direct feeding, memang "bergaduh" dulu sebelum sesi penyusuan tu berjaya.

Kalau dia tolak-tolak, kita sumbat-sumbatkan lagi.

Betul-betulkan posisi badan dan mulut.

Lama-lama alhamdulillah ok. 

Sekarang dah tak payah "bergaduh" macam dulu dah.

Terima kasih Hanan memudahkan kerja ummi :')

Perkembangan Hanan dari Segi Berat Badan

Hanan lahir dengan berat badan 2.95kg. 

Tak capai sasaran ummi dia nak lahirkan baby yang berat lebih dari 3kg. Tapi ok la sebab Hanan baru 37 minggu dalam kandungan. Tak sampai 40 minggu berat Hanan dah lg sikit nak 3kg. Lagipun lebih kurang 3kg je angka tu.

Masa umur sebulan, berat Hanan dah 4.3kg lebih (sukat kat hospital). Ummi pun pelik kenapa nurse kat klinik kesihatan tulis berat Hanan 4.7kg padahal keesokan harinya nurse kat hospital timbang guna penimbang digital tu ummi tengok berat Hanan 4.3kg lebih. Mesti nurse kat klinik kesihatan salah ambil bacaan. 

Hanan pakai Mamy Poko saiz newborn (90pcs) sejak dia lahir. Tak sampai 30 hari rasanya lampin tu dah nak habis. Bila dah nak habis, saiz lampin tu memang dah ngam ngam dengan Hanan. Hanan pakai Mamy Poko saiz S (84pcs) pulak sampai habis 2 bungkus. Ni sampai Hanan dalam 50 hari.

Kelmarin pergi hospital, nurse timbang berat Hanan dah 4.9kg lebih. Hanan dah 52 hari masa ni. 

Patutlah  Mamy Poko saiz S dah ngam ngam dengan Hanan sebab Hanan dah lebih kurang 5kg. Saiz tu fit dengan baby 4kg hingga 6kg. Pandai promoter tu cadangkan saya beli 1 lampin saiz newborn, 2 saiz S.

Baju pula, sekarang Hanan dah pakai baju saiz 3-6 bulan dah. Baju saiz newborn atau 0-3 bulan dah kecik untuk Hanan. Senang nampak perut.  Patut la orang cakap kena beli baju saiz 3-6 bulan jugak sebab dalam pantang pun baby dah muat pakai baju saiz 3-6 bulan. Alhamdulillah ada beli sikit baju saiz M pureen, baju saiz 3-6 bulan dan ada yang hadiahkan baju saiz 3-6 bulan.

Ada yang kata Hanan cepat membesar. Hanan ni suka teran daging. Dia suka menggeliat kuat-kuat sampai menangis. Tu yang cepat membesar agaknya.

Perkembangan dari Segi Gugur Tali Pusat

Tali pusat Hanan dah gugur pada hari kelima dia lahir. Cepat ke tak saya tak pasti ;)

Perkembangan dari Segi Penglihatan

Masa Hanan umur sebulan, Hanan masih belum boleh pandang saya. Saya baru perasan Hanan dah mula pandang saya waktu umur dah masuk 50 hari. Tak sabar nak tunggu Hanan pandai senyum dan gelak bersama motif pulak sebab dia hanya seyum dan gelak dalam tidur je. Seronok sangat tengok senyuman dia. Cair!

Emmm.. setakat ini dulu lah ye perkembangan Hanan.

InshaaAllah nnt saya sambung lagi.

Wassalam.

Monday, August 15, 2016

Permata Hatiku, Hanan Syahmi

Assalamualaikum.

Dah habis dah pantang 44 hari.

Hari ni dah hari ke-50.

Hari ni baru ada peluang nak menulis catatan kelahiran cahaya mata pertama saya,

Baby HS.

 Nama diberi Hanan Syahmi.



Bila digabungkan, nama baby HS ni bermaksud kesayangan yang mulia, yang bijak, yang berani.

Semoga anak ummi sentiasa disayangi dan disenangi oleh insan di sekelilingnya. Moga peribadimu seindah namamu, sayang, Mudah-mudahan inshaaAllah.

Entri kali ni, entri rojak sikit.

Macam-macam perkara ada dalam ni.

Senang nak rujuk untuk anak kedua nanti.

Cekidout ;D


Pengalaman Bersalin Anak Pertama



Kandungan saya dah masuk 37 minggu.


Masa ni dah semakin kerap rasa braxton hicks contraction.

Kalau tak silap dua minggu sebelum tu pun dah selalu rasa contraction tu. Perut pun dah tersenget-senget dibuatnya dek contraction. Kadang berpetak-petak. Kelakar.

Kawan suami ada cakap, kalau selalu contraction tu tanda dah dekat nak bersalin.

Tapi saya tak percaya sangat la.. sebab kawan dia tu lelaki.

Hari Jumaat malam, suami bawa saya makan ikan bakar kat Jeram dengan kawan dia & tunangnya sekali. Uiiiihhh sakan la makan seafood macam itu la kali terakhir boleh makan seafood! Siap bawa beg persediaan ke hospital lagi tu sampai jadi bahan usikan di meja makan, haha!

Lepas makan terus balik. Sampai rumah je, masing-masing "pengsan".

Keesokan harinya, hari Sabtu, tepat jam 4 pagi, saya terbangun dari tidur.

Saya bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

Alangkah terperanjatnya saya, i was in 37 weeks of pregnancy, tesis belum hantar lagi, tapi air ketuban pula dah pecah!

Nak tak nak, kena terima la hakikat bersalin pada hari tu.

Saya kejutkan suami, bagitahu air ketuban dah pecah. Darah pun ada jugak dah menitis kat atas lantai. Tak banyak. Setitik dua macam tu je.

Suami saya panik.

Saya suruh dia bersahur pun dia tak nak.

Kami cepat-cepat bersiap ke hospital.

Lepas solat subuh, kami bertolak ke hospital.

Anak pertama boleh la buat gini. Anak kedua nanti, turun tanda je terus kena bergerak ke hospital. Sebab sembang-sembang dengan ibu-ibu kat kk & hospital, ada yang siap terbersalin kat rumah lagi gara-gara anak laju sangat nak keluar. 15 minit lepas turun tanda terus nak bersalin. Ada yang sejam sakit, dah nak bersalin. Yang cerita tu, semua bersalinkan anak kedua.

Ok. Lepas dah sampai hospital.

Keluar dari tempat parking kereta, kami suami isteri jalan kaki pergi PAC kat tingkat 3.

Kat PAC kena check ECG (dengar denyutan jantung baby), check urine.

Lepas tu dah kena bawa naik ke tingkat 4.

Dr check bukaan rahim.

Terpecah lagi, maka lagi banyak air ketuban yang mengalir.

Bukaan baru 2cm.

Katil tak ada yang kosong. Nurse kata tengahari pun tak ada kosong. Petang pun tak tahu lagi macam mana, Jadi, bertapak la kami suami isteri di waiting room.

Pagi tu dah ada rasa sakit dah. Tp sakitnya kejap-kejap je. Kalau tak silap 10 minit sekali.

Belakang baju dah lenjun basah dek kebocoran air ketuban. Tukar pad dah berbelas-belas pad dah. Tetap basah!

Segan je

Orang lain kering je belakang. Kita ni dah basah teruk dah.

Pukul 11 lebih dah makin kuat rasa sakit.

Minta doktor check bukaan.

Doktor tanya, berapa minit sekali dah rasa sakit?

Saya cakap la rasa macam cepat je dah sakit.

Doktor kata tak boleh kerap check sebab nak elakkan infection pada baby.

Tapi dalam 15 minit kemudian, doktor check jugak la bukaan pintu rahim saya.

Baru 3cm!

Alahai sikit je bezanya tp dah makin sakit.

Saya masih tunggu kat dalam.

Dapat la makan nasi tengahari, tapi lepas makan, saya muntah-muntah!

Saya kembali ke waiting room duduk dengan suami dalam pukul 1 lebih.

Saya baring kat atas kerusi tu di atas peha suami.

Kalau sakit je, saya minta suami urutkan belakang.

Dah pukul 3 suku lebih kurang, suami cakap dia nak solat zohor, sekali dengan solat hajat.

Saya tak bagi suami pergi sebab tak nak tanggung sakit sorang-sorang,

Suami ajak masuk dalam check bukaan sebab saya asyik mengadu sakit je,

Sakit dia memang jenis tak boleh tahan dah ni. Mulut tak boleh senyap dah.

Kalau orang lain ada yang jerit-jerit.

Saya habis-habis cakap "Abang, sakit sangat ni abang, Sakitnya."

Mula-mula saya tak berani sebab takut bukaan masih sikit.

Tapi rasa macam tak sampai seminit dah sakit balik ni.

Akhirnya, suami panggil nurse. Saya minta kerusi roda sebab dah rasa sakit sangat dah tu.

Nurse pun datang dengan kerusi rodanya sekali.

Dan.. Saya pun dah tak mampu nak berjalan lagi. nasib baik minta kerusi roda.

Suami tolak saya bawa masuk ke dalam.

Doktor check bukaan rahim.

Kali ni.. 6cm.

Dah boleh masuk labour room.

Mula-mula ada 2 orang nurse.

Dorang ajarkan doa nabi yunus.

Dan bagi saya teran kalau pandai.

Saya cuba tp tak boleh.

Lepas tu makin ramai nurse.. suami saya pula masuk dan lepas tu doktor.

Kat situ, segala macam benda yang saya dah pernah baca kat fb, semua yang salah saya buat. Bila kena tegur baru teringat, aah la kat fb dah bagitahu macam ni. Pendek kata, masa nak bersalin memang totally lost, kena dengar arahan doktor dan nurse je,

Masa berjalan, baby tak keluar lagi. Dorang cakap jantung baby dah tak cantik. Dorang suruh lahirkan baby cepat-cepat.

Masa tu tenaga saya banyak.

Yelah, makan kurma banyak sejak pecah air ketuban.

Tak menjerit dan tak nangis-nangis. Mak andak dah pesan jangan nangis, nanti tak ada tenaga ;)

Tapi...

Saya pulak tak pandai nak teran.

Saya buntu.

Saya risau.

Saya dah mengandungkan dia 9 bulan lebih, takkan saya nak lahirkan dia tanpa nyawa?

Saya cuba jugak.

Akhirnya, tepat jam 3.39 petang, lahirlah baby comel saya alhamdulillah.

Syukur suami saya bagi sokongan kuat, siap tolong saya tundukkan kepala saya waktu nak teran. Selalu lupa nak tunduk balik lepas ambil nafas.

Doktor dan nurse pun sangat supportive, bagi sokongan dan tunjuk ajar kat saya. Takde marah-marah. Syukur sangat.

Alhamdulillah, pengalaman pertama bersalin saya pengalaman yang manis.

Syukur sangat.

Cuma, kalau saya tau bayaran hospital cuma RM21, baik la saya ambil wad kelas kedua.

Masa tu peluang ada sebab nurse tanya nak wad apa.

Ingatkan beratus-ratus, so minta la wad kelas ketiga.

Lain kali saya nak minta wad kelas kedua pulak.

Begitulah kisah bersalinkan Hanan Syahmi saya.

Ok, sekarang nak share pasal barangan baby dan ibu ke hospital pulak.

Senarai Semak Barangan Baby ke Hospital

1. Baju tidur (labour room, spare, masa balik ke rumah)- 3 pasang
2. Mitten and booties- 3 pasang
3. Topi- 1 helai
4. Kain bedung- 2 helai
5. Selimut- 1 atau 2 helai
6. Lampin pakai buang- 10 helai
7. Lapik tukar lampin pakai buang- 1
8. Kapas bulat (Cuci pee & poo)
9. Air semburan (Cuci pee & poo)
10. Tuala kecil (Lap bontot)- 3 helai
11. Bantal kepala- 1

Senarai Semak Barangan Ibu ke Hospital

1. Tudung- 3 helai
2. Maternity pad (Intimate adhesive maternity pad)- 20 paket
3. Seluar dalam pakai buang Guardian (cotton)- 2 bungkus
4. Nursing bra- 3 helai
5. Tisu basah (Lap badan sebab tak mandi langsung kat hospital)
6. Pencuci muka
7. Berus gigi
8. Ubat gigi
9. Getah rambut- 2
10. Sikat
11. Selipar bilik air
12. Stokin tebal- 3 pasang
13. Biskut
14. Air kotak (susu coklat)- 6 kotak
15. Air mineral
16. Kurma, kismis (milk booster)
17. Susu kambing
18. Termos
19. Cawan, sudu
20. Nipple cream (Earth Mama Angel baby in case nipple crack)
21. Baju+kain nak balik rumah
22. Powerbank + USB

Sekian dulu untuk kali ni.

Yang lain-lain menyusul selepas ini.

Tunggu ;)

Thursday, April 28, 2016

Checklist Barang Baby Part 4: Beg Pakaian Baby

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak berkongsi alkisah tentang beg pakaian baby.

Saya beli dua jenis beg pakaian baby.

Pertama, beg diaper 5 in 1.

Harga dia RM60 termasuk postage selepas saya tawar-menawar, heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D

Harga sebenar beg ni RM55. Postage RM10.

Kena pandai tawar-menawarlah kalau nak murah sikit ;)

Ini dia beg diaper 5 in 1 

Beg ni popular dalam kalangan kaum ibu ni sebab sekali beli beg dapat 5 barang sekaligus! Senang la nak travel jauh-jauh. Balik kampung nanti boleh guna beg ni je.

Beg ni la jugak inshaaAllah akan digunakan sebagai mummy's bag masa nak ke hospital nanti. Malah sekarang pun dah guna buat beg balik kampung. Hehe.

Mula-mula ingat nak gunakan beg yang kecik sikit tu untuk letak baju baby yang akan dibawa masuk ke dalam labour room. Beg yang besar tu letak barang baby & mummy. Tapi, plan terpaksa diubah sebab takut tak muat pulak. Nanti kalau ada beg tambahan, banyak pulak beg suami nak kena bawa.

Lagi satu hal...

Risau suami tersilap ambil beg, terbawa beg yang salah ke labour room pulak.

Panik nak bersalin, bukan boleh diduga, kan?

Jadi, saya ambil keputusan untuk letakkan semua barang baby dalam beg yang kedua ni.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Beg galas Simple Dimple.

Gigih mummy & daddy dia pergi TCE Baby Expo Shah Alam dua kali semata-mata nak belikan beg yang ada banyak compartment ni.

Baby expo tu dekat je dengan rumah.

Yang bestnya, ada diskaun RM10!

Saya beli dengan harga RM79.


Best betul beg ni. 

Senang nak dibawa.

Galas je kat belakang.

Tak pun gantung kat stroller.

Kulitnya keras dan anti-calar.

InshaaAllah kalis air la, mungkin.

Ada banyak compartment, lepas tu kalau comot, boleh lap je. 

Bawak budak ni tau-tau jelah, kan?

Muat nak letak semua barang baby, alhamdulillah.


Dah siap pun beg pakaian baby ke hospital.

Yang kat dalam jaring tu, pakaian baby untuk suami bagi kepada nurse waktu kat dalam labour room.

Asingkan siap-siap, nanti senang inshaaAllah.

Lampin pakai buang dia saya tak letak dalam beg ni.

Kawan saya nasihatkan bawak je satu bungkus lampin baby tu pergi wad nanti.

Kalau letak pun, satu jelah letak dalam bungkusan barang labour room.

Baby wipes, kawan saya nasihatkan saya bawak je satu gulung tisu tu.

Baby baru lahir kerap buang air besar.

Senang nanti kalau ada banyak tisu lembap.

Oklah.

Sekian saja bab tentang beg baby.

Boleh semak checklist lain kat sini:

Checklist Barang Baby Part 1: Laundry

Checklist Barang Baby Part 2: Bekas Simpan Pakaian & Barang Baby

Checklist Barang Baby Part 3: Barangan Mandian & Penjagaan Baby
 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K